ad ld

Pages

Thursday, October 7, 2010

Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai

Setelah turun naik mahkamah hampir setahun, kemelut rumah tangga bekas pengacara TV3, Nadia Shahrul Annuar, 26, terlerai semalam apabila suaminya, Sulaiman @ Mohd. Helmi Mohd. Ilyas melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah semalam.


Sulaiman, 29, selaku plaintif membuat lafaz tersebut secara tertutup di dalam kamar Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan perceraian tersebut secara baik.

Peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakili plaintif ketika ditemui selepas prosiding berkata, anak guamnya telah lafazkan cerai talak satu terhadap Nadia dan mahkamah membenarkan cerai tersebut. “Melalui perjanjian penyelesaian yang dipersetujui bersama, kedua-dua pihak bersetuju menarik balik dakwaan masing-masing yang telah difailkan di mahkamah.

“Ini melibatkan permohonan nusyuz oleh plaintif, permohonan perceraian oleh defendan (Nadia) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dan hak jagaan anak yang akan dijaga oleh bapanya,” kata Mohd. Zaidi. - kosmo

--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Rogol Gadis 12 Tahun Sebelum Kahwin Kes Pengantin Muda Dibuka Semula
-- Kemalangan Di Km 244 Lebuhraya PLUS Senawang 2 Maut Bayi 10 Bulan Parah (Gambar) 
--  Gambar Fasha Sandha Di Langkawi 

-- Nadia Annuar TV3 Putus Cinta Sammy Simorangkir Kerispatih Kerana Perbezaan Agama (Gambar)

No comments: