ad ld

Pages

Friday, April 15, 2011

(Gambar) Bapa Bakar Diri, 2 Anak Turut Melecur Di Kg Raut Yan Kedah

Tidak diketahui apa puncanya seorang lelaki dari Kampung Raut, Yan dekat sini yang didakwa mengalami kemurungan bertindak membakar diri sehingga menyebabkan dua anak lelakinya yang cuba membantunya turut melecur. Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi semalam, mangsa seorang pesawah, Zinol Ismail, 51, melecur di seluruh bahagian badannya dan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Dua anak mangsa yang turut melecur ialah Badrul Amin Zinol, 14, dan adiknya, Amirul Hadi, 12. Badrul Amin melecur 44 peratus bahagian badan manakala Amirul Hadi melecur 32 peratus. Kedua-dua remaja itu melecur di bahagian kaki sehingga tangan. Amirul Hadi dan Badrul Hadi dirawat di HSB dan mereka berada dalam keadaan stabil.

Mengimbau sebelum kejadian itu, isteri Zinol, Salma Saad, 47, berkata, sebelum kejadian suaminya yang sebelum ini selalu menghantar anak kelimanya, Nurul Ain Farhana, 9, ke sekolah meminta supaya dia yang menghantar Nurul Ain ke sekolah semalam. “Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana suami mengadu letih dan mahu tidur,” ceritanya semasa ditemui di rumah di HSB di sini semalam.

Sebaik pulang dari menghantar Nurul Ain, Salma memberitahu, dia terkejut apabila ternampak suaminya terbaring di atas katil dengan hanya memakai kain pelikat dengan bahagian belakangnya masih ada sedikit api. “Suami saya tidak mengerang kesakitan sebaliknya tidak membenarkan saya masuk ke dalam bilik. “Saya terus menghampirinya dan terkejut melihat keseluruhan badannya melecur manakala tangannya dalam keadaan kejang,” kata Salma. kosmo

-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Mangsa Sula Menderita Sakit Di Bandar Tenggara Kulaijaya Johor
-- Fatine Young Songsang Dapat Visa Tinggal di UK
-- (Gambar) Bayi Lahir Tanpa Tempurung Kepala

No comments: