Pages

Saturday, January 22, 2011

(Gambar) Rita Rudaini Krg Sihat Tak Hadir Nikah Ayu Dan Zaquan - Aidil Zafuan

ALOR SETAR: Aidil Zafuan Abdul Radzak, suami aktres Rita Rudaini Mokhtar memberitahu isterinya tidak dapat hadir ke majlis pernikahan Zaquan Adha dengan pelakon Ayu Raudhah, Jumaat, kerana tidak sihat. Aidil berkata, Rita sekarang sedang mengandung lima bulan menyebabkan keadaan kesihatannya sering terganggu.

"Saya ada mengajak isteri datang ke majlis ini tetapi Rita tidak sihat. Jadi, dia tidak dapat datang bersama dengan saya dan berada di Kuala Lumpur. "Insya Allah, dia akan turut serta dalam majlis resepsi di sebelah pihak lelaki di Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini," kata Aidil kepada pemberita selepas majlis akad nikah kembarnya Zaquan Adha di sini, Jumaat.

Zaquan diijabkabulkan dengan aktres Ayu Raudhah pada Jumaat diMasjid Sultanah Bahiyah. "Saya tumpang gembira dengan majlis perkahwinan Zaquan dan semoga dia menjadi seorang suami yang bertanggungjawab. "Selepas ini tanggungjawabnya lebih besar dan berharap agar dia menjaga keluarganya dengan baik," ujarnya Aidil lagi. mstar

-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar
-- (Gambar) PASKAL TLDM Bebaskan Kapal MT Bunga Laurel, Selamatkan 23 Org Ditawan Lanun Somalia
-- (Gambar) Pelajar UiTM Patah Tulang Belakang Dihempap Batu Besar Di Bukit Broga

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!