Seorang pembantu am rendah (PAR) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Dua, ditemui mati dengan keadaan tangan, kaki dan mulut diikat serta sudah berbau, dipercayai disamun di rumahnya di Jalan Sungai Dua, di sini, semalam. Dalam kejadian pada jam 10.45 pagi itu, mayat mangsa Nooriza Baharin (kanan), 48, ditemui rakannya Norzaini Maarof, 42, yang datang ke rumah itu mencari mangsa yang menghidap penyakit sawan selepas gagal dihubungi.
Katanya, sebaik tiba di rumah itu bersama dua kakitangan SK Sungai Dua, dia terbau sesuatu yang busuk di sebalik pintu dan terkejut melihat mayat mangsa sudah berbau dan dihurung lalat. “Kali terakhir saya menemui mangsa di sekolah pada Jumaat lalu dan arwah turut menunjukkan perubahan apabila menukar penampilan yang sentiasa memakai songkok sejak 1980-an dengan memakai topi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masrof, berkata mangsa yang masih bujang ditemui mati dengan tangan dan kaki diikat menggunakan tali manakala mulutnya diikat menggunakan kain. Katanya, pemeriksaan awal polis mendapati bahagian atas kening dan belakang kepala mangsa cedera dipercayai berpunca daripada objek tumpul. “Rumah mangsa mempunyai kesan digeledah manakala telefon bimbitnya didapati hilang. Polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya. - bharian
-- Innalillah... Takziah utk keluarga arwah.. Betapa kejamnya dunia skang ni..
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!