Isteri kepada jaguh badminton negara, Roslin Hashim, mendakwa cerai  berlaku selepas dia mendapati suaminya bersama Raja Azmi Raja Sulaiman  di sebuah hotel di Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu.        Norhayati Othman, berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini.
Permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan oleh Norhayati pada 16 Ogos  lalu.  Dalam prosiding bicara itu, Norhayati mendakwa pada 7 Ogos lalu  di bilik 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, Ruslin melafazkan talak berbunyi  'I cerai you lah'.   Turut berada di dalam bilik ialah dua adiknya,  Ruslin, Raja Azmi dan suaminya Jailani Sidek.   Menurut Norhayati,  berlaku perdebatan antara mereka di dalam bilik itu sehingga membawa  kepada kejadian melafazkan talak pada jam 8.30 malam.   Norhayati  berkata, dia bersama dua adik, ibunya bertemu dengan Jailani di hotel  itu.
Sementara itu, Ruslin dalam keterangan mendakwa dia pergi ke  hotel itu bersama Raja Azmi dan dengan pengetahuan Jailani sendiri.    Bagaimana Roslin tidak menafikan bahwa pada hari yang sama sejak awal  jam 3 petang dia bersama Raja Azmi makan durian dan menunggang kuda di  Kemensah.   Roslin mendakwa dia menganggap Raja Azmi sebagai kakak dan  ibu kerana hubungan rapat mereka yang terjalin sejak 12 tahun lalu  begitu juga dengan Jailani. - hmetro


1 comment:
I like use viagra, but this no good in my life, so viagra no good.
Post a Comment