ad ld

Pages

Thursday, August 22, 2013

Bas Jatuh Gaung Di Genting Highlands 37 Mati (Gambar)

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas pelancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands -Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang.


Seramai 16 orang lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini sedang menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan seramai 53 orang.


Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 orang adalah lelaki dan 13 lagi  ialah perempuan. mstar

-- Carol Lee Mrs Malaysia Menang Mrs Universe 2013 Di Carribean (Gambar)
-- Proton Suprima S Dilancarkan Tun Mahathir (Gambar)

Saturday, August 17, 2013

Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Di Pengadang Baru (Gambar)

Ustaz Azhar Idrus kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kg Pengadang Baru Kuala Terengganu pada pagi Sabtu. Ustaz Azhar Idrus UAI dan isteri memandu kereta Volkswagen Golf GTI berlanggar dengan kereta Proton Iswara yang dinaiki dua lelaki.



UAI dan isterinya tidak mengalami kecederaan manakala pemandu dan penumpang kereta Iswara cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu.

-- Proton Suprima S Dilancarkan Tun Mahathir (Gambar)
-- Surau Resort Diguna Penganut Buddha Ketua Sami Minta Maaf (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Wednesday, August 14, 2013

Surau Resort Diguna Penganut Buddha Ketua Sami Minta Maaf (Gambar)

Ketua Utama Samy Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana Nayake Maha Thera memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam atas tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.


Walaupun beliau sendiri tidak mengenali anggota kumpulan itu, namun atas dasar tanggungjawab, beliau melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan berharap kejadian sedemikian tidak berulang.

"Kumpulan luar itu sepatutnya mendapatkan tempat sesuai dan memahami sensitiviti budaya dan tradisi tempatan sebelum melakukan ritual. "Saya minta seluruh masyarakat Islam menerima permohonan maaf ini dan akan menentukan kejadian itu tidak akan berulang," katanya.

Beliau menasihatkan penganut Buddha agar menghormati sensitiviti mana-mana penganut agama lain. Beliau berkata penganut Buddha mestilah sentiasa menyedari prinsip asas yang ditegakkan oleh Buddha: "...Tidak mungkin seseorang itu dapat mencipta kesenangan atas kesusahan orang lain". sinarharian

-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- Budak 14 Tahun Dirogol Bergilir Gilir 8 Lelaki (Gambar)