Pages

Wednesday, July 21, 2010

Perkahwinan Memey, Norman 24 Julai 2010 Ditangguhkan

Diminta penjelasannya mengenai penangguhan majlis perkahwinan mereka berdua pada 24 Julai ini, Memey dan Norman mengakui kesibukan kerja di antara mereka berdua menjadi penyebab utama majlis tersebut terpaksa ditunda.

Katanya spekulasi yang mengatakan dia dan Norman terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana hubungan cinta yang terjalin di antara Memey dengan Norman sudah musnah langsung tidak benar. Malah menganggap spekulasi tersebut disebarkan oleh pihak yang tidak mengenali serta mengetahui mengenai hubungan mereka berdua.


Kata Memey: "Bila isu ini keluar, Norman banyak memberikan nasihat kepada saya supaya bersabar. Ujar Norman, kalau nak hantar sebarang SMS atau lakukan apa sahaja, perlu banyak berfikir sebab orang lain mungkin berfikir benda yang tidak sama seperti kita fikirkan," ujar Memey yang selesa memanggil Norman dengan panggilan 'abang'. 

Kata Norman: "Kita sekarang cuba usahakan lepas raya. Sudah hampir dua tahun saya melalui hidup sebagai ayah tunggal. 'I want to move on.' Saya inginkan satu 'improvement' dalam hidup saya. Sekarang ni saya rasa 'stagnant', 'stuck'. Saya rasa hidup tak tenteram, tak aman. Ada teman yang menasihatkan saya, sebelum saya nak fokus pada apa-apa, saya kena 'settle'-kan dulu semua benda-benda ni. Institusi keluarga itu penting bagi saya sebab itu saya tak pernah terlepas doa agar benda yang baik dipercepatkan. Tapi kadang-kadang bila kita nak pergi ke benda yang elok kami diberi pelbagai cabaran." -Gua

-- Memey-Norman Sah Bergelar Suami Isteri Di Felda Tenggaroh
-- Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim Dan Dayana Di Mekah
-- Gambar Majlis Resepsi Ashraf Muslim Dan Dayana Di Gombak

1 comment:

  1. haaa...cepat2lah kawin...klu tak menimbulkan kontroversi aje...

    ReplyDelete

Thanks For Your Sincere!!