KUALA LUMPUR 1 Nov. - Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memaklumkan  bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin pulih dari  penyakit cacar dan kini tidak sabar untuk kembali menjalankan tugas  rasmi. 
Rosmah berkata, Najib yang pertama kali diserang penyakit itu  menunjukkan perkembangan positif hasil rawatan moden serta tradisional.
"Doktor pun dah datang tengok, sapu krim supaya merah-merah di kulit  dia (Najib) reda. Dia dinasihatkan banyak minum untuk membuang toksin  dalam badan, jangan garu dengan kuku dan elakkan makanan yang  menyebabkan kegatalan,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa  kemalangan bas di Km 38 Genting Sempah, di Hospital Kuala Lumpur (HKL)  di sini.
Rosmah berkata, beliau turut memberi suaminya minum air kelapa dan  mengalas tempat tidur dengan daun bambu agar cepat sembuh dari penyakit  cacar yang dialaminya itu.
Ditanya sejak bila Perdana Menteri mula berasa tidak sihat, Rosmah  berkata ia bermula sejak mereka berada di Hanoi, Vietnam bagi menghadiri  Sidang Kemuncak ASEAN ke-17 lagi. "Saya sendiri pun tak sedap badan ketika di sana. Tapi dah okay tak  lama lepas itu. Cuma bila sampai di Malaysia dan doktor periksa,  didapati ada tanda-tanda cacar. Jadi doktor nasihatkan berehat. Semalam  kita tengok ada merah-merah lagi di muka, tapi hari ni dah kurang dan  kulit dia dah semakin cantiklah,” katanya. - Utusan
1 comment:
moga PM cepat sembuh ya!
Post a Comment