Pages

Wednesday, August 25, 2010

Keluarga Mula Desak Fizz Fairuz Kahwin

Pelakon Nur Kasih, Fizz Fairus yang menyulam cinta bersama kekasihnya aktres Almy Nadia mengakui keluarga mereka sudah bertanya tentang hubungan yang mereka jalinkan. Menurutnya faktor utama dia masih belum bersedia untuk menjalinkan ikatan yang sah adalah kerana komitmen. "Kedua-dua keluarga memang seringkali bertanyakan hal itu. Mereka juga risau keadaan kami. Tapi secara jujur saya belum bersedia untuk memberi komitmen apabila berkahwin nanti.

"Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum kita melangkah ke alam itu. Sebagai pelakon saya mahu capai dulu matlamat dan kepuasan dalam lakonan saya. "Saya rasa setakat ini mereka faham dengan keadaan saya, begitu juga Almy," jelasnya. Ujar Fizz, dia mahu keluarga yang bakal dibina nanti mempunyai segala kesenangan dan keselesaan. "Saya sedang berusaha untuk mencari rezeki, saya mahu apabila kahwin nanti keluarga saya hidup selesa. "Bukan saya tidak percaya kepada rezeki selepas berkahwin, tetapi saya mahu rezeki tersebut nampak depan mata," katanya.

Tambah Fizz lagi, dia tidak meletakkan sasaran untuk berkahwin tetapi dia menjangkakan akan menamatkan zaman bujang dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi. "Saya susah nak berjanji, tetapi saya sasarkan mungkin dalam dua atau tiga tahun lagi. Saya perlu betul-betul stabil dari segi kewangan," jelasnya yang baru selesai penggambaran NurKasih The Movie.

Bercerita tentang Ramadan, Fizz mengakui dia masih belum berkesempatan untuk berpuasa bersama keluarganya di kampung."Saya lama tak balik kampung. Rasa bersalah dengan emak sebab tak dapat lagi balik berpuasa dengannya. Insyaallah raya nanti baru berkesempatan balik,". - mstar

1 comment:

Thanks For Your Sincere!!