Seramai 600 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) menuju Utara,  Senandung Langkawi terkandas kira-kira dua jam selepas bahagian enjin  kereta api terbabit terbakar malam tadi..Sabtu..1.1.11.
Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu disedari oleh pemandu kereta api 12  gerabak itu yang dalam perjalanan dari Stesen Kuala Lumpur Sentral ke  Haadyai, Thailand apabila menyedari enjin kereta api terbabit berasap  setibanya di Jalan Kuching.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah  Persekutuan, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan  kira-kira jam 9.35 malam daripada pemandu berkenaan dan mendapati  kebakaran berlaku di bahagian enjin kereta di gerabak hadapan kereta api itu. Tgk sini.
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!