KUANTAN – Seorang lelaki, yang baru sebulan berkahwin, lemas selepas  dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama isteri dan keluarganya di  Sungai Jin di Kampung Pasir Kubur, Sungai Lembing dekat sini hari ini. 
Mohd Hazrul Abdul Jalil, 26, yang tidak sedarkan diri ketika dibawa  keluar dari sungai itu, disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan. Ketika kejadian Mohd Hazrul yang bekerja dengan Lembaga Pertubuhan  Peladang di Perak bersama isteri Norfaridah Mohd Amin, 26, ibu dan adik  lelakinya berkelah di sungai itu.
Adiknya, Mohd Helmi Abdul Jalil, 25, berkata, kesemua mereka turun ke  sungai untuk mandi selepas makan pada pukul 12 tengah hari dan abang  serta kakak iparnya yang turun ke kawasan dalam, secara tiba-tiba  dihanyutkan arus deras. "Masa itu abang dan kakak ipar dihanyutkan bersama tetapi abang cuba  menolak kakak ipar ke atas permukaan air sebelum mereka dihanyutkan ke  kawasan cetek dan diselamatkan tetapi abang tidak sedarkan diri,”  katanya. - kosmo
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!