ad ld

Pages

Monday, December 9, 2013

Nadia Annuar TV3 Putus Cinta Sammy Simorangkir Kerispatih Kerana Perbezaan Agama (Gambar)

Bekas vokalis kumpulan Kerispatih iaitu Sammy Simorangkir yang sebelum ini mengakui sedang bercinta dengan seorang personaliti TV3 iaitu Nadia Annuar mendedahkan hubungan tersebut telah pun berakhir. Menurut laporan Kapan Lagi, keputusan itu diambil kerana tidak lagi mempunyai persefahaman selain perbezaan agama di antara mereka.


"Kami kini hanya kawan biasa sahaja dan tidak lagi mempunyai hubungan cinta kerana perbezaan agama," katanya kepada media Indonesia ketika ditemui Jumaat lalu. Sammy menjelaskan buat masa ini dia ingin memberikan tumpuan kepada kariernya dan tidak mahu meletak sebarang harapan terhadap hubungan cinta.

Saya bakal muncul dengan album terbaharu dan itu menjadi fokus saya dan bukannya soal cinta," katanya. Ditanya mengenai calon isteri yang sesuai, Sammy berkata, dia ingin mencari wanita yang seagama dengannya kerana lebih mudah. "Saya belajar daripada pengalaman lalu dan sebolehnya biarlah calon isteri saya nanti yang seagama dengan saya," katanya. mstar

--  Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
--  Kemalangan Di Km 244 Lebuhraya PLUS Senawang 2 Maut Bayi 10 Bulan Parah (Gambar)
--  (Gambar) Seks RM10 Pelajar Sekolah 17 Tahun
--  Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Pernikahan Adiknya 

No comments: