Minggu Penyusuan Ibu Sedunia yang berlangsung 1 hingga 7 Ogos lalu menunjukkan kesungguhan pelbagai pihak untuk meningkatkan kesedaran tentang kebaikan susu ibu. Satu perkara menarik tentang topik ini adalah berkaitan kaedah menyimpan perahan susu ibu.
Sekiranya memerah susu di tempat kerja, sebaik-baiknya simpan perahan susu ibu di dalam peti sejuk. Jika di tempat anda bekerja tidak ada peti sejuk, bolehlah disimpan dengan menggunakan cara ini: Guna kotak 'piknik' yang boleh memuatkan bahan penyejuk (cooling element) dan sekurang-kurangnya dua botol susu. Ini adalah antara kaedah terbaik demi memastikan perahan susu ibu sentiasa sejuk sebelum tiba di rumah.
Gunakan termos air panas yang diubahsuai supaya ia sejuk. Mula dengan memasukkan ketulan-ketulan ais ke dalamnya beberapa hari sebelum anda mula bekerja. Isikan juga ketulan ais sebelum dibawa ke tempat bekerja. Buangkan semua ketulan ais sebelum isi perahan susu ibu. Cara ini lebih mudah daripada berulang-alik ke rumah untuk menyusukan bayi.
Ibu perlu memerah susu 1 - 2 kali di tempat kerja untuk di bawa balik. Perahan susu ibu boleh disimpan di dalam peti sejuk sebaik tiba di rumah untuk keperluan esok hari. Jika menggunakan termos yang berisi ketulan ais, pastikan bila anda memerah kali kedua/ketiga, perahan susu ibu mesti disejukkan terlebih dulu sebelum dicampur dengna perhan susu ibu sebelumnya.
Bekas sesuai untuk menyimpan perahan susu ibu. Bekas atau botol plastik yang boleh tahan beku dan panas.
Botol susu berukuran 120 ml. Perahan susu ibu yang disimpan dalam peti sejuk dua pintu sebaik-baiknya dihabiskan dalam masa dua minggu. Letakkan bekas-bekas yang berisi PSI ke tempat penyejuk (chiller) rak pertama - bukan di rak di tepi pintu. (Tahan 24 jam) - utusan
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!