Pages

Saturday, September 18, 2010

Kulit Wajah Terbakar Dan Melecur Gara2 Kosmetik RM4 Ribu

Impian untuk memiliki kulit mulus seperti seorang artis membawa padah kepada seorang gadis apabila kosmetik yang dibeli dengan harga RM4,000 menyebabkan kulit wajahnya terbakar dan melecur seolah-olah disambar api. Kosmetik yang dipakai mangsa terbabit turut menyebabkannya mengalami kegatalan kulit yang luar biasa selain tumbuh bintik nanah pada wajahnya walaupun sebelum ini tidak menghadapi sebarang alahan terhadap alat solek jenama tempatan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Patricia, 33, berkata, dia mula mengenali produk kosmetik berjenama terkenal dari Hong Kong itu selepas menerima panggilan telefon dari sebuah syarikat kecantikan yang menawarkan pemeriksaan kulit wajah percuma pada Jun lalu.

Menurutnya, dia yang teruja dengan janji pakar kecantikan terbabit bersetuju menjalani pemeriksaan kulit sebelum diberitahu kulit wajahnya menghadapi masalah serius dan perlu menggunakan kosmetik disyorkan. Saya dicadangkan membeli satu set produk penjagaan wajah bernilai RM4,000 sebelum diberi arahan supaya menggunakan produk terbabit setiap hari. Namun, selepas dua minggu menggunakan produk terbabit, saya terkejut apabila kulit wajah bertukar kemerah-merahan seperti udang bakar. Malah, saya rasa terseksa apabila kulit wajah terasa panas seolah-olah dibakar.

Pakar kecantikan terbabit memberitahu tindak balas yang dialami kulit wajah saya itu perkara biasa. Dia memberitahu kesan terbakar itu berkemungkinan disebabkan saya kekurangan air di dalam badan. Saya dipujuk supaya membeli lebih banyak produk kosmetik dari syarikat terbabit. - Selanjutnya di hmetro

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!