Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah  bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepah, Shahmira  Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa  D'Ramo, Bangsar, Sabtu.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 5.45 petang oleh Penolong  Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizar  Mohd Nadzir, yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid  Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
Pada majlis yang serba ringkas itu, Sarah kelihatan anggun dengan busana rekaan Hatta Dolmat berwarna salmon peach menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200  orang tetamu termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta  kenalan rapat mereka.
Ditemui selepas majlis berakhir, Sarah yang kelihatan gembira sebaik  selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta  mereka yang terjalin selama enam bulan itu berakhir dengan sebuah ikatan  perkahwinan. "Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar. Sepanjang saya mengenali Shuib, dia seorang yang jujur dan telus. "Kami seperti mempunyai satu hala tuju yang sama,” tutur Sarah.
Sementara itu, Shuib juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis  bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar  suami kepada Sarah. Saya harap hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat. Sarah merupakan  wanita pertama yang membuka hati saya untuk lebih serius dalam hubungan.
"Dia seorang yang sangat istimewa dan bukan mudah untuk saya  dapatkannya. Pernah sekali saya sanggup berhentikan kereta di tepi lebuh  raya semata-mata untuk memberitahu saya cintakan dia. "Kalau nak tahu dia memang susah nak sebut perkataan sayang atau I Luv U.  Sepanjang setahun tiga bulan perkenalan, hampir setahun saya terpaksa  menunggu untuk dengar perkataan sayang daripada mulutnya," tutur Shuib  sambil mengukir senyuman.
Bercerita tentang percutian bulan madu, Sarah dan Shuib ingin bercuti  ke negara Ireland, tetapi masih belum tahu tarikh sesuai untuk ke  nagara tersebut. Beralih kepada soal anak, Sarah tidak menolak untuk mempunyai anak  pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai  kanak-kanak.
Sementara itu, bagi majlis resepsi pula, pasangan itu masih lagi mencari tarikh sesuai untuk meraikan hari bahagia mereka. mstar
-- (Gambar) Majlis Resepsi Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Paroi Negeri Sembilan
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- (Gambar) Peragut Mati Tertonggeng Dlm Longkang


cantek!~
ReplyDelete