ad ld

Pages

Showing posts with label kes cerai Roslin Hashim Dan Norhayati Othman. Show all posts
Showing posts with label kes cerai Roslin Hashim Dan Norhayati Othman. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Raja Azmi Dan Roslin Hashim Bebas Tuduhan Khalwat

Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman akan mengadakan sidang media khas untuk mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku berhubung tuduhan khalwat yang dibuat ke atasnya dan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim. Ia akan diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Rabu ini, pukul 4.30 petang.

Thursday, August 19, 2010

Raja Azmi Dikatakan Penyebab Perceraian Roslin Hashim

Roslin Hashim,35, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur di sini, Rabu, bahawa dia telah melafazkan cerai ke atas isterinya, Norhayati Othman,38, setelah didesak oleh isteri serta ibu mertuanya. Menurutnya, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berada berdua-duaan dengan produser filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman ketika mereka menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.

Sebutan pertama pengesahan cerai yang difailkan Norhayati selaku plaintif terhadap suaminya didengar di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad didengar petang Rabu. Roslin hadir ke mahkamah pada kira-kira pukul 2.38 petang dengan ditemani seorang saudara. Manakala Norhayati yang berbaju kurung bertudung kelabu pula hadir lebih awal iaitu kira-kira pukul 2 petang.

Roslin diwakili peguam Roslizam Rahim manakala Norhayati yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) diwakili Zulqarnain Lukman. Ketika ditanya Hakim Syarie, Wan Mahyuddin kenapa dia mahu memfailkan penceraian, Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila pergi ke Hotel Corus bersama Raja Azmi. Katanya, dia mengetahui suaminya telah mendaftar masuk ke hotel di bilik 533 yang didaftar di bawah nama produser itu. "Kami sekeluarga termasuk ibu, dua adik saya telah ke tingkat lima. Di sini, kami tunggu Jalani Sidek (suami Raja Azmi) untuk membawa kami ke Bilik 533 tetapi dia cuba melengah-lengahkan perjalanan untuk ke bilik tersebut," katanya.

Norhayati mendakwa Jalani telah menelefon Roslin supaya keluar dari bilik berkenaan kerana dia bimbang pegawai jabatan agama akan menangkap dia dan Raja Azmi yang berada di dalam bilik berkenaan. Setibanya di bilik tersebut, menurutnya, Roslin bagaimanapun sudah keluar dan hanya tinggal Raja Azmi seorang diri. Sehubungan itu, Norhayati meminta Jalani menelefon Roslin supaya datang ke bilik berkenaan untuk bersemuka bagi menjelaskan keadaan sebenar sehinggalah berlakunya perdebatan.

Katanya akibat tidak dapat menahan sabar akhirnya Roslin telah melafazkan talak "I cerai you-lah." Sementara itu Roslin ketika memberi keterangan sewaktu disoal oleh peguamnya, Roslizam memberitahu mengaku melafazkan cerai berkenaan. Kata Roslin tiada siapa yang memaksanya untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati. Bagaimanapun Roslin amat marah kerana Norhayati cuba mengaibkannya dengan menghubungi pejabat agama dan juga wartawan untuk menangkap dia dan Raja Azmi.

Ketika ditanya oleh Roslizam apakah hubungannya dengan produser filem itu, ujar Roslin, dia telah mengenali Raja Azmi sejak 12 tahun lalu dan menganggapnya seperti kakak dan ibu. Katanya ketika Norhayati tiba di hotel itu dia berada di luar dan kembali semula 20 minit kemudian. Pada ketika itulah berlakunya perdebatan sehingga menyebabkan dia melafazkan cerai. "Kalau dia betul syak saya ada hubungan dengan Raja Azmi, kenapa tidak berterus terang dengan saya. Apa sebenarnya dia mahu?" soalnya. Katanya, dia tiada niat untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati sebaliknya sekadar menyebut perkataan itu tanpa ada bilangan talak.

Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan. Bagaimanapun sebelum ini Roslin mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad,32, pada 30 Januari 2009 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai selepas 12 hari menjadi suami isteri. - mstar

Kes Cerai Roslin Hashim: Isteri Dakwa Cerai Berlaku Di Hotel 7 Ogos

Isteri kepada jaguh badminton negara, Roslin Hashim, mendakwa cerai berlaku selepas dia mendapati suaminya bersama Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah hotel di Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu. Norhayati Othman, berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini.


Permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan oleh Norhayati pada 16 Ogos lalu. Dalam prosiding bicara itu, Norhayati mendakwa pada 7 Ogos lalu di bilik 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, Ruslin melafazkan talak berbunyi 'I cerai you lah'. Turut berada di dalam bilik ialah dua adiknya, Ruslin, Raja Azmi dan suaminya Jailani Sidek. Menurut Norhayati, berlaku perdebatan antara mereka di dalam bilik itu sehingga membawa kepada kejadian melafazkan talak pada jam 8.30 malam. Norhayati berkata, dia bersama dua adik, ibunya bertemu dengan Jailani di hotel itu.

Sementara itu, Ruslin dalam keterangan mendakwa dia pergi ke hotel itu bersama Raja Azmi dan dengan pengetahuan Jailani sendiri. Bagaimana Roslin tidak menafikan bahwa pada hari yang sama sejak awal jam 3 petang dia bersama Raja Azmi makan durian dan menunggang kuda di Kemensah. Roslin mendakwa dia menganggap Raja Azmi sebagai kakak dan ibu kerana hubungan rapat mereka yang terjalin sejak 12 tahun lalu begitu juga dengan Jailani. - hmetro