ad ld

Pages

Showing posts with label keputusan bolasepak liga perdana inggeris epl. Show all posts
Showing posts with label keputusan bolasepak liga perdana inggeris epl. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

Chelsea Akhirnya Tewas Di Kaki Tevez - Man City 1 Chelsea 0

MANCHESTER - Carlos Tevez menamatkan permulaan cemerlang Chelsea musim ini, selepas jaringan tunggalnya memberikan Manchester City kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara Liga Perdana England itu, semalam. Chelsea, yang memenangi semua lima perlawanan awal, kalah buat kali pertama setakat ini, hasil jaringan Tevez pada minit ke-59. Jaringan kemenangan itu bermula selepas dia membawa bola bersendirian dari garisan tengah, tanpa dicabar pemain lawan. Selepas mengambil keputusan tidak melakukan hantaran kepada David Silva yang tidak dikawal, Tevez memperdaya Ashley Cole, dengan merembat leret di celah-celah kaki pertahanan lawan dari luar petak penalti menewaskan penjaga gol, Petr Cech.

Sebelum itu, Chelsea hampir mendahului pada minit ke-27, apabila hantaran silang Florent Malouda ditanduk Alex, sebelum disambung oleh Branislav Ivanovic, juga melalui tandukan tetapi bola terkena palang, ketika percubaan susulan pemain Serbia itu mudah diselamatkan Joe Hart. Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mengkritik aksi pasukannya dan enggan merungut dengan kekalahan tersebut, selepas mereka tersingkir dari Piala Liga Rabu lalu, apabila kalah kepada Newcastle. "Kami tidak bermain seperti yang diharapkan, kami tidak mampu menggunakan kualiti yang ada, ini menjadikan keadaan sangat rumit. "City bermain baik di bahagian tengah dan mereka sentiasa mematahkan serangan kami, mereka berhak menang," katanya.

Aksi semalam merupakan kali kedua Chelsea dibolosi setakat ini dan terus hampa untuk membalas jaringan Tevez apabila Didier Drogba dikeluarkan pada minit ke-75. "Kami menutup setiap ruang yang mereka peroleh dan apabila kami mempunyai peluang, kami menunjukkan permainan bola sepak sebenar," kata pengurus City, Roberto Mancini. - Utusan

Friday, August 27, 2010

Keputusan Bolasepak EPL 27.8.10, Fulham 6 Port Dale 0

Birmingham 3 (McFadden 28-pen, Murphy 48, Derbyshire 53) Rochdale 2 (Jones 26, 76) Accrington Stanley 2 (Putterill 45, Hessey 90) Newcastle 3 (Taylor 36, Ameobi 48, Lovenkrands 57)

Everton 5 (Fellaini 7, Rodwell 14, Beckford 50-pen, Saha 77, Osman 85) Huddersfield 1 (Heitinga 40-gol sendiri)

Fulham 6 (Gera 10, 45, Dembele 26, Zamora 36, 66, Dempsey 70) Port Vale 0. - AFP

Tuesday, August 24, 2010

Dua Gol Tevez Bantu Benam Liverpool 3 - 0

MANCHESTER: Carlos Tevez menjaringkan dua gol bagi membantu kemenangan selesa Manchester City ke atas Liverpool 3-0 di Eastlands, awal pagi tadi. James Milner yang berganding bersama bekas rakan sepasukannya di Aston Villa, Gareth Barry membantu memberi gol pembukaan untuk City seawal minit ke-13.

Bintang Argentina dan Manchester City, Carlos Tevez (tengah) meraikan jaringan keduanya dengan menewaskan penjaga gol Liverpool, Jose Reina pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium The City of Manchester, awal pagi tadi. Keputusan City tewaskan Liverpool 3-0. - Foto AFP

Ia disusuli dengan penyerang Argentina itu cemerlang menyambut tandukan Micah Richards untuk menyepak masuk gol kedua City pada separuh masa kedua. Liverpool yang beraksi tanpa Javier Mascherano yang dikaitkan dengan perpindahannya ke Barcelona — menyaksikan sepakan kencang kaptennya, Steven Gerrard terkena palang.

Penjaga gol City, Joe Hart pula menyelamatkan sekurang-kurangnya dua percubaan bahaya daripada David Ngog dan Fernando Torres. Tevez kemudian menyempurnakan sepakan penalti selepas Adam Johnson dikasari Martin Skrtel untuk gol ketiga tuan rumah. - AFP

Monday, August 23, 2010

Keputusan Bolasepak EPL 23.8.10 - Man Utd vs Fulham, Newcastle vs Aston Villa

Fulham 2 (Davies 57, Hangeland 89) - Man Utd 2 (Scholes 11, Hangeland 84-gs)

Brede Hangeland menebus jaringan gol sendiri dengan menanduk masuk gol penyamaan ketika Fulham bangkit dua kali untuk mengikat Manchester United 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. Hangeland bangkit selepas menolak sepakan sudut Ryan Giggs ke gawang sendiri padaminit ke-84 untuk menanduk masuk melepasi Edwin Van der Sar enam minit kemudian.

Selepas gol sendiri itu, Manchester United dianugerahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Damien Duff tetapi Nani gagal menyempurnakannya. Paul Scholes meletakkan United di depan pada separuh masa pertama menerusi gol ke-150 bersama kelabnya itu tetapi Simon Davies menyamakan kedudukan selepas rehat.

Newcastle 6 (Barton 12, Nolan 31, 87, Carroll 34, 67, 90) - Aston Villa 0. - bharian

Sunday, August 22, 2010

Keputusan Bolasepak EPL Chelsea 6 - Wigan 0

Dua gol masing-masing oleh Nicolas Anelka dan Salomon Kalou membantu Chelsea meneruskan permulaan cemerlang bagi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan membenam Wigan 6-0 di Stadium DW awal pagi tadi.

Florent Malouda dan Yossi Benayoun turut menemui gawang ketika pasukan Carlo Ancelotti meneruskan kecemerlangan menewaskan West Brom dengan keputusan sama pada permulaan musim minggu lalu. Anelka menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit pada separuh masa kedua untuk meruntuhkan terus pertahanan lawan.

Terdahulu, Florent Malouda meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-34 sebelum jaringan Anelka. Pemain gantian, Kalou kemudian menambah dua lagi gol sebelum Benayoun melengkapkan kemenangan Chelsea pada minit terakhir. - AFP

Keputusan Perlawanan Bolasepak Liga Perdana Inggeris EPL 22.8.10

 Arsenal 6, Blackpool 0

Birmingham 2, Blackburn 1

Everton 1, Wolverhampton 1

Stoke 1, Tottenham 2

West Bromwich Albion 1, Sunderland 0

West Ham 1, Bolton 3

Wigan 0 Chelsea 6