ad ld

Pages

Showing posts with label EPL result. Show all posts
Showing posts with label EPL result. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

MU Menang 4-2 West Ham, Rooney Catat Hatrik

Manchester United menang 4-2 dgn West Ham, phewiiittt. Wayne Rooney catat hatrik dalam tempoh 14 bulan untuk memastikan Manchester United bangkit mencapai kemenangan 4-2 selepas ketinggalan 0-2 kepada West Ham pada separuh masa pertama.

Harap Rooney akan terus bangkit utk bw MU gondol kejuaraan liga buat kali ke-19.

Sunday, August 22, 2010

Keputusan Bolasepak EPL Chelsea 6 - Wigan 0

Dua gol masing-masing oleh Nicolas Anelka dan Salomon Kalou membantu Chelsea meneruskan permulaan cemerlang bagi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan membenam Wigan 6-0 di Stadium DW awal pagi tadi.

Florent Malouda dan Yossi Benayoun turut menemui gawang ketika pasukan Carlo Ancelotti meneruskan kecemerlangan menewaskan West Brom dengan keputusan sama pada permulaan musim minggu lalu. Anelka menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit pada separuh masa kedua untuk meruntuhkan terus pertahanan lawan.

Terdahulu, Florent Malouda meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-34 sebelum jaringan Anelka. Pemain gantian, Kalou kemudian menambah dua lagi gol sebelum Benayoun melengkapkan kemenangan Chelsea pada minit terakhir. - AFP