Sape minat Anuar Zain.. Meh baca sini..
Punya kelas tersendiri dalam kelompok artis-artis Malaysia, penyanyi terkenal Anuar Zain juga sering dikaitkan dengan kenyataan terlalu demanding ataupun mendesak dalam menuntut sesuatu perkara selain mahukan layanan bertaraf antarabangsa.
Namun, ketika diajukan soalan tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki Ini memberitahu dia kesal dengan tuduhan tersebut yang sedikit sebanyak menjejaskan reputasinya dalam industri ini.
Kata Anuar, layanan dan demanding tidak timbul jika mereka memahami cara berurusan dengannya yang menjadikan nyanyian sebagai satu profesion.
“Segelintir pihak kurang jelas dengan istilah demanding dan keperluan yang termaktub dalam kontrak yang dimeterai sebelum menerima tawaran persembahan.
“Namun begitu , sebelum terima sesuatu tawaran, pihak saya akan menyediakan kontrak sebagai sebahagian daripada urusan yang perlu.“Bagi saya setiap langkah urusan ini merupakan sebuah urus niaga perniagaan yang memerlukan “hitam-putih”.Jika tidak, ia akan menimbulkan banyak perkara tidak elok seperti penipuan. “Saya hanya bersikap profesional dan ia perlu ada dalam setiap artis yang menjadikan bidang seni sebagai kerjaya,” katanya.
Dia berharap kenyataan ini memberi penjelasan kepada masyarakat atau artis yang mengambil lewa tentang perkara ini. Jelasnya, dia hanya menjalankan sebuah urus niaga perkhidmatan melalui bakat yang ada. Susulan daripada itu, Anuar mengakui dirinya sering digelar artis berangan dan menempatkan sendiri dirinya pada kelas tertentu.
“Saya tahu ramai di luar sana yang mengelar saya berangan dan sukar untuk bekerjasama tapi jika mereka mengikut cara yang betul ia akan jadi mudah. “Ini bukan tentang berangan tetapi saya mahu industri seni kita sama dengan kerjaya lain di luar sana, bagaimana untuk berurusan dengan sesebuah organisasi kita perlukan surat rasmi dan segala prosedurnya bukan?” soalnya. mstar
-- Klik utk: -- Pramugari MAS Chin Swee Len Ditemui Mati Di Amsterdam Belanda
-- (Gambar) Majlis Perkahwinan Tan Sri Taib Dan Ragad Waleed Meriah
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
betul ker??
ReplyDeleteSaya sudah follow blog awak..
Awak bila nak follow blog saya..
http://pangkahbulat.blogspot.com/