Seorang remaja melepaskan tumbukan ke muka Lionel Messi, semalam  ketika bintang penyerang Barcelona itu melayan peminat di bandar  kelahirannya di Argentina, kata saksi. Bintang penyerang Argentina terbabit terjatuh akibat tumbukan itu  dalam insiden di bandar Rosario, kira-kira 300 kilometer ke utara Buenos  Aires.
Messi memberitahu media tempatan bahawa dia tidak merasakan apa-apa yang tidak bagus sebelum kejadian berlaku. Menurut saksi, penyerang itu datang bersama sekumpulan orang muda  yang berkumpul untuk mendapatkan autograf dan dia pantas menarik penutup  kepala sebelum melarikan diri sejurus selepas menumbuk Messi.
Penduduk tempatan berkata, lelaki tersebut mungkin peminat kelab  tempatan, Rosario Central iaitu pesaing utama Newell's Old Boys kelab  yang pernah diwakili Messi sebelum berhijrah ke Sepanyol. utusan
ingatkan semua org kat argentina support messi...
ReplyDeletemungkin sakit mental kot..
bukan semua orang suka kalau kita berjaya atau popular walaupun satu apa pun kita tak buat pada orang itu
ReplyDelete