24 Sept - Lebih tiga ribu pengguna setia jenama Apple beratur seawal pukul 5 petang semata-mata mahu menjadi pemilik pertama telefon bimbit pintar iPhone 4 yang dilancarkan syarikat telekomunikasi Maxis tepat pukul 12 tengah malam tadi. Acara yang berlangsung di Grand Ballroom, The Gardens Hotel itu turut menyaksikan kehadiran lebih 200 petugas media cetak, elektronik dan alternatif baru bagi merakamkan acara bersejarah itu. Sejak dilancarkan di Amerika Syarikat pada Julai lalu, jenama iPhone 4 dinanti-nantikan oleh peminat jenama telefon bimbit pintar tersebut untuk memasuki pasaran di Malaysia.
Antara ciri unik yang terdapat pada iPhone 4 adalah FaceTime untuk panggilan video yang dipertingkatkan, paparan Retina baru yang mengagumkan, resolusi terbaik pada sesebuah telefon bagi paparan teks, grafik, imej dan video yang menarik. Selain itu, iPhone 4 turut dilengkapi kamera 5megapixel dengan flash, rakaman video HD serta kemudahan untuk memuat-turun lebih 200,000 aplikasi yang terdapat di App Store. Sepuluh pengguna telefon bimbit yang bertuah dipilih menerusi Maxis10 Review Programme turut menerima iPhone 4 mereka di acara tersebut.
Turut menerima telefon bimbit mereka ialah 60 pelanggan Maxis bertuah yang berjaya menjadi antara yang pertama dari kalangan lebih tiga ribu pelanggan yang sanggup beratur untuk mendapatkan telefon tersebut. Maxis menawarkan harga serendah RM890 hingga RM1990 untuk iPhone 4 32GB. Manakala harga serendah RM490 hingga RM1690 untuk iPhone 4 16GB. - Gua
ish..mesti lah mama hanim..dah lama sangat tunggu bila nak masuk Malaysia..:)
ReplyDelete