Penyanyi Bunga Citra Lestari,27, selamat melahirkan bayi lelaki, pada  pukul 2 petang (3 petang waktu malaysia) seberat 3.5 kilogram di Rumah  Sakit Brawijaya, Jakarta, Rabu. Isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair, 31, itu bersalin melalui  proses pembedahan dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Menurut pengurus Bunga, Doddi, Bunga ditemani kedua ibu bapanya serta Ashraf ketika proses kelahiran anak sulung pelakon  itu. "Bunga telah masuk ke hospital pada pukul 3 pagi (4 pagi waktu  Malaysia) dan atas nasihat doktor Bunga disarankan untuk melahirkan anak  secara pembedahan walaupun Bunga mahu melahirkan secara normal."Ibu bapa Ashraf turut berada di sini dan mereka datang dari Kuala Lumpur ke Jakarta pada Sabtu lalu. Apa yang pasti, Ashraf dan Bunga begitu gembira dengan kelahiran anak sulung mereka," katanya. Pasangan tersebut telah bernikah pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta. Adik kepada Ashraf iaitu Aishah Sinclair juga melahirkan anak perempuan yang dinamakan Soraya Ann pada 15 Ogos lalu. - mstar
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!