Mengaibkan apabila ada artis tanah air tergamak  menyambut Halloween pada 31 Oktober lalu, sedangkan perayaan itu jelas  bertentangan dengan ajaran Islam.  
Sekurang-kurangnya dua artis dikesan berbuat demikian, dipercayai di  sebuah kelab malam sekitar ibu kota, biarpun jumlahnya mungkin lebih  ramai. Artis terbabit ialah pelakon kontroversi, Fasha Sandha dan penyanyi popular, Joe Flizzow. Gelagat mereka dikesan selepas lapan gambar Fasha berpakaian seksi  ala ‘Genie In The Bottle’ dimuat turun dalam laman sosial Facebook milik  kelab peminatnya.
Daripada jumlah itu, tiga gambar Fasha bersama teman lelakinya, Rizal  Ashram atau Jejai, dua gambar solo Fasha dan masing-masing satu gambar  Fasha bersama Joe, dengan seorang rakannya dikenali Azian dan gambar  bertiga bersama Jejai dan Azian. Satu gambar solo Fasha ketika menyambut hari itu turut dipapar dalam sebuah laman web hiburan tanah air. 
Tindakan Fasha turut mendapat reaksi berbeza daripada peminatnya  dalam laman sosial berkenaan. Daripada 29 komen, ada yang menyokong  pelakon berusia 26 tahun itu, ada peminat memberi nasihat secara baik  dan tidak kurang juga yang mengkritiknya. Bagaimanapun, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha ketika dihubungi Metro Ahad, enggan mengulas berkenaan isu itu. 
Halloween berasal daripada perkataan Hallowe’en iaitu singkatan daripada ‘All Hallow’s Eve’ (malam sebelum hari ‘All Hallow’). Selain itu, perayaan ini ditentukan mubaligh Kristian bertepatan  dengan hari perayaan orang gasar kerana mahukan kaum itu mempercayai  agama mereka. Bagi penganut Kristian, Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan,  iblis, ahli sihir, hantu, goblin dan makhluk mitos yang menyeramkan. Selain itu, perayaan itu disambut dengan menghiasi rumah dan pusat  beli-belah dengan simbol tertentu seperti labu yang diukir membentuk  wajah menyeramkan iaitu nama Jack-o’-lantern dan berpakaian aneh. 
Mengulas mengenai budaya itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes  Abd Wahid berkata, orang Islam tidak boleh terpedaya hingga terbabit  dalam perayaan berkait dengan agama lain seperti Halloween kerana adalah  jelas ia satu daripada upacara orang Kristian. “Jika berkaitan dengan agama lain selain Islam, kita seharusnya  berhati-hati walaupun menyertainya sekadar untuk suka-suka. Apa matlamat  kita meraikannya, sedangkan ia bukan dalam budaya Islam. 
“Dalam Islam, ada perkara yang boleh untuk kita raikan, kenapa kita  perlu cari budaya yang berkaitan dengan agama lain seperti menyambut  Halloween. “Tidak kira hanya suka-suka atau apa juga tujuannya, orang Islam  patut mengelak menyambut perayaan Hallowen kerana ia boleh mendatangkan  syirik,” katanya. - hmetro
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!! 
-- Saat2 Indah Fasha Sandha Bersama Jejai 
-- Fizz Fairuz Bagi Amaran Kat Fasha Sandha 
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal

Ssh nk kata la si Fasha ni sbb dia ni jenis yg 'ada aku kisah'...Jd walaupun kena kutuk ke,kena keji ke..dia dok cmtu jgak...Doakan la dia sebaiknye sbg saudara seagama dgn kita...
ReplyDeleteharap2 dia ambillah iktibar dari drama CHINTA.... kalau pandai menjiwai watak dlm lakonan..terutama watak wanita solehah , why not dia terus jiwai terus watak seperti itu..
ReplyDeleteSalam singgah..blogwalking..best blog ni..