ad ld

Pages

Wednesday, April 27, 2011

Keputusan Penuh Liga Super 26.4.11, Kelantan 1-0 Selangor, Perak 5-3 KL

Keputusan penuh Liga Super 26 April 2011:

Kelantan 1-0 Selangor
Harimau Muda A 1-1 N.Sembilan
T-Team 3-1 Kedah
Felda United 0-0 Johor FC
Perak 5-3 K.Lumpur
Sabah 1-2 Terengganu
Perlis 1-2 Pahang

Kelantan menang lagi. Tahniah The Red Warriors!!!!!

- Penggempur berbisa, Norshahrul Idlan Talaha dijulang sebagai wira apabila meledak gol ketika membantu Kelantan membenam pendahulu Liga Super, Selangor 1-0 malam tadi. Gol menerusi tandukannya seawal minit keempat pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu itu sudah cukup untuk Kelantan kembali bangkit menyaingi takhta liga.

Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Kelantan terus melakukan asakan untuk mendapatkan gol awal dan Norshahrul yang tidak dikawal berjaya menanduk masuk bola menewaskan Saiful Amar Sudar di gawang Selangor. Segala-galanya berpunca daripada lontaran ke dalam oleh pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang ditanduk ke belakang oleh ketua pasukan, Badri Radzi sebelum Norshahrul mudah merobek gawang Selangor untuk gol tunggal perlawanan.

Peluang Selangor hadir pada minit ke-23 menerusi pemain pertahanan, Nasriq Baharom yang menanduk bola hasil sepakan percuma Amri Yahyah, namun sedikit melepasi palang gol. Selang enam minit kemudian, Norshahrul sekali lagi mencemaskan benteng Selangor apabila rembatannya gagal ditangkap kemas oleh Saiful Amar tetapi bola tersebut bergolek keluar.

Babak kedua perlawanan menyaksikan Selangor bermula garang menerusi rembatan Amri dari penjuru kanan gawang Kelantan yang mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat, namun ia sekadar singgah di tiang gol. Pemain sayap lincah Kelantan, Nurul Azwan Roya turut berpeluang mencatat nama sebagai penjaring, namun rembatannya selepas menerima umpanan Norshahrul dihalang pertahanan Selangor.

Penghujung babak perlawanan, penyerang Selangor, Fadzli Saari mampu mengubah keputusan perlawanan, namun rembatan kencangnya sedikit tersasar. Kelantan yang 'dibantu' hampir 25,000 penyokong mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menyaksikan tersebut. kosmo

-- Gol!!! Kelantan 1 Selangor 0, Perlawanan Piala Sumbangsih 2011
-- (Gambar) Majlis Tunang Ashraf Muslim Dan Dayana, Spt Kenduri Kahwin
-- (Gambar) Majlis Resepsi Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Paroi Negeri Sembilan
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Sunday, April 24, 2011

AF 9 Bawa Msk Fina Dan Hazama AF 4, Aida Dan Amir Digugurkan

Akademi Fantasia kesembilan (AF9) membuat kejutan apabila dua pelajar rancangan tersebut iaitu Aida dan Amir digugurkan dalam program itu untuk minggu ketiga. Kedua-dua mereka digugurkan berdasarkan 50 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton sementara 50 peratus lagi adalah keputusan pihak juri. Pengguguran itu dilakukan untuk membolehkan para pelajar lain menunjukkan prestasi masing-masing dalam AF9 yang dilihat semakin hilang taringnya.

Keputusan menggugurkan dua pelajar itu membolehkan dua ahli baru dibawa masuk iaitu bekas pelajar AF4 Hazama dan Fina. Ia diumumkan oleh pengacara Aznil Nawawi setelah menerima keputusan tersebut daripada pengetua AF9, penyanyi Amy Search. Amy sempat memberikan amaran kepada dua pelajar baru dan tujuh pelajar yang terselamat daripada penyingkiran agar bersungguh-sungguh menimba ilmu di AF9. Mereka yang terselamat adalah Afif, Erul, Lena, Nera, Azri, Raqib dan Kay setelah Miza disingkirkan kerana mendapat peratusan terendah hasil 100 peratus undian SMS penonton.

"AF bukan tempat untuk bermain tetapi tempat terbaik untuk belajar...," ujarnya secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dari Studio 1, Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu. mstar

-- (Gambar) Majlis Tunang Ashraf Muslim Dan Dayana, Spt Kenduri Kahwin
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Cikgu Syida Kuar Paper, Femes Gilerrr Wooo 
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri

Saturday, April 23, 2011

(Gambar) Kemalangan Ngeri Myvi Dan Lori Tangki Di Km 63 Jln Kuantan Segamat Dkt Paloh Inai, 4 Maut

Mmg ngeri tgk berita pasal kemalangan tu. Remuk teruk Myvi tu bertembung dgn lori menyebabkan 4 maut.

- Keadaan Kereta Perodua Myvi yang dinaiki empat sekeluarga selepas bertembung dengan sebuah lori treler di KM63 Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, awal pagi tadi.

Kesemua mangsa maut d itempat kejadian iaitu Diong Kah Keng, 24 serta isterinya, Koh Kiah Hui, 23; adiknya Diong Kah How, 21 dan seorang saudara mereka, Choi Kok Sin, 23. mstar

-- (Gambar) Mangsa Sula Menderita Sakit Di Bandar Tenggara Kulaijaya Johor
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Org Ramai Kutip Duit Bertabur Lps Kemalangan Hilux Dan BMW Di Km 234 Highway PLUS Susur Keluar Pedas

Friday, April 22, 2011

Keputusan Liga Super 22.4.11, Kelantan 4-0 Perlis

Tahniah team The Red Warriors menang lagi dlm perlawanan dgn Perlis 4-0 di Kota Bharu. Kelantan mengulangi kemenangan 19 April lps 5-1 ketika bermain di gelanggang lawan.

Gol2 Kelantan mlm ni dijaringkan oleh Izuan (40"), Norshahrul (52"), Nizad Ayub (70") dan Mohd Badri (74").

Go More Kelate Go More!!!!

-- (Gambar) Ular Tedung Selar Lbh 3 Meter Ditangkap Di Padang Besar Perlis
-- Cikgu Syida Kuar Paper, Femes Gilerrr Wooo
-- Rita Rudaini Berdamai Dgn Mertua: Aidil Kata Damai, Rita Kata Dusta.. Apa Cer?
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!! 

Hafiz (AF7) dan Adira (AF8) Mengaku Bercinta Sejak 5 Bulan Lalu

Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 21, mendedahkan sedang hangat bercinta dengan penyanyi Adira (AF8) sejak lima bulan lalu. Hafiz berkata, pendedahan itu bukan untuk mendapatkan publisiti murah sebaliknya bagi menjelaskan tanggapan serong sesetengah pihak sebelum ini yang mendakwa Adira menjalinkan cinta sejenis.


"Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami. Malah, ketika Adira 'diserang' gosip yang mendakwanya menjalin hubungan songsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar dan masih mampu mengunci mulut. "Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan. "Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira di mata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya," katan Hafiz dalam satu pertemuan bersama mStar Online.

Bercerita tentang hubungan yang terjalin secara tersembunyi selama lima bulan itu, Hafiz mengakui sudah lama menaruh hati kepada gadis kelahiran Ranau, Sabah itu. "Sebenarnya saya sudah menyimpan perasaan pada Adira sejak dia AF8 lagi. Cuma, ketika itu kami mempunyai pasangan masing-masing. Kebetulan pula ketika saya sedih selepas putus cinta pada penghujung tahun lalu, Adira muncul memberikan semangat. Lama-kelamaan, keserasian kami itu bertukar menjadi perasaan sayang pula,” katanya.

Sementara itu, Adira yang dihubungi mengakui intim dengan penyanyi lagu Awan Nano itu sejak lima bulan yang lalu. "Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yang lalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga. "Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harap cerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruang privasi saya," katanya.

Apabila ditanya tentang impak dan penerimaan keluarganya terhadap gosip yang mendakwa dia mengamalkan hubungan songsang, Adira berkata: "Sebagai orang baru dalam industri ini, saya terlalu kerdil untuk mempertahankan diri daripada gosip sedemikian. "Yang penting, keluarga sangat mengenali saya dan mengetahui cerita sebenar. Bagi saya, dengan berdiam diri saja segala fitnah yang dilemparkan itu akan lenyap dengan sendirinya."

Pengakuan eksklusif hubungan mereka ini sekali gus turut menangkis gosip hubungan Adira dengan juara AF8, Shahir. Terbaru, Adira dan Hafiz dikhabarkan akan berduet untuk lagu tema filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang dijangka ditayangkan hujung tahun ini. mstar

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama
-- (Gambar) Org Ramai Kutip Duit Bertabur Lps Kemalangan Hilux Dan BMW Di Km 234 Highway PLUS Susur Keluar Pedas 

Thursday, April 21, 2011

Kris Dayanti Mengaku Hamil 4 Bulan, Nikah Baru 4 Minggu!!!! 20 Mac 2011

Penyanyi Kris Dayanti akhirnya mengaku dia telah hamil empat bulan dan terpaksa menerima hakikat itu biarpun dilempar dengan pelbagai kecaman oleh masyarakat Indonesia kerana mengandung anak luar nikah. Mahu atau tidak, Kris, 36, dan suaminya, Raul Lemos, 40-an, menerima berita itu dengan rasa tanggungjawab selepas menyedari kesilapan mereka sebelum berkahwin.

“Kami sudah dewasa. Kami menerima berita ini (kehamilan) dengan rasa tanggungjawab,’’ jelas Kris yang kini berada di Bali bersama suaminya. Kris bernikah dengan usahawan dari Timor Leste itu pada 20 Mac lalu.

Dalam teks khidmat pesanan ringkas (SMS), Kris memberitahu Kosmo!, dia pada mulanya tidak berniat menghebahkan secara terbuka berita kehamilan itu kerana ia perkara sensitif.

Namun Kris berpendapat, adalah lebih baik dia sendiri mengesahkan perkara itu daripada membiarkan ia keluar dari mulut orang lain. “Benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul cerita yang tidak betul seperti saya melakukan abortion (gugurkan kandungan) pula,” katanya. kosmo

-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama
-- Fatine Young Songsang Dapat Visa Tinggal di UK
-- Aksi Cium Mulut Kris Dayanti & Raul Lemos Di Sidang Media

Monday, April 18, 2011

(Gambar) Ashraf Muslim Tunang Dgn Doktor 23 April, Nikah Tahun Ini

Pelakon Ashraf Muslim, 30, (gambar) menamatkan teka-teki tentang statusnya apabila dia akan bertunang dengan wanita berusia 24 tahun pada 23 April ini di rumah wanita itu di Gombak. Dia yang menjangkakan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini, bagaimanapun enggan mendedahkan nama wanita tersebut yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka.

Kata pelakon yang popular menerusi drama Ustaz Amirul itu, dia belum bersedia untuk mendedahkan tentang buah hatinya itu sehingga tiba majlis pertunangannya nanti. Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, pada hari yang sama Ashraf turut akan mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari. Klinik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid. “Kalau mahu mengenali siapa tunang saya, jemputlah ke majlis pertunangan dan klinik saya semasa majlis perasmian nanti. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk membuat kedua-dua majlis itu pada hari yang sama. “Kebetulan, rumah dia dan klinik saya agak berdekatan. Menariknya, stesen TV9 juga akan membuat siaran langsung majlis pertunangan dan perasmian klinik saya pada hari itu,” kata pengamal perubatan Islam yang mendalami bidang tersebut sejak dua tahun lalu.

Bercerita tentang hubungan mereka, Ashraf mengenali wanita itu lebih setahun lalu dan berhasrat menyunting wanita itu pada bulan lalu. “Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya. “Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. “Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini,” ujarnya.

Tambahnya: “Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah. “Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak menghormati keputusan saya.”

Dalam perkembangan lain, Ashraf juga muncul di program Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada setiap Jumaat, pukul 8 hingga 10 pagi. Ashraf mengendalikan sebuah slot yang memaparkan cara perubatan Islam. mstar

-- (Gambar) Majlis Tunang Ashraf Muslim Dan Dayana, Spt Kenduri Kahwin

-- Cikgu Syida Kuar Paper, Femes Gilerrr Wooo
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis

Sunday, April 17, 2011

Pilihan Raya Negeri Sarawak: Bilangan Kerusi Yg Dimenangi Parti Bertanding

Berikut adalah keputusan muktamad kedudukan kerusi yang dimenangi oleh parti yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10:

Jumlah Kerusi Yang Dipertandingkan - 71

Barisan Nasional - 55

DAP - 12

PKR - 3

Bebas - 1

PAS - 0

SNAP - 0

Parti Cinta Malaysia - 0

-- (Gambar) Majlis Perkahwinan Tan Sri Taib Dan Ragad Waleed Meriah
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Peragut Mati Tertonggeng Dlm Longkang
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri

Saturday, April 16, 2011

Waran Tangkap Terhadap Norman Hakim Dan Memey Suhaiza

Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap ekoran kegagalan mereka untuk menghadiri prosiding kes khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Jumaat.

Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah.

Friday, April 15, 2011

(Gambar) Mayat Gadis Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Minyak Di Kg Gerai Besut Terengganu

Tgk dlm tv semlm pasal kemalangan ni. Ngeri tgk keadaan kereta viva yg remuk teruk cmtu. Takziah utk keluarga mereka. Al-Fatihah.

- Usaha lima bakal jururawat untuk lari daripada gangguan lelaki misteri yang menceroboh asrama mereka dengan bersiar-siar di Kuala Terengganu berakhir dengan kecelakaan apabila tiga daripada lima gadis itu maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki minyak semalam.

Kejadian ngeri pukul 6 pagi di Kampung Gerai dekat sini itu menyebabkan pemandu kereta, Nordiana Mohd. Nor, 22, dari Kota Tinggi, Johor; Zur Iras Zakaria, 19 dan Nurul Shahidah Abdul Jaabar, 19, masing-masing dari Kuala Terengganu, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian. Dua lagi rakan mereka, Bazillah Abdullah, 19 dan Nur Adilah Mohd. Ghazali, 19, dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian akibat cedera parah.


 Difahamkan, sebelum kejadian, kesemua pelajar tahun dua kursus kejururawatan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Bachok, Kelantan itu dalam perjalanan pulang ke Asrama Muiz Dalam Rhu di Pasir Puteh. Jarak antara asrama mereka dengan Kuala Terengganu kira-kira 135 kilometer. Kesemua rakan karib itu dikatakan telah meminjam kereta rakan mereka pada pukul 9 malam kelmarin untuk bersiar-siar.

Sementara itu, seorang rakan mangsa, Nik Sharmila Nik Amram, 21, memberitahu, kesemua mangsa pergi ke Kuala Terengganu bagi menghilangkan tekanan selepas diganggu lelaki misteri di asrama. kosmo

-- (Gambar) Myvi Remuk Pelajar UiTM Maut Kemalangan Ngeri Di Machang Kelantan
-- Gambar Kemalangan Ngeri Di Jln Lipis-Merapoh Gua Musang Kelantan
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri

(Gambar) Bapa Bakar Diri, 2 Anak Turut Melecur Di Kg Raut Yan Kedah

Tidak diketahui apa puncanya seorang lelaki dari Kampung Raut, Yan dekat sini yang didakwa mengalami kemurungan bertindak membakar diri sehingga menyebabkan dua anak lelakinya yang cuba membantunya turut melecur. Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi semalam, mangsa seorang pesawah, Zinol Ismail, 51, melecur di seluruh bahagian badannya dan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Dua anak mangsa yang turut melecur ialah Badrul Amin Zinol, 14, dan adiknya, Amirul Hadi, 12. Badrul Amin melecur 44 peratus bahagian badan manakala Amirul Hadi melecur 32 peratus. Kedua-dua remaja itu melecur di bahagian kaki sehingga tangan. Amirul Hadi dan Badrul Hadi dirawat di HSB dan mereka berada dalam keadaan stabil.

Mengimbau sebelum kejadian itu, isteri Zinol, Salma Saad, 47, berkata, sebelum kejadian suaminya yang sebelum ini selalu menghantar anak kelimanya, Nurul Ain Farhana, 9, ke sekolah meminta supaya dia yang menghantar Nurul Ain ke sekolah semalam. “Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana suami mengadu letih dan mahu tidur,” ceritanya semasa ditemui di rumah di HSB di sini semalam.

Sebaik pulang dari menghantar Nurul Ain, Salma memberitahu, dia terkejut apabila ternampak suaminya terbaring di atas katil dengan hanya memakai kain pelikat dengan bahagian belakangnya masih ada sedikit api. “Suami saya tidak mengerang kesakitan sebaliknya tidak membenarkan saya masuk ke dalam bilik. “Saya terus menghampirinya dan terkejut melihat keseluruhan badannya melecur manakala tangannya dalam keadaan kejang,” kata Salma. kosmo

-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Mangsa Sula Menderita Sakit Di Bandar Tenggara Kulaijaya Johor
-- Fatine Young Songsang Dapat Visa Tinggal di UK
-- (Gambar) Bayi Lahir Tanpa Tempurung Kepala

Wednesday, April 13, 2011

(Gambar) 'Usop Wilcha' Naik Angin Ada Pihak Ambil Kesempatan

Pelakon Syed Mohamad Asri yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) kesal dengan perbuatan individu yang menubuhkan kelab peminat melalui Facebook menggunakan nama wataknya untuk memperdayakan orang ramai. Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba ada pihak menghubunginya bertanyakan mengenai pakaian yang dibeli melalui pengendali laman sosial itu sedangkan dia tidak tahu menahu apa-apa.

“Saya menerima kiriman e-mel dan panggilan telefon daripada peminat yang merungut tentang pakaian yang mereka beli kerana mereka sangkakan urus niaga itu dikendalikan oleh saya. “Sedangkan saya tidak menubuhkan apa-apa kelab peminat apatah lagi mahu menghasilkan cenderamata menggunakan populariti saya dalam filem tersebut,” katanya kepada mStar Online, Selasa.

Dia diminta mengulas tentang perang mulut yang berlaku antara dia dengan seorang lelaki yang mengendalikan Kelab Peminat Facebook Usop Wilcha berikutan insiden berkenaan.

Pelakon yang popular dengan karakternya berkerusi roda dalam filem tersebut kesal dengan individu tersebut kerana mengambil kesempatan. “Saya bukan marah mereka yang menumpang populariti Usop Wilcha untuk mencari rezeki itu kerana bagi saya ia bukan rezeki saya seorang. “Tapi apa yang dikesalkan mereka membabitkan saya dalam urusan jual beli sehingga ada mesej saya terima tentang perkara-perkara yang saya sendiri tidak tahu.

Katanya, dia memberi kebenaran kepada individu tersebut untuk mengendalikan kelab peminat berkenaan tetapi tidak menyangka pula ia dijadikan batu loncatan untuk mengambil kesempatan. Lebih menyakitkan hati katanya, individu tersebut turut menulis status yang bukan-bukan di dalam Facebook tersebut termasuklah menghinanya dengan perkataan yang kurang sopan. “Saya suruh dia berhenti menulis status yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan perspektif buruk masyarakat kepada saya.

Jelas pelakon itu lagi dia tidak mahu peminat-peminat Usop Wilcha terpedaya dengan perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti itu. Ketika ditanya tentang tindakannya dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada individu berkenaan sekiranya masalah tersebut masih berlarutan. “Kita tengok dahulu, jika dia semakin melampau saya akan ambil tindakan dan perkara ini telah dibincangkan dengan pihak-pihak tertentu,” katanya yang dalam perancangan membintangi filem Usop Wilcha arahan Mamat Khalid. mstar

-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- Fatine Songsang Dapat Visa Tinggal di UK
-- Saat2 Indah Fasha Sandha Bersama Jejai

Keputusan Liga Super 12.4.11, Kelantan Kalah 0-4 Perak

Keputusan perlawanan Liga Super 12.4.11.

Kelantan 0-4 Perak
Sabah     2-2 Perlis
Harimau Muda A 1-0 K.Lumpur
T-Team 0-1 Terengganu
Felda United 0-1 Selangor
N.Sembilan 0-1 Kedah
Pahang 0-0 Johor FC

- Frust beb, Kelantan kalah besar.

Tuesday, April 12, 2011

(Gambar) Bakar Rumah Ibu Krn RM200 Di Kg Alor Madi Alor Setar Kedah

Gara-gara permintaan RM200 tidak ditunaikan, seorang pemuda naik berang hingga sanggup membakar rumah pusaka peninggalan arwah bapanya berusia puluhan tahun di Kampung Alor Madi Alor Setar kelmarin. Kejadian pada pukul 6 petang itu didakwa mula tercetus apabila Mohd. Khairi Mahmud, 28, meminta wang daripada ibunya, Halimah Abdullah, 50-an.


Wanita tersebut bagaimanapun enggan menyerahkan wang tersebut menyebabkan Mohd. Khairi berang. Selepas melihat Mohd. Khairi berang, abangnya, Mohd. Noor, 33, membawa ibu mereka pulang ke rumahnya di Kepala Batas di sini kerana bimbang diapa-apakan oleh lelaki itu.

Difahamkan, dua bulan lalu, Mohd. Khairi yang bekerja sebagai pembantu am rendah di sebuah pejabat kerajaan di sini pernah mengugut untuk membakar rumah ibunya itu. "Selepas hantar ibu (di Kepala Batas), saya datang balik ke rumah emak saya dan lihat Mohd. Khairi ada di dalam biliknya.

"Pada masa itu saya terhidu bau hangit dari tong gas yang diletakkan di ruang tamu rumah," ceritanya. kosmo

-- (Gambar) Juruterbang Helikopter Bell 206 Terhempas, Kapten Sahimi Meninggal Dunia
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

(Gambar) Dua Beradik Diculik Turut Dirogol Sblm Diselamatkan Bapa Di Alor Setar

Masya Allah. Suka hati dia je kan culik anak gadis org pastu rogol plak tu. Umur bru 21 tahun dh pandai bt jahat cmtu. Dh kena tangkap tu tau lah nasib kau nanti.

- Dua beradik perempuan berumur 13 dan 12 tahun bukan saja melalui detik mencemaskan apabila dilarikan seorang lelaki lebih 17 jam, malah seorang daripada mangsa dipercayai dirogol sebelum diselamatkan bapa mereka keesokan harinya.

Sebelum kejadian culik itu, kedua-dua mangsa berjalan untuk pergi ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka di Kampung Perepet, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin apabila didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah Perodua Kancil berwarna perak.

Lelaki itu menarik tangan kedua-dua mangsa masuk ke dalam keretanya dan melarikan mereka ke Yan untuk menemui rakan suspek.

Mangsa merayu suspek supaya menghantar mereka pulang, bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya suspek membawa mangsa meronda-ronda sekitar pantai di Kuala Sala dan Pendang. Mangsa mengadu ada melakukan hubungan seks dengan suspek di Mukim Bendang Tokai, Pendang pada malam berkenaan. hmetro

-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Pelajar UiTM Rakam Imej Hantu Di Mlm Jumaat Di Mersing
-- (Gambar) Pelajar UiTM Koma Di ICU Dibelasah Teman Lelaki

Monday, April 11, 2011

(Gambar) Pesta Kaut Beras Lg Di Km 150 PLUS, Treler Terbalik Sesak 5 Jam Lbh 10 KM

Pesta kaut beras dtg lagi. Kali ni dekat Bukit Tambun Penang plak, bila treler muatan beras 18 tan terbalik menyebabkan lebuh raya sesak hampir 5 jam lebih 10km. Mcm biasa lah, ramai2 pakat tlg kutip barang la kan.

- Lalu lintas di Kilometer 150, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Bukit Tambun Seberang Perai semalam sesak lebih 10 kilometer apabila sebuah treler membawa muatan 18 tan beras terbabas lalu terbalik di laluan itu. Kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu menyebabkan kesesakan luar biasa hampir lima jam setelah petugas lebuh raya berkenaan menutup sementara laluan tersebut.

Kesesakan menjadi bertambah buruk gara-gara tindakan segelintir pengguna lebuh raya itu yang memberhentikan kenderaan dan mengutip ratusan guni beras yang bertaburan di jalan raya. Kekecohan turut berlaku ekoran tindakan segelintir pemandu yang tidak sabar lalu membuat pusingan U di tengah-tengah kesesakan di Plaza Tol Juru yang terletak kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.

Jurucakap PLUS Expressway Berhad memberitahu, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta menukar haluan dari kanan ke kiri lebuh raya secara tiba-tiba menyebabkan treler berkenaan yang berada di laluan sama hilang kawalan lalu terbalik. "Sebuah kren dibawa ke tempat kejadian mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengangkat dan mengalihkan treler berkenaan yang terbalik di tengah-tengah lebuh raya," katanya. kosmo

-- (Gambar) Pesta Kaut Beras Di Lebuh Raya
-- (Gambar) Org Ramai Kutip Duit Bertabur Lps Kemalangan
-- Kenali Telur Ayam Tiruan Dan Cara Membuatnya Demi Kesihatan Bersama

Sunday, April 10, 2011

(Gambar) Batu Nisan 20 Kubur Lama 'Hidup' Di Kg Batu Melintang

Seram gak mula2 tgk picca ni td. Batu nisan membesar, jadi tinggi hampir menyamai org dewasa..huhu. Perkuburan tu dikatakan wujud sejak 200 thn lalu.

- Penduduk Kampung Batu Melintang Gua Musang terkejut kerana batu-batu nisan di sebuah kubur lama di kampung itu didakwa hidup apabila saiznya semakin membesar dan meninggi. Kubur tersebut yang dikatakan wujud sejak 200 tahun lalu, menyemadikan penduduk tempatan pada zaman dahulu. Kini ia sudah tidak digunakan lagi setelah perkuburan baharu disediakan di Kampung Kuala Sungai tiga tahun lalu.

Sejak penggunaan tanah perkuburan beralih ke kubur baharu, kubur lama yang menempatkan hampir 150 jenazah penduduk beragama Islam itu kini terbiar dan dipenuhi pokok-pokok hutan. Sebelum ini, menurut penduduk, batu- batu nisan itu memang telah dilihat membesar, namun tidak pernah dilaporkan media.

Tinjauan ke lokasi tersebut mendapati, sebanyak 20 buah kubur lama yang batu nisannya menjadi tinggi, manakala kawasannya dipenuhi dengan semak-samun. Batu-batu nisan di kawasan perkuburan itu memang besar dan tinggi sehingga ada yang hampir menyamai tinggi orang dewasa. kosmo

-- Salahkah Besarkan Payu Dara - Wanita Hari Ini (WHI) TV3
-- (Gambar) Murid 7 Thn Dipukul Meninggal Dunia, Guru Ditahan
-- Kenali Telur Ayam Tiruan Dan Cara Membuatnya Demi Kesihatan Bersama
-- (Gambar) Mayat Lelaki Putus Dua Kemalangan Di Jln Lingkaran Tengah MRR2

(Gambar) Kemalangan Satria Dihempap Lori Di Km 40 Jln KL-Ipoh, 3 Beranak Maut

Semlm tgk tv ada kuar pasal ni. Ngeri tgk bomba usung mayat kuar dri kereta Satria yg remuk dihempap lori tu. Mangsa 3 beranak tu dlm perjalanan dri kg, ambik anak yg diletakkan dgn jagaan ibu krn si isteri berkursus. Al Fatihah utk arwah.

- Tiga beranak yang dalam perjalanan pulang dari kampung maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer (KM) 40, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Rawang pagi semalam. Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu ialah Mohd. Farid Idris, 29, isterinya, Eirlenna Asrani, 28, dan anak lelaki mereka, Muhammad Faiz Hakimi, 4.

Dalam kejadian itu, kereta Proton Satria yang dinaiki keluarga malang tersebut bukan sahaja dirempuh oleh sebuah lori membawa muatan tar, malah diheret sejauh 70 meter. Kereta tersebut kemudian terjatuh ke tebing jalan sebelum dihempap oleh kenderaan seberat 10 tan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Hulu Selangor, Asisten Supritendan Mohd. Taib Songoh berkata, kejadian berlaku ketika keluarga itu dalam perjalanan dari Kampar, Perak menuju ke ibu negara. Menurutnya, kenderaan yang dipandu Mohd. Farid dipercayai hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan lalu merempuh lori terbabit. "Ketiga-tiga mangsa tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala," katanya. kosmo

-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- (Gambar) Murid 7 Thn Dipukul Meninggal Dunia, Guru Ditahan
-- Som Tam Terbaik Di Sungai Petani
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Harijadi Jejai

Keputusan Liga Super 9.4.11, Kelantan 6-0 Felda United, Phewittt

Caya lah Kelantan a.k.a The Red Warriors, menang besar beb ke atas Felda United 6-0 wooo. Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Shakir, Norshahrul Idlan Talaha, Nizad Ayub (2 gol), Danial Fadzly dan Izuan Salahuddin. Tahniah der. Go More Kelate Go More.

Keputusan penuh perlawanan Liga Super 9 April 2011.

Kelantan 6-0 Felda United.
Sabah 2-1 Perak
Johor FC 0-0 N. Sembilan
Terengganu 3-1 Harimau Muda A
K.L 0-0 Pahang
Selangor 0-2 T-Team

-- Kenali Telur Ayam Tiruan Dan Cara Membuatnya Demi Kesihatan Bersama
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- Pramugari MAS Chin Swee Len Ditemui Mati Di Amsterdam Belanda

Saturday, April 9, 2011

(Gambar) Wanita Aceh Pengsan Disebat 9 Kali Depan Khalayak Ramai

Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam. Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.

Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat. "Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain," kata pendakwa raya itu, Bendry Almy. kosmo

-- Kenali Telur Ayam Tiruan Dan Cara Membuatnya Demi Kesihatan Bersama
-- (Gambar) Rita Rudaini Tamatkan Sengketa Dengan Mertua
-- (Gambar) Gadis 12 Thn Maut Jatuh Dri Tingkat 6 Didakwa Terlibat Maksiat Dgn 3 Lelaki
-- (Gambar) Bayi Lahir Tanpa Tempurung Kepala

Thursday, April 7, 2011

(Gambar) Pen Pengarah Kastam Ditemui Mati Jatuh Bangunan SPRM

Seorang Penolong Pengarah Kastam Selangor yang ditahan semalaman pada 1 April lalu bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram ditemui mati di tingkat satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur di Jalan Cochrane di sini semalam.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali memberitahu, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat di Unit Import dan Eksport, Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati pada pukul 10.15 pagi di gelanggang badminton bangunan SPRM oleh seorang kakitangan SPRM.

“SPRM mengesahkan mangsa adalah antara pegawai Kastam yang ditahan pada 1 April 2011 pada pukul 12 tengah hari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor. “Setelah mangsa membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3b iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, dia telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April lalu pada pukul 12.30 tengah hari,” kata Mustafar di tempat kejadian.

Selepas dilepaskan melalui jaminan, mangsa meninggalkan Pejabat SPRM Kuala Lumpur. Namun begitu, Mustafar memberitahu, pada pukul 8.26 pagi semalam, mangsa datang semula ke Pejabat SPRM Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang motosikal Modenas Kriss. Katanya, mangsa datang ke pejabat SPRM itu tanpa mendapat arahan daripada SPRM.

Bangunan SPRM terbabit baru siap dibina dan diguna pakai pada Disember 2010 dan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) termasuk di lokasi mangsa ditemui mati. Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa hadir untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM bagi berbincang mengenai kes terhadapnya tetapi oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, mangsa menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi. kosmo

-- (Gambar) Murid 7 Thn Dipukul Meninggal Dunia, Guru Ditahan
-- Rita Rudaini Berdamai Dgn Mertua: Aidil Kata Damai, Rita Kata Dusta.. Apa Cer?
-- Telefon Bimbit Punca Lelaki Mati Pucuk
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

AWAS! Telur Ayam TIRUAN Di Pasaran

Gila. Agak2 la kalo nk menipu pun, ini telur ayam yg org ramai makan hari2 pn ada tiruan gak. Telur kan sgt sinonim dlm masakan lbh2 lg dgn masyarakat Melayu. Makan pagi dgn menu nasi lemak, roti telur, kuih muih, menu tghari plak nasi ayam telur mata ke, tomyam telur dadar ke, malam plak char kuey teow, nasi goreng pattaya la, nasi goreng USA n many more lah. Senang kata byk makanan yg dicampur dgn telur kan. Sila ambil perhatian utk kesihatan bersama k.

- Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya. Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat. “Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.

Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya. Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap. kosmo

-- Cek Nuffnang Datang Lagi, I Like Sgt2
-- (Gambar) Murid 7 Thn Dipukul Meninggal Dunia, Guru Ditahan
-- Seri Bayu Meninggal Dunia Akibat Sakit Saraf

Tuesday, April 5, 2011

Video Datuk Siti Nurhaliza Nyanyi Bukan Cinta Biasa, Nobody, Nirmala Di ABP BH 2010 3.4.11

Jom tgk sini Video Datuk Siti Nurhaliza nyanyi medley lagu Bukan Cinta Biasa, Nobody n Nirmala persembahan penutup ABP BH 2010. Mmg superb beb. Cayalah Datuk Siti. I like..




Amacam, best kan?

-- Seri Bayu Meninggal Dunia Akibat Sakit Saraf
-- (Gambar) Murid 7 Thn Dipukul Meninggal Dunia, Guru Ditahan
-- (Gambar) Gadis Bunuh Diri Terjun Tingkat 3 KB Mall
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis

Monday, April 4, 2011

Senarai Penuh Pemenang ABP BH 2010, Shaheizy Sam Bintang Paling Popular

Ada sesape yg x tgk ABP BH 2010 semlm? Ni senarai penuh para pemenangnya k. Intro agak slow, tp keseluruhan acara boleh dikatakan baik. Paling menonjol lawak Johan n Yusuf Wilca dan persembahan penutup nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.

Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Rosnani Jamil
Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
Penyanyi Wanita Popular - Yuna

Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani

Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Sixth Sense
Artis Nasyid Popular - Rabbani

Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan
Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah

Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali

Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

Tahniah utk semua pemenang.

-- (Gambar) Murid 7 Thn Dipukul Meninggal Dunia, Guru Ditahan
-- Seri Bayu Meninggal Dunia Akibat Sakit Saraf
-- Rita Rudaini Berdamai Dgn Mertua: Aidil Kata Damai, Rita Kata Dusta.. Apa Cer?
-- Video Datuk Siti Nurhaliza Nyanyi Bukan Cinta Biasa, Nobody, Nirmala Di ABP BH 2010 3.4.11

Sunday, April 3, 2011

(Gambar) Pelajar Perubatan USM Risau 'Dibogelkan' Dlm Facebook

Seorang pelajar Fakulti Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan kini hidup dalam keadaan tertekan selepas menerima ugutan daripada seorang penggodam internet yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik pertindihan (superimpose) dirinya.


Pelajar tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 20, menerima ugutan itu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Rao dan mendakwa bekerja sebagai pereka laman web.

Devi memberitahu, dia menerima ugutan tersebut selepas mengesahkan permintaan lelaki berkenaan untuk menjadi rakan di laman sosial Facebook pada 24 Mac lepas. Dia mendakwa, selepas itu lelaki berkenaan bertindak mengambil gambarnya yang ada di dalam album di laman sosial itu serta mencuri alamat akaun miliknya.

“Lelaki berkenaan juga menukar kata laluan akaun alamat laman carian Yahoo! milik saya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar maklumat peribadi saya sesuka hati,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pengaduan Awam MCA. kosmo

-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- Saat2 Indah Fasha Sandha Bersama Jejai
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)

MU Menang 4-2 West Ham, Rooney Catat Hatrik

Manchester United menang 4-2 dgn West Ham, phewiiittt. Wayne Rooney catat hatrik dalam tempoh 14 bulan untuk memastikan Manchester United bangkit mencapai kemenangan 4-2 selepas ketinggalan 0-2 kepada West Ham pada separuh masa pertama.

Harap Rooney akan terus bangkit utk bw MU gondol kejuaraan liga buat kali ke-19.

Saturday, April 2, 2011

(Gambar) Kemalangan 2 Treler Di Km 445.3, PLUS Sesak 5 Jam

Dh mcm kebiasaan di Malaysia ni, asal ada je kemalangan x kira besar atau kecil jalan akan jammed. Kebykan pengguna lain akan perlahankan kenderaan utk tolong, Tolong Tengok. Pernah gak sangkut dlm jem bila ada sebuah kereta buka bonet depan sambil berehat kt tepi jalan. Maka ramai lah warga 'prihatin' yg brek, buka tingkap tgk sambil angguk2.

- Laluan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke ibu negara semalam sesak hampir lima jam selepas dua buah treler membawa buatan simen dan acuan sarung tangan terbalik di Kilometer 445.3 berhampiran susur keluar Rawang.

Kejadian pada pukul 6 pagi itu dipercayai berlaku apabila treler membawa muatan simen yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun terbabas dan merempuh sebuah treler membawa acuan sarung tangan di hadapannya. Treler membawa simen itu kemudian terhumban ke dalam longkang.

Jurucakap bomba berkata, sebaik tiba, pihaknya mendapati pemandu lori simen tersepit di tempat duduk. “Kita mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan kaki pemandu lori simen yang tersepit pada stereng dan semua mangsa hanya cedera ringan walaupun kedua-dua kenderaan itu terbalik,” katanya. kosmo

-- (Gambar) Khairul Fahmi Che Mat Dpt Rumah Dri Kerajaan Kelantan - Perhhh!!!
-- (Gambar) Pelajar UiTM Koma Di ICU Dibelasah Teman Lelaki
-- Gambar Kemalangan Ngeri Di Jln Lipis-Merapoh Gua Musang Kelantan 

Keputusan Kelantan vs Harimau Muda A 1.4.11, Video Gol Solehin dan S Chanturu

Tahniah utk pasukan Kelantan a.k.a The Red Warriors menang 2-1 dlm perlawanan dgn Harimau Muda A di Kota Bharu. Jom kita tgk video dua gol yg diperolehi pendahulu liga tersebut.
Gol pertama oleh Solehin.


Gol kedua dijaringkan S.Chanturu minit ke 24.


Gomo Kelate Gomo.

-- Gambar Kemalangan Ngeri Di Jln Lipis-Merapoh Gua Musang Kelantan
-- (Gambar) Gadis Bunuh Diri Terjun Tingkat 3 KB Mall
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Friday, April 1, 2011

(Gambar) Kemalangan Ngeri Kancil, Lori, Treler Di Jln Kota Bharu G Musang Dkt Paloh 3, 3 Maut

Gua Musang - Tiga orang maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Simpang Paloh Tiga di sini kelmarin. Kemalangan pada pukul 6.30 petang itu melibatkan sebuah treler, lori kontena dan kereta Perodua Kancil. Mangsa yang terbunuh ialah pemandu lori kontena, Muhammad Fathimy Hassan, 29, pemandu kereta, Mat Dahari Yusoff, 35, dan rakannya, Sa'ade Mohd. Noor, 35.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Supritendan Aziz Hasan berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah treler mengangkut kenderaan cuba mengelak lori membawa tong gas yang rosak di laluan tersebut. Ujarnya, pemandu treler telah memperlahankan kenderaan namun telah dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta Perodua Kancil yang dinaiki Mat Dahari dan Sa'ade.

"Kereta tersebut kemudian terbalik dan telah dirempuh pula oleh sebuah lori kontena dipandu Muhammad Fathimy menyebabkan kereta itu remuk," katanya. kosmo

-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Mayat Lelaki Putus Dua Kemalangan Di Jln Lingkaran Tengah MRR2
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Datuk Malek Noor Kena Sakit Jantung Tika Main Bola, Msk ICU Hospital Pantai

Ipoh - Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pantai di sini setelah mengalami serangan jantung ketika bermain bola sepak bersama pasukan pilihan Menteri Besar malam tadi.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Paduka Dr. Mumtaz Jaffar berkata, doktor kini membuat pemantauan rapi dan keadaannya dilaporkan stabil.

- Semoga beliau cepat pulih spt sedia kala hendaknya.

-- Gambar Anak2 Artis Di Fesyenista Baby Kiko
-- (Gambar) Banjir Di Perlis Bertambah Buruk
-- (Gambar) Gadis Bunuh Diri Terjun Tingkat 3 KB Mall