ad ld

Pages

Sunday, October 1, 2017

Dua Anggota TLDM Maut Disahkan Sihat Sebelum Ditahan

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan dua anggotanya yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, berada dalam keadaan sihat sebelum dimasukkan ke pusat tahanan itu.





Panglima Tentera Laut Tan Sri Kamarulzaman Badaruddin berkata TLDM sememangnya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang setiap anggota yang dimasukkan ke pusat tahanan perlu menjalani ujian kesihatan terlebih dahulu." Kami mengesahkan bahawa dua anggota terbabit sihat sebelum dimasukkan ke pusat tahanan, namun kami tidak mahu mengulas lanjut mengenainya kerana ia masih dalam siasatan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 51 Veteran Pasukan Khas Laut (Paskal) sempena sambutan Ulang Tahun Paskal ke-35 di Markas Paskal TLDM.

Beliau berkata, Lembaga Siasatan TLDM yang bersidang semalam tidak akan campur tangan siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaliknya membincangkan serta meneliti semula SOP." Lembaga ini akan meneliti sama ada SOP masih relevan dan komprehensif diguna pakai selain menyiasat sama ada anggota yang bertugas ketika kejadian mematuhi SOP atau sebaliknya," katanya. Katanya, lembaga itu yang terdiri daripada lima anggota, diketuai kapten dan kesemua mereka mempunyai kepakaran dalam bidang keselamatan serta kesihatan pekerjaan.

Kamarulzaman berkata pihaknya memandang serius dan tidak akan berkompromi atau melindungi anggota yang melakukan jenayah selain memberi kerjasama sepenuhnya kepada PDRM bagi membantu proses siasatan. "Keadilan perlu ditegakkan dan saya akan pastikan anggota yang bersalah dikenakan tindakan undang-undang kerana ia menjejaskan imej, kebajikan dan integriti perkhidmatan," katanya sambil menambah pusat tahanan itu tidak akan ditutup.

Tambah Kamarulzaman, pihaknya turut melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa dan TDLM akan membantu anggota keluarga daripada aspek kebajikan. LK 1 Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK 1 Muhammad Lailatulman.

-- Perbualan Terakhir Isteri Dan Anggota TLDM Yang Menyentuh Jiwa
-- Bekas Suami Daphne Iking Mengaku Jalin Hubungan Dengan GRO Sebulan
-- Bapa Geram Tumbuk Pembunuh Anak, Pengasuh
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar) 

No comments: