“Buat masa sekarang, saya solo dan belum berpunya. Nak buat bagaimana, jodoh kami tidak panjang. “Orang kata, cinta ada pasang surutnya tetapi saya terima apa jua keadaan kerana ia bukan jodoh saya. Kami sama-sama membuat keputusan untuk memutuskan hubungan ini,” ujarnya kepada mStar Online. Biarpun berasa sedih sepertimana pengalaman yang dilalui oleh orang lain, Akma tetap menjalani aktiviti harian dan kerjanya seperti biasa.
“Saya mengambil langkah untuk tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu. Yang penting saya senang nak buat kerja dan tumpukan kepada kerjaya. "Lagi pun semasa bercinta dengannya, kami jarang berjumpa dan berhubung secara jarak jauh,” katanya lagi. Sengaja diduga sama ada dia akan berhenti sementara daripada memikirkan tentang lelaki dan cinta selepas ini, pelakon filem Hooperz itu hanya berserah. - mstar
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!