PETALING JAYA: Model antarabangsa, Amber Chia selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira pukul 5 petang Selasa. Menurut rakan Amber, Stella Lim Bee Choo yang berada di hospital itu, kedua-dua Amber dan bayinya berada dalam keadaan sihat. Katanya, bayi yang belum diberikan nama itu dilahirkan dengan berat 2.8 kilogram. "Amber dan suami tersayangnya, Adrian Wong begitu teruja di saat menimang cahaya mata yang dilahirkan secara normal.
Stella yang juga Pengarah S2Slimming memberitahu, bayi itu mirip ayahnya dan fizikal badannya tinggi seperti ibunya. Katanya, bayi comel itu tidak banyak meragam. Tambahnya, Amber yang merupakan duta S2Slimming sempat menghadiri perasmian Amber & Xavier PR Consultancy di Skewers Subang Avenue kelmarin. "Bagaimanapun, dia mula mengalami simptom mahu bersalin pada pagi ini lalu dimasukkan ke wad hospital. Saya melawatnya pada 2 petang ini sebelum Amber bersalin pada 5 petang ini," katanya. - mstar
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!