ALOR SETAR: Dia dikenali sebagai penyampai radio yang mempunyai ramai  peminat sendiri namun itu tidak menghalang pihak berkuasa daripada  menahannya atas tuduhan berkhalwat bersama pasangan berusia 24 tahun,  malam kelmarin. Ketika ditahan deejay yang juga penerbit rancangan radio di utara  berusia 34 tahun itu memberi alasan menemani teman wanitanya yang  tinggal berseorangan di rumah sewa di Taman Tunku Sarina, Jitra dekat  sini, menjamu selera.
Pasangan itu dicekup kira-kira jam 11.15 malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP). Difahamkan, ‘orang kuat’ stesen radio itu mengenali wanita berkenaan  yang berasal dari Sarawak ketika wanita itu membuat latihan amali di  stesen radio tempat dia bekerja beberapa bulan lalu.
Menurut  sumber, hasil maklumat orang awam, sepasukan anggota PADKP bergegas ke  sebuah rumah di taman perumahan itu dan mengesyaki sesuatu mencurigakan  apabila mendapati rumah berkunci. Katanya, apabila pintu  diketuk, seorang lelaki berpakaian lengkap membukanya dan membenarkan  pemeriksaan dijalankan di dalam rumah berkenaan.
Pemeriksaan mendapati ada seorang wanita di dalam rumah itu yang turut  berpakaian lengkap dan siasatan mendapati mereka tiada hubungan mahram  atau suami isteri. Lelaki itu mengaku mengenali pasangannya ketika wanita yang berasal dari  Sarawak itu menjalani latihan amali di stesen radio berkenaan beberapa  bulan lalu,” katanya.
Sumber itu berkata, penyampai radio itu juga memberi alasan  menemani  pasangannya menjamu selera kerana wanita itu menyewa seorang diri di  rumah berkenaan. Difahamkan, penyampai radio itu terkenal di  kawasan utara Semenanjung  menduda sejak beberapa tahun lalu manakala  wanita berkenaan masih bujang.
Sumber itu berkata, sebelum ini  pihaknya  menerima aduan penyampai radio berkenaan kerap bermalam di  rumah wanita itu  selepas waktu kerja atau pada hari cuti dan hanya  pulang keesokan hari. “Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat  Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu sebelum dibawa ke pejabat agama daerah  untuk diambil keterangan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat  mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan  jika sabit kesalahan pasangan itu boleh didenda tidak melebihi RM2,000  atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. - hmetro
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!