ad ld

Pages

Monday, September 24, 2012

Perkahwinan Anak Sultan Brunei

Anakanda perempuan pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkahwin dengan Pengiran Muhammad Ruziani kelmarin di Istana Nurul Iman yang mempunyai 1,700 bilik, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. Anakanda Sultan Brunei itu, Puteri Hafizah Surusul Bolkiah, 32, berkahwin pada majlis yang diadakan di depan sejumlah tetamu pada Rabu lalu.


Puteri Hafizah merupakan anakanda kelima Sultan Hassanal Bolkiah dengan isterinya, Permaisuri Pengiran Anak Saleha. Anakanda Sultan Brunei itu mempunyai ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan dan bekerja sebagai seorang pegawai di Kementerian Kewangan.

Shila Amzah Dpt RM 1juta Menang Asian Wave 2012 Di China

Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah (gambar) yang mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa Asian Wave 2012 di Shanghai, China, malam kelmarin dikatakan bakal menerima hadiah dana lebih RM1 juta.


Mengikut laporan portal hiburan murai.com.my, Shila, 22, mengesahkan perkara itu tetapi angka sebenar hadiah kemenangan itu hanya diketahui hari ini setelah satu rundingan diadakan bersama penganjur pertandingan berkenaan.

Wednesday, September 5, 2012

Diana Danielle Dan Farid Kamil Bertunang

Pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil telah mengikat tali pertunangan pada Ahad lalu di kediaman aktres itu di Damansara, di sini selepas menyulam cinta selama tiga tahun.


Menurut laporan akhbar Berita Harian, majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang dimana Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah 'diikat' oleh lelaki itu. Ibu Diana, Norsiah Ramli berkata, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan bersyukur segala perancangan berjalan dengan lancar.

Tuesday, September 4, 2012

Dua Pelajar Malaysia Terbunuh Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Russia

Dua pelajar Malaysia terbunuh dan lima yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di Russia lewat malam tadi, demikian menurut duta besar Malaysia, Datuk Zainol Abidin Omar, pada Isnin. Beliau berkata pelajar itu dikenalpasti sebagai Hanisah Muhd Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, Terengganu; dan Adzreen Binyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dari Putrajaya.

Penuntut itu, kedua-duanya pelajar tahun lima dari Akademi Perubatan Negeri Nishny Novgorod, sedang dalam perjalanan menaiki sebuah van dengan lima rakan lain universiti itu dari lapangan terbang Moscow ke Vladimirskaya bila kemalangan berlaku, kata beliau.

Monday, September 3, 2012

Nurul Syuhada Dan TV3 Minta Maaf

Stesen televisyen TV3 dan pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, (gambar kecil) memohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak yang dikatakan daif.

TV3 membuat permohonan maaf dalam satu kenyataan di sini semalam sementara Nurul Syuhada pula menulisnya dalam laman sosial Facebook beliau setelah menerima kritikan serta gesaan pelbagai pihak supaya berbuat demikian.

Gangnam Style Di Seluruh Dunia, Video Ditonton 84 Juta Kali Di Youtube

Populariti penyanyi rap dari Korea Selatan, Park Jae-sang atau lebih dikenali sebagai Psy mencatat fenomena baharu di seluruh dunia selepas aksinya menari tarian kuda, Gangnam Style, ditonton lebih 84 juta kali setakat ini di YouTube.


Psy kini dilaporkan lebih popular daripada muzik pop Korea Selatan atau K-Pop, malah, satu tinjauan oleh sebuah agensi pelancongan tempatan mendapati Psy sebagai bintang Korea Selatan yang paling ingin ditemui oleh warga asing.