Tiga maut, dua masih hilang apabila sebuah bot kayu yang membawa 29 pelancong terbalik dalam kejadian kira-kira 300 meter dari Jeti Tanjung Leman, di perairan Mersing, Ahad.
Mangsa yang terbunuh adalah seorang wanita, Low Li Jun, 33, serta dua lelaki, Chua Lim Khoon, 45, dan Adrian Tan, 67, yang kesemuanya warga Singapura. Dua lagi yang masih hilang adalah Eng Kian Tek, 44, dan Tor Soon Kwee, 41, juga warga Singapura.
Siasatan mempercayai bot kayu berukuran 40 meter panjang dan 10 meter lebar terbabit membawa lebih muatan daripada yang dibenarkan iaitu hanya 12 penumpang pada satu masa. Kesemua penumpang juga tidak memakai jaket keselamatan. Tgk sini.
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!