ad ld

Pages

Friday, October 6, 2017

Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi (Gambar)

Mengambil keberkatan Jumaat, pelakon Elfira Loy melangsungkan pertunangan dengan penyanyi Sufian Suhaimi di kediaman Elfira, Alam Damai pada pukul 4 petang Jumaat.


Elfira, 23, berkata dia masih belum menetapkan tarikh pernikahan mereka namun majlis tersebut akan diadakan tahun hadapan pada bulan kelahirannya iaitu Mac.

Wednesday, October 4, 2017

Datuk Maznah Hamid Meninggal Dunia

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid, 62, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 6.10 petang tadi.


Menurut keluarga terdekat memberitahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Institut Jantung Negara (IJN).

Atlit Sukan Sea KL 2017 Gagal Ujian Doping

Seorang atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) pada Ogos lalu dipercayai adalah antara tiga atlet yang gagal ujian doping.

Ketua Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), Datuk Dr SS Cheema berkata ujian makmal yang dilakukan di New Delhi mendapati terdapat bahan larangan dalam sampel A semua atlet tersebut.

Tuesday, October 3, 2017

Solat Jumaat Masjid Jamek Kg Rawa Tidak Sah

Mufti Pulau Pinang memutuskan bahawa solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Rawa yang dilakukan pada 11 Ogos lalu bersamaan 18 Zulkaedah 1438H, adalah tidak sah.


Menurut pekeliling yang dikeluarkan jawatankuasa masjid berkenaan kelmarin, umat Islam yang bersolat Jumaat di masjid itu pada tarikh berkenaan dikehendaki melakukan solat qada fardu Zohor.

Monday, October 2, 2017

Perbualan Terakhir Isteri Dan Anggota TLDM Yang Menyentuh Jiwa

Nur Liya Asmira, isteri kepada Laskar Kelas 1, Muhammad LailatuIman Mohd Shukri, yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Unit Sungai Wangi, Sitiawan, banyak mendiamkan diri sebaik menerima berita kematian suaminya petang semalam.

Abang ipar Muhammad LailatuIman yang enggan dikenali berkata, Nur Liya Asmira hanya berdiam diri dan kerap menangis selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6 petang semalam. “Nur Liya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur banyak mendiamkan diri sejurus menerima berita itu. “Dia lebih banyak menyendiri dan tidak selera makan serta kerap menangis sejak semalam,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Sunday, October 1, 2017

Dua Anggota TLDM Maut Disahkan Sihat Sebelum Ditahan

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan dua anggotanya yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, berada dalam keadaan sihat sebelum dimasukkan ke pusat tahanan itu.