Pages

Thursday, August 26, 2010

Masuk Penjara : Nasib AC Mizal Diketahui 28 Oktober Ini

Persoalan sama ada pelakon dan pengacara AC Mizal akan dihantar ke penjara atau tidak kerana gagal membayar tunggakan nafkah dua anak hasil perkahwinan pertamanya bernilai RM50,000 akan terjawab pada 28 Oktober depan. Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Abdul Halim Abdullah menetapkan tarikh itu selepas pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding komital itu memfailkan hujahan pada Khamis.

"Saya akan meneliti hujahan yang dikemukakan dan saya akan memberi keputusan yang adil," kata Abdul Halim. Prosiding komital dimulakan oleh bekas isteri AC Mizal, Shafnie Zainudin bagi mendapatkan perintah untuk menghantar bekas pengacara Konsert Akademi Fantasia itu ke penjara atas dakwaan mengingkari perintah mahkamah untuk menyelesaikan tunggakan tersebut.

Kes itu masih berjalan memandangkan Shafnie, yang merupakan bekas model menolak tawaran AC Mizal untuk menyelesaikan perkara itu secara baik. Peguam Mohd Ridhwan Husin yang mewakili Shafnie semasa ditemui di luar mahkamah memberitahu, tawaran itu ditolak kerana ia tidak munasabah. - mstar

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!