Pengacara Daphne Iking sah memeluk agama Islam dengan nama Islamnya,  Dahlia Eleanor Iking dan menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan,  Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe. Majlis pernikahan tersebut berlangsung pada 8 Januari lalu di kampung  halamannya di Penampang Sabah yang turut dihadiri oleh keluarga dan  teman rapat sahaja.
Menurut Joe, mereka tidak merancang untuk mengadakan sebarang majlis  resepsi secara besar-besaran, namun hanya mengadakan sebuah majlis  bersama anak yatim dan kawan-kawan terdekat di Kuala Lumpur. Tambah Joe, sebagai seorang suami yang sah, dia kini mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga dan melindungi isterinya.
"Dalam Islam, tanggungjawab saya besar untuk membimbing dan  menjaganya dengan baik. Keputusan kami untuk bernikah juga bagi  menghindari fitnah," katanya seperti dipetik dari Daily Chili Jumaat. Sementara itu, Daphne memberitahu bahawa Joe merupakan orang yang  bertanggungjawab memperkenalkan Islam kepadanya, namun keputusan memeluk  agama itu datang tanpa sebarang paksaan daripada suaminya.
"Islam adalah agama yang indah. Saya masih lagi belajar tentang agama  ini terutama selepas pelbagai dugaan yang menimpa dalam kehidupan  saya," katanya. Tambah Daphne keputusan memeluk Islam dan berkahwin dengan Joe dibuat sejak Disember lalu ketika melawat Taj Mahal di India.
Semasa berada di sana, dia kagum melihat keindahan alam serta keunikan seni bina Islam di bangunan Taj Mahal tersebut. "Dari keajaiban yang berlaku di sana saya dapat rasakan keinginan  memeluk agama Islam dari dalam diri dan menjadi isterinya. Dia juga  terkejut ketika itu," kata Daphne.
Pasangan yang sudah mengenali sejak lebih setahun lalu itu menjalnkan  hubungan sebagai rakan kongsi perniagaan dalam beberapa projek seperti  2REDchairs yang membincangkan isu-isu sensatif seperti agama,  homoseksual dan perubahan jantina.
"Pada mulanya saya tidak yakin dengan hubungan ini boleh pergi sejauh  ini dan kami pernah berpisah sebelum ini. Namun kami tetap berhubung  sebagai rakan kongsi. "Bagaimanapun dia tetap ditakdirkan sebagai jodoh saya. Dia memberi  sokongan kepada saya ketika perkahwinan pertama saya menjadi mendapat  publisiti meluas," katanya. mstar
-- Salahkah Besarkan Payu Dara - Wanita Hari Ini (WHI) TV3
-- Nadia Annuar TV3 Putus Cinta Sammy Simorangkir Kerispatih Kerana Perbezaan Agama (Gambar)
-- Bekas Suami Daphne Iking Mengaku Jalin Hubungan Dengan GRO Sebulan
-- Aril AF Nikah Pramugari Puteri Erma Edlinda Di Wakaf Che Yeh 20 Disember (Gambar)  
 

handsome jugak hubby dia nie..anak dia mcm mana??
ReplyDeleteMeh singgah: 3 Hati 2 Dunia 1 Cinta!!!!