ad ld

Pages

Friday, March 21, 2014

Sari Yanti Fail Cerai, Edy Casmadi Tak Setuju Cerai

Saya tidak mahu komen apa-apa kerana bimbang ia bercanggah. Anda boleh tanya dengan Sari Yanti kerana saya bukan artis," kata ahli perniagaan Mohd Eddy Casmady Che Hussin,34.


Ditanya mengenai tindakan isterinya memfailkan penceraian, Mohd Eddy Casmady berkata, dia tidak bersetuju untuk bercerai dengan isterinya. "Sari Yanti tahu saya failkan permohonan nusyuz ini," katanya kepada wartawan selepas selesai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Wednesday, March 19, 2014

Fasha Sandha Mengandung Anak Kedua? (Gambar)

Selepas menyambut kelahiran cahaya mata sulung, Putra Rayfal Ramli pada 15 April tahun lalu, pelakon Fasha Sandha dikhabarkan sedang hamil anak keduanya.


Menerusi beberapa keping foto terbaru ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya di Pulau Bali baru-baru ini, Fasha dilihat tampil dengan pakaian yang menonjolkan perutnya yang semakin membesar. mediahiburan

Tuesday, March 18, 2014

Anak Perempuan Kapten Zaharie Aishah Di Australia Balik Malaysia

Anak perempuan kepada kapten penerbangan MH370 Zaharie Ahmad Shah terbang untuk pulang ke Malaysia dari Australia, tempat di mana dia tinggal sejak tahun 2010, menurut laporan mirror.com.uk.



Aishah Zaharie telah pulang untuk bersama keluarganya, kata laman web berita Australia itu. Dia telah memberitahu rakannya bahawa spekulasi tentang ayahnya sebagai "satu penderitaan dan kesakitan terhadap keluarga".

Sumber laman web itu berkata: "Apa yang media antarabangsa tulis tentang Kapten Zaharie tidak benar [dan] tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan bapa penyayang kepada anak-anaknya". Aishah kini mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga di Kuala Lumpur. mstar


--   Fariq Ab Hamid MH370 Dan Kapten Nadira Ramli Pilot Air Asia Rancang Kahwin (Gambar)
--   Lima Mati Overdose Dadah Methamphetamine Di Konsert Festival Muzik Bukit Jalil (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Enam Mati Overdose Dadah Di Stadium Bukit Jalil Selepas 10 Minit (Gambar)

Siasatan awal polis mendapati enam pengunjung konsert mati dalam tempoh 10 minit selepas mengambil dadah ecstacy jenis baharu. Mereka yang maut ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 21, Victor Wong E. Hern, 25, Sabreena Kamarudin, 21, M. Suresh, 27, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 26.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dadah jenis baharu itu didapati baru berada dalam pasaran negara ini dan kemungkinan sedang diuji sindiket dadah. Katanya siasatan polis juga mendapati mereka berkongsi dadah itu yang dijual kepada pengunjung konsert Festival Future Music Asia 2014 (FMFA) di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan harga tertentu.

Hanez Suraya Ditamatkan Kontrak Duta Aura White (Gambar)

Kontrak Hanez sebagai duta Aura White telah pun ditamatkan kerana kontroversi tersebut sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada produk kecantikan itu. Untuk makluman, Hanez Suraya telah dilantik sebagai duta dan jurucakap produk Aura White sejak setahun yang lalu.



Mungkin ini satu langkah bijak oleh pihak pengurusan produk kecantikan ini kerana sebelum ini ada peminat yang fanatik telah mengajak pemboikotan produk ini kerana dutanya adalah Hanez Suraya. beautifulnara

--  Lima Mati Overdose Dadah Methamphetamine Di Konsert Festival Muzik Bukit Jalil (Gambar)
-- Fariq Ab Hamid MH370 Dan Kapten Nadira Ramli Pilot Air Asia Rancang Kahwin (Gambar)
-- Rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Di Laman Seri Disiasat Polis (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Monday, March 17, 2014

Pernikahan Aidil Zafuan Dan Zarema Zainal Di Klang (Gambar)

Tahniah buat Aidil Zafuan dan Zarema Zainal selamat diijab kabulkan. Majlis pernikahan bekas suami Rita Rudaini ini berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Pandamaran Klang. Aidil memberikan wang hantaran RM17 ribu.


Aidil juga membawa 9 dulang hantaran beserta mas kahwin RM7000 dan dibalas 11 oleh Zarema. Turut hadir di majlis pernikahan kedua pasangan ini ialah pasangan kekasih Nora Danish dan Nedim, Safee Sali dan Sharul Shiro.



Semoga kekal bahagia selamanya buat mereka.

--  Fariq Ab Hamid MH370 Dan Kapten Nadira Ramli Pilot Air Asia Rancang Kahwin (Gambar)
--  Aidil Zafuan Dan Zarema Zainal (Gambar)
-- Lima Mati Overdose Dadah Methamphetamine Di Konsert Festival Muzik Bukit Jalil (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Di Laman Seri Disiasat Polis (Gambar)

Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, pada 2.42 petang selepas sidang berita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu.



Tiga anggota polis berpakaian preman itu memperkenalkan mereka dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pengawal keselamatan yang mengawasi kediaman Laman Seri di Seksyen 13, sebelum mengambil pas keselamatan untuk memasuki kawasan itu.

Difahamkan anggota polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang. Wakil-wakil media tempatan dan asing yang menunggu di kawasan perumahan itu, tidak dibenarkan memasukinya oleh pengawal keselamatan. Polis dijadual memberi kenyataan rasmi mengenai pemeriksaan di rumah Zaharie pada satu sidang media hari ini.

"Saya tidak boleh nyatakan bila mereka jalankan siasatan dan siapa yang memberi maklumat mengenai perkara itu kepada agensi berita luar negara, Reuters, tadi tetapi apa yang boleh diberitahu setakat ini, kemungkinan perkara itu akan diumumkan esok. "Diharap media boleh menunggu," katanya. sinarharian

--  Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Bina Simulasi Boeing B777 Di Rumah (Gambar)
-- Kapten Norudin Abdul Majid Dan Kapten Zaharie Kawan Rapat, Di Mana Sains Berakhir Di Situ Kuasa Allah Bermula (Gambar)
-- Lima Mati Overdose Dadah Methamphetamine Di Konsert Festival Muzik Bukit Jalil (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Sunday, March 16, 2014

Raja Bomoh Nak Tampar Khairy Jamaluddin Macam Buaya Vs Satu Malaysia Nak Tampar Raja Bomoh (Gambar)

"Satu Malaysia nak tampar dia," kata Khairy Jamaluddin berseloroh ketika ditanya mengenai kenyataan 'Raja Bomoh' yang ingin menamparnya berhubung kenyataan di Twitter baru-baru ini. Tegas Menteri Belia dan Sukan itu, beliau enggan melayan kerenah Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin yang disifatkannya mengamalkan amalan khurafat dan upacara ritual hingga memalukan negara.



"Dia sorang yang nak tampar saya...tapi saya rasa satu Malaysia nak tampar dia sebab malukan negara. "Perbuatan dia syirik, khurafat...saya tak nak layan," katanya ringkas ketika ditemui selepas bersarapan dengan pengundi di Taman Indah Sungai Jelok. Sebelum ini Ibrahim yang menggunakan gelaran 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' mengugut untuk menampar Ketua Pemuda Umno itu seperti buaya di atas kenyataannya itu.

Terdahulu Khairy menerusi Twitternya menyifatkan tindakan Ibrahim yang mengamalkan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengesan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sebagai karut dan khurafat. Gambar dan video ritual Raja Bomoh yang menggunakan tikar, buah kelapa dan 'tongkat sakti' di ruang legar KLIA tersebar luas di internet dan menjadi bahan ketawa masyarat dunia. Beberapa gambar parodi rakyat asing mengenai ritual tersebut turut dikongsi di laman sosial yang menyifatkan kononnya Malaysia menggunakan kaedah unik dalam mencari pesawat MH370. mstar

--  Lima Mati Overdose Dadah Methamphetamine Di Konsert Festival Muzik Bukit Jalil (Gambar)
-- Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Bina Simulasi Boeing B777 Di Rumah (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Friday, March 14, 2014

Nora Danish Sambut Hari Jadi Di Kelab Malam Haram? (Gambar)

Beberapa hari lalu program 999 yang disiarkan di TV3 ada menyiarkan satu kisah serbuan pihak berkuasa yang dilakukan ke atas sebuah premis hiburan tidak berlesen di Bandar Utama, Selangor.


Wartawan berkenaan menunjukkan beberapa keping kad jemputan ke majlis artis tersebut yang menyerupai atau hampir sama dengan kad jemputan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Nora Danish yang telah dimuat naik dalam laman sosial Instagram.

Dalam laman sosial Instagram Nora Danish itu juga dia bukan sahaja menyambut hari kelahirannya dengan rakan-rakannya tetapi teman istimewanya iaitu Nadeem Nazri. Menurut laporan itu juga, selebriti yang didakwa menyewa bilik khas bernilai RM5,000 itu sempat meloloskan diri sebelum pihak berkuasa tiba.

Bagaimanapun, Nora Danish sendiri semalam telah tampil memberi kenyataan di dalam sebuah video Youtube yang dimuat naik oleh syarikat naungannya Metrowealth Sdn Bhd iaitu MIG. Selain menjelaskan isu tersebut, Nora Danish akui kad jemputan itu menyerupai kad jemputannya, namun menafikan majlis itu adalah majlisnya. murai.com

--  Rozita Che Wan Mengandung Di Usia 41 Selepas 16 Tahun (Gambar)
--  Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Bina Simulasi Boeing B777 Di Rumah (Gambar)
--  Shalwati Mengaku Pukul Ammar Mengamuk Lepas Bergaduh Dengan Aishah Di Sweden (Gambar)
--  Kapten Norudin Abdul Majid Dan Kapten Zaharie Kawan Rapat, Di Mana Sains Berakhir Di Situ Kuasa Allah Bermula (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
--  Cara Lindungi Diri Dari Jerebu 5 Langkah

Thursday, March 13, 2014

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Teropong Buluh Dan Bubu Mata Pancing Di KLIA MH370 (Gambar)

Upacara ritual menggunakan teropong buluh dan bubu mata pancing yang dilakukan oleh seorang bomoh yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP kini menjadi satu trending di media sosial.


Penyebaran video upacara ritual Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80 menzahirkan pelbagai reaksi dari golongan masyarakat lebih-lebih lagi golongan muda. Semakin ramai individu yang berlumba-lumba ‘melakukan’ ritual yang sama bagi menunjukkan usaha mereka untuk menemukan pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Kelmarin, Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar menerima ketibaan Raja Bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu. Bomoh VIP yang kononnya berkebolehan meramal keadaan pesawat MH370 itu menjalankan upacara selama 30 minit dan mendakwa pesawat tersebut 'tergantung' di antara tiga negara iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dikenal pasti namun beliau mengesahkan MH370 itu berada dalam keadaan selamat.

Menurut Raja Bomoh Sedunia ini, bubu mata pancing yang digunakan merupakan simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian. Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah membuat ramalan ke atas kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang berkata, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Jakim bagaimanapu  menyelar tindakan pihak-pihak tertentu yang menggunakan khidmat bomoh bagi mengesan pesawat MH370 yang masih hilang. sinarharian

--  Kapten Norudin Abdul Majid Dan Kapten Zaharie Kawan Rapat, Di Mana Sains Berakhir Di Situ Kuasa Allah Bermula (Gambar)
--  Shalwati Mengaku Pukul Ammar Mengamuk Lepas Bergaduh Dengan Aishah Di Sweden (Gambar)
--  Zed Zaidi Perlekeh Insiden Pesawat MAS Hilang, Mohon Maaf (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Monday, March 10, 2014

Rozita Che Wan Mengandung Di Usia 41 Selepas 16 Tahun (Gambar)

Tahniah Che Ta kerana dah mengandung anak pertama bersama Zain Saidin. Rozita Che Wan berkongsi berita gembira itu melalui Instagram dengan gambar alat ujian kehamilan dan kapsyen "Alhamdulillah,... syukur dengan nikmat mu ya Allah.. Amin".


Zain Saidin dan Che Ta berkahwin pada 12 Disember 2013 di Setia City Convention Centre Shah Alam. Rozita mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertama bernama Ammar Effendy 18 dan Aniq Ezzra 16.

--  Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Bina Simulasi Boeing B777 Di Rumah (Gambar)
--  Kapten Norudin Abdul Majid Dan Kapten Zaharie Kawan Rapat, Di Mana Sains Berakhir Di Situ Kuasa Allah Bermula (Gambar)

--  Cara Lindungi Diri Dari Jerebu 5 Langkah

--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Sunday, March 9, 2014

Zed Zaidi Perlekeh Insiden Pesawat MAS Hilang, Mohon Maaf (Gambar)

Zed Zaidi menerusi laman sosial Twitter memohon maaf atas kenyataannya yang memperlekehkan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pagi Sabtu.


Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, dia keliru dengan maklumat berkenaan dan tidak bertujuan untuk memburukkan keadaan.

"Saya mohon maaf atas kenyataan mengenaik kapal terbang MAS yang hilang di Twitter dan Facebook sebentar tadi. Saya tidak berniat untuk memburukkan lagi keadaan. "Saya harap orang ramai menghentikan spekulasi terhadap berita ini kerana ia mengelirukan. Kita berdoa semoga semua anak kapal dan penumpang MAS yang hilang berada dalam keadaan selamat dan dilindungi Allah," tulisnya.

Zed dalam kenyataan awalnya di twitter pada pukul 11 pagi mempersoalkan kehilangan pesawat tersebut dan memperlekehkan hidanganya yang disajikan pihak syarikat penerbangan terbabit. Bagaimanapun, kenyataan tersebut mendapat kecaman daripada pengguna laman sosial dan menganggap pelakon itu cuba mengambil kesempatan untuk mencari publisiti murahan terhadap insiden tersebut.

Terdahulu, pada pagi Sabtu, MAS mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014. MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal. mstar

--  MH370 Hilang, Dua Tumpahan Minyak Dikesan Di Luar Pantai Vietnam
--  Pernikahan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Di Masjid Al Mukarramah Sri Damansara
--  Hanez Suraya Dipeluk Lelaki Sekadar Kawan Rapat (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Friday, March 7, 2014

Romie Kekasih Hanez Suraya, Dakwaan Isteri Saya Fitnah Semata Mata (Gambar)

Teman lelaki kepada Hanez Suraya iaitu Romie Razin Adilha yang turut hadir di dalam sidang media tergempar pelakon drama wanita itu memberitahu segala kenyataan yang dikeluarkan isterinya kepada pihak media adalah fitnah semata-mata.


"Saya minta maaf kerana segala kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri saya adalah tidak benar dan fitnah semata-mata kerana saya mengenali Hanez selepas rumahtangga saya bergolak. "Saya berkenalan dengan Hanez pada Disember tahun lalu manakala rumahtangga kami bermasalah sejak tahun 2011 selepas dia sendiri memfailkan cerai dua kali iaitu pada April 2011 dan Oktober 2013. "Jadi saya harap, janganlah ada sesiapa yang kaitkan punca keretakan rumahtangga ini dengan Hanez lagi," jelasnya.

Thursday, March 6, 2014

Hanez Suraya Tak Takut Balasan Isu Rampas Suami Orang (Gambar)

Hanez Suraya mengakui tidak takut kepada balasan ataupun karma gara-gara kejadiannya dikatakan merampas suami orang yang juga kekasihnya, Romie Razin Adilha, 34. Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, sekiranya dia berada di pihak yang benar dan ikhlas menjalinkan hubungan dengan pemuda yang dikenali sejak 20 Disember tahun lalu itu, dia tidak perlu takut kepada ‘hukuman’ berkenaan.


"Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar. "Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu," katanya.

Tuesday, March 4, 2014

Mizz Nina Nekad Berhenti Menyanyi (Gambar)

Mizz Nina nekad membuat keputusan untuk berhenti daripada melibatkan diri dalam bidang nyanyian. Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia berbuat demikian kerana ingin menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik dan langsung tidang menyesal dengan keputusan tersebut.


"Saya buat keputusan ini bukan kerana mengikut kesesuaian imej semata-mata tetapi ia lebih melibatkan tentang kepercayaan saya terhadap Islam. "Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Lagipun, dalam dunia seni, banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan sebagai contoh membaca puisi atau melibatkan diri dalam pengacaraan," katanya.

Wardina Jadi Duta Tilam, Berhijrah Ke Australia Bersama Keluarga

Wardina Safiyyah menganggap keputusannya untuk menyambung pelajaran dan berhijrah ke Brisbane, Australia pada Jun ini sebagai langkah memulakan hidup baharu bersama keluarganya. Wardina Safiyyah atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, berkata keputusan nekad itu adalah bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan pelajaran tanpa sebarang gangguan.


"Saya ingin berehat daripada kehidupan di sini yang terlalu banyak aktiviti, setiap minggu ada sahaja jemputan menghadiri majlis yang tidak mampu untuk ditolak, perkara sebegitu membuatkan masa bersama keluarga dan pelajaran terjejas. "Insya-Allah, di sana saya boleh fokus sepenuhnya kepada pelajaran dan berharap dapat menyambung ke peringkat lebih tinggi lagi," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan duta baharu tilam jenama 'Good Nite', di Hotel Westin, Isnin.

Ahli Politik Wanita Ditangkap Khalwat Di Bilik Hotel Di Perlis

Seorang ahli politik ditangkap khalwat bersama dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin oleh Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips). Ahli politik itu, 30, yang merupakan seorang janda ditangkap khalwat bersama seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun di sebuah bilik hotel dalam satu serbuan pada pukul 1.30 pagi Isnin.

Sumber memberitahu bahawa serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat, sambil menambah bahawa ahli politik itu berpakaian lengkap manakala lelaki tersebut hanya bertuala dan berkemeja-T. "Kedua-dua mereka memberi kerjasama dengan pegawai jabatan agama Islam dan memberitahu bahawa mereka berdua bukan pasangan berkahwin.

Mereka kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah di mana satu laporan dibuat. "Mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, yang mengendakan denda RM5,000, penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah," kata sumber itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden oleh pegawai Jaips. mstar

--  Kemalangan Pertama Di Jambatan Kedua Pulau Pinang (Gambar)
--  Rozita Che Wan Mengandung? Zain Saidin Berdebar (Gambar)
--  Hanez Suraya Dipeluk Lelaki Sekadar Kawan Rapat (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Monday, March 3, 2014

Ammar Dipukul Bapanya - Nicolai Mikkelsen Di Sweden (Gambar)

"Hanya bapanya yang pukul dia," keterangan daripada kawan baik kepada anak sulung lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang menjalani perbicaraan di atas dakwaan memukul anak-anak mereka. Nicolai Mikkelsen,13, merupakan kawan kepada Ammar berkata, dia mendapati kawannya itu dipukul oleh ibu bapanya apabila dia bertanyakan kepada Ammar kenapa Ammar selalu 'bad mood' dan sakit bahu.


"Kadang-kala apabila kami menyentuh bahunya, Ammar jadi marah dan memberitahu bahunya sakit. Apabila kami bertanya kenapa, Ammar berkata ia kerana dipukul ibu bapanya," kata Mikkelsen, sambil menambah dia mengetahui hal ini sejak gred enam, kira-kira dua tahun lalu.