ALOR SETAR - Seorang pemilik kedai makan di Pekan Langgar dekat sini  terkejut apabila menemui satu objek yang didakwanya bangkai seekor cicak  dalam botol sos ketika ingin memasak Rabu lepas.
Nor Hashima Mohd. Noor, 29, berkata, bangkai cicak itu ditemui  pekerjanya Nor Hayati Abu Hassan, 25, yang ingin menggunakan sos  berkenaan untuk memasak mee bandung kepada pelanggan.
"Ketika pekerja saya menuang sos yang baru dibeli di kedai runcit  berhampiran ke dalam mangkuk, dia (Nor Hayati) nampak satu benda putih  berekor tetapi dia tidak menyangka objek putih itu adalah cicak. "Apabila saya dan rakan melihatnya dengan lebih dekat, kami terkejut apabila mendapati ia adalah bangkai cicak,” katanya.
Nor Hashima kemudian cuba menghubungi nombor syarikat berkenaan yang tertera pada botol sos itu, tetapi gagal. kosmo
No comments:
Post a Comment