ad ld

Pages

Tuesday, April 9, 2013

Rogol Zatul Serah Pada Polis Dakwa Mohd (Mentor)

Peserta program realiti Mentor musim keenam, Zatul, menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung kes rogolnya oleh Juara Mentor 4 iaitu Mohd. Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 24, berkata, dia telah menceritakan semua perkara kepada pihak polis mengenai insiden berkenaan dan berharap pihak polis dapat selesaikan kes itu secepat mungkin.


"Sekarang ini saya serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini. Saya sudah ceritakan segala-galanya kepada mereka. "Biarlah dia (Mohd) mahu membuat kenyataan buruk tentang saya atau tidak. Saya enggan mengulas panjang tentang perkara ini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, petang Isnin.

Monday, April 8, 2013

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2012 (Gambar)

Pelakon Shaheizy Sam dipilih sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) apabila mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 79,656 undi. Shaheizy turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad.


Ia adalah kemenangan kedua buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2010. Kemenangan itu membolehkan Shahiezy membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Habib Jewels bernilai RM150,000.