KUANTAN: Nasib seorang ibu tunggal dari Kampung Kubang Buaya di sini,  tidak ubah seperti kisah ibu Si Tanggang apabila dia bukan saja  dimaki-hamun anak kandung, malah turut dihalau insan yang dilahirkannya.
Lebih menyedihkan apabila anak yang pernah ditatang bagai minyak yang  penuh satu ketika dulu, sanggup memanggilnya dengan gelaran babi, malah  tidak mengaku lahir daripada rahim ibunya. Ibu tunggal malang itu, Zaiton Jaafar, 57, mendakwa anak  sulungnya yang dahulunya baik mula berubah sikap sejak suaminya  meninggal dunia hampir 19 tahun lalu.  
Zaiton berkata, sebelum sambutan Aidilfitri tahun lalu, anak sulung  bersama isterinya pulang ke rumah kononnya mahu meminta ampun dan  mengajaknya tinggal bersama di Kuala Lumpur. “Namun, ketika tinggal bersamanya di sana, saya sering  dimaki-hamun walaupun hanya melakukan kesalahan kecil menyebabkan saya  kembali ke rumah asal. “Derita saya tidak berakhir di situ apabila dia dan isterinya  pulang ke rumah yang saya diami sekarang dan berkeras mahu menjual rumah  berkenaan,” katanya. 
Kemuncaknya, Zaiton mendakwa, anak sulungnya itu pernah  menolaknya sehingga terjatuh dan menghalaunya keluar, malah anak  ketiganya turut menjadi mangsa amarah lelaki berkenaan. “Dia turut memanggil saya dengan gelaran babi dan pernah tidak  mengaku lahir daripada rahim saya selain menyorok makanan di rumah  supaya saya tidak dapat makan. Malah, isterinya turut membaling selipar  ke arah saya, baru-baru ini. 
“Walaupun dihalau keluar, saya tetap tidak meninggalkan rumah  berkenaan kerana tiada tempat lain untuk dituju namun berikutan bimbang  keselamatan diri, saya membuat laporan polis,” katanya yang membuat  laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, Isnin, lalu. Menurut Zaiton, dia bimbang anak sulungnya itu menjual rumah yang  didiaminya sekarang. Jika keadaan itu berlaku, dia pasti buntu  mengenangkan nasibnya dan anak bongsu kerana mereka akan kehilangan  tempat tinggal. -  Baca hmetro
klu rumah tu dijual kat manalah diorang nak tinggal...bangang betullah anak itu....
ReplyDelete