PETALING JAYA: Selepas mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober lalu, pelakon Bienda mengakui sedang menantikan rezeki untuk mendapatkan cahaya mata.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak mahu terlalu mengharap dan menyerahkan segala urusan rezeki tersebut kepada Allah s.w.t.
"Kami masih menanti rezeki untuk mendapatkan cahaya mata, sememangnya setiap pasangan yang baru berumah tangga pasti merancang kearah itu. "Namun kami tidaklah terlalu berharap kerana kalau tak dapat nanti sedih pula. Lagipun perkahwinan kami masih baru dan ada banyak masa lagi, kalau sudah ada rezeki pasti saya beritahu," katanya.
Jelas Bienda, dia kini dalma perancangan menurunkan berat badan selepas mengalami pertambahan mendadak selepas pembedahan jantung berlubang.
"Sekarang saya sering ke gim sebab rasa berat badan semakin bertambah. Tapi bila fikir fasal anak saya kurangkan sebab takut keguguran pula," ujarnya yang kini mempunyai berat sebanyak 57 kilogram.
Dalam pada itu, Bienda yang bakal keluar dengan drama terbaru berjudul Delima Sakti ini mengakui teruja melakonkan watak utama dalam drama tersebut.
"Selama ini saya hanya membawakan watak sampingan sahaja, ketika ditawarkan oleh Shiela Rusly saya pula sedang sibuk menguruskan persiapan perkahwinan. Namun saya terima juga sebab mereka sanggup menunggu sehingga majlis perkahwinan selesai. "Saya ingin teringin untuk berlakon dengan Sheila Rusly sebab tahu hasil kerjanya bagus. Orang selalu kata dia garang dan tak dinafikan hari pertama penggambaran, saya kena tegur sebab lakonan macam kayu, namun teguran itu yang majukan lakonan," ujarnya memegang watak Siti Melur.
Drama Sakti Delima merupakan drama adaptasi daripada filem Pancha Delima yang mengisahkan tentang kesaktian seutas rantai sakti yang menjadi rebutan ramai. Drama di slot Legenda 20 episod ini telah mula ditayangkan pada 3 Januari lalu, setiap Isnin hingga Khamis. Antara pelakon lain yang menjayakan ialah Bienda, Iqram Dinzly, Sheila Rusly, Safura, Ungku Ismail, Aida Khalida dan Liza Hanim. mstar
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!