KUALA LUMPUR  - Jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong  Wei akan mengikut jejak langkah jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek yang  bertindak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), kelmarin.
Chong Wei ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam,  berkata, tindakannya berbuat demikian kerana dia mahu kekal dilatih oleh  Misbun, selain tiada persefahaman antara dirinya dan juga BAM.
"Saya akan ikut jurulatih, kalau dia kekal bersama BAM, maka saya akan ke  kekal di BAM, tetapi jika dia keluar saya pun akan ikut jejak  langkahnya," katanya yang dibentuk Misbun sejak usianya masih remaja.
Tgk sini.
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!