ad ld

Pages

Saturday, June 29, 2013

Wala Juara Raja Lawak 7 Menang RM100 Ribu (Gambar)

Kumpulan yang berasal dari Sabah iaitu Wala membuat kejutan apabila dinobatkan sebagai juara program Raja Lawak musim ketujuh pada pertandingan akhir yang diadakan malam Jumaat. Dianggotai oleh Walawd Parman dan Wan Mustafa Muntek, mereka berjaya menewaskan peserta lain dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.


Kumpulan Sakan yang dianggotai oleh Husni Hussain, Ku Ismafaizul Ku Ismail dan Mohd Saiful Nizam Mansor sekadar berpuas hati berada di tempat kedua. Manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan dari Singapura iaitu Bora dan Gamat berada di tempat keempat. Kumpulan Sakan, Bora dan Gamat tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM50,000, RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Friday, June 28, 2013

JDT Hadiah Audi Q7 Jika Menang Piala FA (Gambar)

Dua pemain terbaik pasukan Johor Darul Takzim (DT) pada musim ini akan menerima ganjaran berbentuk kereta utiliti sukan (SUV) Audi Q7. Ini diumumkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini.


Tunku Ismail berkata, ganjaran tersebut adalah tambahan kepada bonus lumayan yang akan diberikan kepada kedua-dua pasukan Johor sekiranya JDT memenangi Piala FA menentang Kelantan pada final, Sabtu ini. "Semua inisiatif ini dilakukan sebagai menunjukkan penghargaan terhadap segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan pasukan dan para pemain," katanya. Mengulas mengenai perlawanan final di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti, Tunku Ismail menyeru kedua-dua penyokong pasukan itu agar sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku mereka ketika di stadium.

"Saya berharap para penyokong yang datang di Stadium nanti patuh kepada arahan pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas dan elakkan daripada mencetuskan sebarang kekecohan dan provokasi. "Saya berharap juga penyokong dari kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan persaudaraan," katanya.

Tunku Ismail juga memberitahu satu perjumpaan ramah mesra di antara penyokong JDT dan Kelantan akan diadakan di kawasan rehat Seremban, Lebuh Raya Utara-Selatan sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Bukit Jalil pada hari perlawanan. sinarharian

-- Keputusan Sepanyol vs Itali Separuh Akhir Piala Konfederasi (Gambar)
-- The Red Warriors Demam Bola Di Mana Saja
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Kelantan Juara Piala FA 2013 Piya Pemain Terbaik (Gambar)

Sarawak Alami Gangguan Elektrik (Gambar)

Gangguan bekalan elektrik yang berlaku kira-kira 5.50 petang di seluruh Sarawak menyebabkan kesesakan lalu lintas dan aktiviti perniagaan tergendala. Difahamkan, sumber rangkaian kuasa grid di Stesen Janakuasa Kemena Tolak-Bintulu terputus.


Pada pukul 7 malam, bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan kembali pulih tetapi gangguan elektrik di kebanyakan kawasan masih belum dapat diselesaikan. Sarawak Energy Berhad dalam satu kenyataan berkata, pihaknya amat kesal dengan kesulitan yang dihadapi para pelanggan akibat gangguan bekalan elektrik yang berpunca daripada litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada pukul 5.40 petang.

"Jurutera dan juruteknik kami sedang berusaha untuk memulihkan gangguan tersebut secepat mungkin," menurut kenyataan itu. mstar

-- Aksi Cium Mulut Kris Dayanti & Raul Lemos Di Sidang Media
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar) 

Thursday, June 27, 2013

Benjy Ditangkap Positif Dadah Jenis Syabu

Benjy atau Khaeryyl Benjamin Ibrahim ditangkap polis lagi pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa. Utusan Malaysia melaporkan anak pelakon Azean Irdawaty itu ditangkap kira- kira 11.30 pagi semalam selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.


Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya. Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya, katanya. mstar.

-- (Gambar) Benjy Lafaz Talak, Rujuk 13 Jam Kemudian
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam

Keputusan Brazil vs Uruguay Separuh Akhir Piala Konfederasi (Gambar)

Brazil layak ke final Piala Konfederasi 2013 selepas mengalahkan Uruguay 2-1 dalam perlawanan menarik dan bercorak agak keras. Uruguay sepatutnya mendahului melalui sepakan penalti minit ke 13 tapi hampa dengan kegagalan penyerang veteran Diego Forlan menyempurnakan sepakan itu dan diselamatkan penjaga gol Brazil Julio Ceasar.


Fred menjaringkan gol pertama Brazil di minit 41. Uruguay menyamakan kedudukan hasil jaringan Cavani di minit 48. Paulinho membawa Brazil ke perlawanan akhir Piala Konfederasi 2013 hasil jaringan minit 86.

-- Keputusan Sepanyol vs Itali Separuh Akhir Piala Konfederasi (Gambar)
-- Pelajar Malaysia Di Jordan Kemalangan Jatuh Gaung Sumaiyah Romli Mati 4 Cedera (Gambar)
-- Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar) 

Wednesday, June 26, 2013

Ashraf Muslim Kahwin Lain? Betul Ke?

Asraf Muslim mengaku kehidupannya agak tertekan dengan kontroversi yang mendakwa dia akan berkahwin lagi. Ashraf 32 berkata walaupun keluarga di sebelah pihaknya dan isteri Noor Dayana Lokman 26 tahu hal sebenar namun isu poligami itu membuatkan mereka berdepan dengan pelbagai pertanyaan daripada orang sekeliling.


" Kalau gosip terkena pada saya sahaja, saya dah biasa. Tetapi apabila melibatkan keluarga ia menjadi kerana keadaan menjadi berbeza. Kontroversi saya mahu berkahwin lain juga membuatkan saya tertekan. Alhamdulillah sebagai seorang lelaki dan suami, saya ada cara untuk mengatasi masalah ini, kata Ashraf.

Pada pertengahan bulan lalu, Ashraf dikatakan telah ke sebuah mahkamah syariah bagi mengambil borang permohonan untuk berpoligami.

-- Perkahwinan Anas Datuk K Dan Nasha Allysa Datuk Hishammuddin
-- Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar)
-- Ashraf Muslim Nikah Dua Dengan Wan Sakinah Di Thailand

Adun Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru Paru (Gambar)

Adun Kuala Besut Dr A.Rahman Mokhtar meninggal dunia kira kira 10pagi Rabu. Beliau meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Dr A Rahman Mokhtar 55 baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Exco Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat. Pada pilihanraya ke 13 pru 13 beliau menang mengalahkan calon Pas Napisah Ismail dengan majoriti 2434 undi.


Allahyarham dilahirkan pada 22 Mac 1958 di Kampung Pulau Perhentian Besut dan merupakan pemegang Ijazah Kedoktoran Universiti Kebangsaan Malaysia UKM. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Kesihatan Umum University of Philippines Manila dan dilantik menjadi exco kerajaan negeri Terengganu sejak 2008. Beliau meninggalkan balu Azizah N Omar dan empat orang anak Mohd Zaihan, Mohd Razhan, Mohd Zaffuan dan Nurul Najihah.

-- IPU Bandar Utama Seluruh Negara Terkini Setiap Jam (Gambar)
-- Naib Ketua Umno Permatang Pauh Meninggal Dunia
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

IPU Bandar Utama Seluruh Negara Terkini Setiap Jam (Gambar)

Status bacaan indeks pencemaran udara IPU terkini boleh disemak setiap jam mulai hari ni secara online yang disediakan pihak berkuasa.  Bacaan IPU diambil bermula pukul 7pagi. Orang ramai boleh menyemak untuk mengetahui keadaan jerebu di seluruh negara.


IPU Muar turun beransur lebih baik dari semalam berikutan hujan di beberapa tempat.

--  (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
--  Ashraf Muslim Kahwin Lain? Betul Ke?
--  Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar)

Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2 (Gambar)

Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2 mengalahkan Celina dalam episod akhir Masterchef. Syura dan Celina diberi tugasan memasak menu yang bersesuaian untuk hidangan dalam pesawat A380. Chef Brahim's Airline Catering juga banyak membantu Syura dan Celina menyiapkan hidangan mereka.


Masa 3 jam untuk sediakan 3 jenis menu dan kemudian dibawa naik ke dalam pesawat A380 untuk diberikan markah oleh chef juri iaitu Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu bersama juri jemputan. Syura mendapat markah tertinggi 115 menewaskan Celina di tempat kedua.


Kemenangan Syura membolehkan sumbangan RM60,500 untuk Breast Cancer Fund. Syura juga mendapat hadiah 2 tiket pergi balik ke Paris dengan pesawat A380 Malaysia Airline MAS. Tahniah buat Syura dan Celina. Menu Sehangat Bintang.

-- Rozita Che Ta Tersingkir Masterchef Selebriti Malaysia 2 Di Separuh Akhir (Gambar)
-- Che Lah Cantik Tersingkir Masterchef Malaysia 2 6 Terbaik 26.11.12
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)

Tuesday, June 25, 2013

Rozita Che Ta Tersingkir Masterchef Selebriti Malaysia 2 Di Separuh Akhir (Gambar)

Rozita Che Wan a.k.a Che Ta tersingkir dari Masterchef Selebriti Malaysia 2 di cabaran separuh akhir yang diadakan di Brahim's Airline Catering. Peserta top 3 Che Ta, Celina dan Syura dikehendaki menyediakan menu masakan beridentiti sendiri dan sesuai untuk packaging.


Selebriti diberi masa 3 jam untuk siapkan menu hidangan 10 orang. Syura mendapat pujian masakannya sedap dan mendapat markah tertinggi 46. Celina mendapat 39 markah dan Che Ta pula dapat 35 markah. Berikutan markah itu, Che Ta terkeluar dari persaingan dan memberi laluan untuk Syura dan Celina berentap di episod akhir Masterchef Selebriti Malaysia 2.


Apapun, tahniah kepada Che Ta berjaya membuktikan wanita cantik juga pandai masak kan.

-- Pelajar Malaysia Di Jordan Kemalangan Jatuh Gaung Sumaiyah Romli Mati 4 Cedera (Gambar)
-- Kenchana Dewi Tersingkir Masterchef Selebriti Kerana Risotto Ayam (Gambar)
-- Achey Juara Bintang Mencari Bintang Raih RM200 Ribu (Gambar)

Monday, June 24, 2013

Kenchana Dewi Tersingkir Masterchef Selebriti Kerana Risotto Ayam (Gambar)

Kenchana Dewi tersingkir dari Masterchef Selebriti Malaysia 2 kerana mendapat markah terendah di kalangan top 4 Celina, Syura dan Che Ta di suku akhir. Markah Kenchana terendah dalam dua kali pusingan suku akhir. Cabaran suku akhir kedua ini para selebriti dikehendaki menyediakan risotto ayam seperti masakan chef jemputan iaitu Chef Fuad dari Hotel Pullman.


Mereka perlu siapkan menu itu mengikut resepi risotto ayam yang diberikan dalam masa sejam 15 minit. Para selebriti juga perlu bersaing dengan chef Fuad menyiapkan menu lebih cepat.


Che Ta, Syura dan Kenchana mendapat markah yang sama iaitu 2 dalam cabaran ini dan Celina pula 2.5. Jumlah markah dalam 2 pusingan suku akhir dimenangi Che Ta 9.5 markah.

-- Pelajar Malaysia Di Jordan Kemalangan Jatuh Gaung Sumaiyah Romli Mati 4 Cedera (Gambar)
-- Shera Ayob Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
-- Buai Elektrik Bayi Sesuai Mudah Dan Berbaloi Ke?

Achey Juara Bintang Mencari Bintang Raih RM200 Ribu (Gambar)

Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah muncul juara Bintang Mencari Bintang BMB TV3 pada konsert akhir program realiti itu yang diadakan di Stadium Malawati. Achey raih hadiah wang tunai RM200,000 beserta trofi sebagai juara. Anak didik Harun Salim Bachik itu memang peserta favourite untuk bergelar juara.


Tempat kedua dimenangi kumpulan Bocik dianggotai oleh Muhamad Fadzlie Mohd Nizam dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan yang berguru dengan Afdlin Shauki mendapat hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Kumpulan Titan dianggotai Fazlisham Mat Hussin dan Azizul Ammar Abu Hassan anak didik Sabri Yunus mendapat tempat ketiga dan hadiah wang tunai RM60,000. Tapaw anak didik FBI Faizal Ismail dianggotai Mohd Shah Rizal Sulaiman dan Khairul Faiz Sulaiman di tempat keempat dan meraih hadiah wang tunai RM30,000.

-- Rozita Che Ta Tersingkir Masterchef Selebriti Malaysia 2 Di Separuh Akhir (Gambar)
-- DSLR Nikon Hadiah Hari Bapa I Am Nikon
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Pernikahan Pierre Andre Dan Siti Nur Hidayah Di Taman Melati Selayang (Gambar)

Dengan sekali lafaz pelakon Pierre Andre, 28, sah begelar suami kepada Siti Nur Hidayah Hashim, 26, dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati Selayang pada Ahad. Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre dan Hidayah dinikahkan oleh Imam masjid tersebut Mohamad Zuhdi Razali kira-kira pukul 2.10 petang.


Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan dan beg jenama Guess, wang hantaran, telekung, set minyak wangi, telefon bimbit I-Phone 5 dan set barang kemas jenama Habib Jewels.

Sementara itu, pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran terdiri daripada buku, sepasang kasut jenama New Ballance, coklat, seutas jam tangan Alexandre Christie, set kamera, set minyak wangi, barangan elektronik PSVita Wifi, sebentuk cincin dan sirih junjung Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM20,000 sebagai wang hantaran.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media. Pierre menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah.

Sebelum ini pasangan yang menyulami cinta selama lapan bulan itu telah mengikat tali pertunangan pada 9 Februari lalu di kediaman Hidayah di Pasir Gudang, Johor Bahru. Majlis resepsi dijangkakan akan dilangsungkan selepas sambutan Aidilfitri.

-- Pelajar Malaysia Di Jordan Kemalangan Jatuh Gaung Sumaiyah Romli Mati 4 Cedera (Gambar)
-- Muar Diisytihar Darurat Jerebu Cecah IPU 750 (Gambar)
-- Fasha Sandha Bersalin Anak Lelaki (Gambar)

Sunday, June 23, 2013

Semua Sekolah Di Selangor Dan Kuala Lumpur Ditutup Kerana Jerebu (Gambar)

Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup pada Isnin berdasarkan keadaan jerebu teruk sehingga pukul 5 petang Ahad. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel berkata, Menteri Pelajaran kedua Datuk Seri Idris Jusoh akan mengambil tindakan susulan mengenai perkara itu.


Palanivel berkata keadaan jerebu semakin buruk pada pukul 5 petang. Beliau menasihatkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berada di dalam bangunan.

-- Muar Diisytihar Darurat Jerebu Cecah IPU 750 (Gambar)
-- Pelajar Malaysia Di Jordan Kemalangan Jatuh Gaung Sumaiyah Romli Mati 4 Cedera (Gambar)
-- Fasha Sandha Bersalin Anak Lelaki (Gambar)

Muar Diisytihar Darurat Jerebu Cecah IPU 750 (Gambar)

Jerebu di Muar telah melepasi IPU 746 pada sebelah pagi Ahad dan semakin meningkat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang berkuatkuasa serta merta berikutan bacaan indeks pencemaran udara IPU di kawasan itu melebihi 750, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel.


Penduduk dinasihatkan berada dalam rumah. Aktiviti luar walaupun menggunakan topeng muka juga tidak digalakkan pada keadaan sekarang. Sebarang bacaan IPU melebihi 301 dikira berbahaya. Bacaan terakhir setakat 4 petang Sabtu IPU di Muar ialah 453. Bacaan IPU turut meningkat di Kota Tinggi 137, Pasir Gudang 127 dan Larkin Lama 117.

-- Jerebu Makin Teruk Semua Sekolah Di Muar Batu Pahat Dan Pasir Gudang Ditutup (Gambar)
-- Pelajar Malaysia Di Jordan Kemalangan Jatuh Gaung Sumaiyah Romli Mati 4 Cedera (Gambar)
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)

Pelajar Malaysia Di Jordan Kemalangan Jatuh Gaung Sumaiyah Romli Mati 4 Cedera (Gambar)

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan 5 pelajar Malaysia terlibat kemalangan ngeri di Jordan. Pada 21 Jun 2013 Jumaat antara jam 5.00 - 6.00 petang waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki 5 pelajar Malaysia terbabas dan terjunam dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320km dari Amman Jordan.


Pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah Sumaiyah Romli pelajar tahun satu bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Muhammad Nazirul Mubin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan Islam di Universiti Yarmouk tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Nur Ili Dayana Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of Economy tajaan Bank Negara Malaysia, Mohd Shukri Alias pelajar tahun bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk dan Humairah Ibrahim pelajar tahun tiga bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk.

Sumaiyah Romli maut dalam kemalangan tersebut manakala 4 yang lain cedera.

-- Putus Kepala Kemalangan Ngeri Di MRR2 (Gambar)
-- Kain Batik Jawa Langkawi @ Cuti Cuti Langkawi 
-- (Gambar) Org Ramai Kutip Duit Bertabur Lps Kemalangan Hilux Dan BMW Di Km 234 Highway PLUS Susur Keluar Pedas

Saturday, June 22, 2013

Perhimpunan Black 505 Terkini (Gambar)

Perhimpunan Black 505 dimulakan dengan peserta berkumpul di perkarangan Masjid Negara dan bergerak ke Padang Merbok. Kebanyakan peserta berpakaian hitam.



Azmin Ali Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat PKR, Dr Abdul Rani Osman Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Zulkefly Ahmad dan Adun Taman Templer turut berada di perkarangan Masjid Negara.

-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

-- (Gambar) Org Ramai Kutip Duit Bertabur Lps Kemalangan Hilux Dan BMW Di Km 234 Highway PLUS Susur Keluar Pedas
-- (Gambar) Demonstrasi Dkt Stesen KTMB KL Ke Istana Negara 5.12.10

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 11

Firash membawa Syafa Aqira bercuti di sebuah resort untuk mengeratkan hubungan mereka. Syafa dan Firash kembali ke pejabat dengan hati yang gembira selepas percutian itu.


Rania pula meneruskan rancangan jahatnya untuk miliki Firash Arshad dengan menghantar gambar gambar intimnya bersama Firash ke pejabat. Syafa menjumpai foto- foto tersebut secara kebetulan semasa mengambil surat di meja Firash.

Syafa marah dan kecewa dengan perkara itu. Firash cuba menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku kerana diculik tapi agak sukar diterima Syafa. Syafa menyuruh Firash membuat pilihan sama ada meneruskan hubungan suami isteri mereka ataupun Rania.

-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)
-- Setia Hujung Nyawa Episod Akhir Sinopsis
-- Jerebu Semakin Buruk Melaka Port Dickson Muar Kemaman IPU Tidak Sihat 

Keputusan Kelantan vs Terengganu TRW Kenduri Gol 4-0

Kelantan berpesta gol menewaskan Terengganu 4-0 di tempat lawan. Walaupun menerima asakan awal pihak tuan rumah, The Red Warriors dapat bertahan dengan baik hasil kombinasi utuh barisan pertahanan dan kewibawaan penjaga gol kebangsaan yang bakal bergelar bapa, Apek a.k.a Khairul Fahmi Che Mat.

Kapten pasukan Kelantan Piya a.k.a Badri Radzi menjaringkan gol cantik dengan sepakan lambung yang memperdayakan penjaga gol Terengganu di minit ke 12.

Separuh masa kedua, giliran penyerang import Dickson Nwakaewe mencatat nama sebagai penjaring gol seminit selepas tiupan wisel perlawanan minit ke 46. Kelantan terus menambah jaringan 4 minit selepas itu hasil sepakan kencang Norfarhan Mohamad a.k.a Ben 10.

Mohd Faiz Subri melengkapkan kenduri gol Kelantan dengan gol ke 4 di minit ke 55.

-- Pernikahan Amar Asyraf Dan Arna Salleh (Gambar)
-- Marion Caunter Mengandung Anak Kedua (Gambar)
-- (Video) 3 Gol Final Piala Malaysia 2010 Kelantan vs Negeri Sembilan 

Friday, June 21, 2013

Shila Amzah Buka Mulut Isu Baju Sendat (Gambar)

Penyanyi Shila Amzah menganggap tindakannya memuat naik gambar pakaian senaman yang dilihat agak sendat di laman sosial Instagram hanya untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya. Shila, 23, berkata dia tidak menyangka perkara tersebut telah mencetuskan kemarahan masyarakat yang menganggap gambar tersebut sebagai tidak sopan.


"Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim. "Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu Shila yang kini bermastautin di Shanghai, China mengakui aktif berkomunikasi dengan peminat-peminatnya melalui laman sosial Instagram dan berkongsi aktivitinya setiap hari. "Saya tinggal di sana sendirian jadi saya banyak habiskan masa dengan peminat jika ada masa terluang. "Mungkin kerana itu saya tidak menyangka ia boleh dijadikan isu kerana saya faham cara berfikir kita berbeza, saya fikir lain orang lain pula nampak lain," jelasnya. mstar

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Marion Caunter Mengandung Anak Kedua (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

Thursday, June 20, 2013

Shera Ayob Bersalin Anak Lelaki (Gambar)

Tahniah buat Shera Ayob isteri Zahiril Adzim yang telah selamat lahirkan bayi lelaki pada hari Rabu 19 Jun 2013. Berita gembira itu dikongsikan Zahiril Adzim melalui laman Twitternya.


Semoga kehadiran ahli baru keluarga itu menambahkan lagi kebahagiaan dan keceriaan kehidupan mereka. Tahniah buat Shera Ayob dan Zahiril Adzim.

-- Fasha Sandha Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
-- Irma Hasmie Bersalin Anak Lelaki 3.93kg (Gambar)
-- Leuniey Natasha Mengandung 6 Minggu (Gambar)

Adun Berapit Diserang Wanita Bakar Sampah Di Taman Intan Sg Petani (Gambar)

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berapit, Lydia Ong Kok Fooi mengalami beberapa kecederaan kecil apabila seorang wanita didakwa menyerangnya, selepas Ong menasihatinya supaya tidak melakukan pembakaran terbuka di kawasan kejiranan. Ong, 48, berkata, beliau mengalami lembam pada bahunya dan kedua-dua tangan selepas seorang wanita menyerangnya dengan batang buluh.


Ong berkata, beliau ketika itu sedang memandu pulang ke rumahnya di Taman Intan Sungai Petani Kedah pada kira-kira pukul 7 petang pada Selasa apabila beliau mendapati wanita berkenaan membakar sampah di padang terbuka di taman permainan awam berhampiran.

Wednesday, June 19, 2013

Leuniey Natasha Mengandung 6 Minggu (Gambar)

Leuniey Natasha isteri penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek berkongsi berita gembira kehamilannya melalui Instagram. Leuniey mengatakan dia kini mengandung 6 minggu. Apek juga dikatakan turut mengalami morning sickness dan dimaklumkan Leuniey mengenai kandungannya itu sewaktu Apek berada di Australia baru baru ini.


Moga segalanya lancar dan baik untuk Leuniey yang kelihatan semakin cantik dan manis bertudung sekarang ini.

-- Fasha Sandha Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
-- Marion Caunter Mengandung Anak Kedua (Gambar)
-- Ayu Raudhah Mengandung (Gambar)

Marion Caunter Mengandung Anak Kedua (Gambar)

Marion Caunter isteri SM Nasarudin mengandung anak kedua. Berita gembira itu dikongsikan Marion melalui laman Instagram dan memuat naik gambarnya yang menampakkan 'baby bump'.


Pengacara E! News Asia ini dan suaminya SM Nasarudin pasti lebih gembira dengan berita kehadiran bakal ahli baru keluarga mereka ni kan selepas Leia Rose Caunter. Tahniah buat mereka.

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Siti Sarah Bersalin Anak Kedua (Gambar)
-- Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim Dan Dayana Di Mekah

Ffarrah Ismail Diraba Pengarah Drama Buat Laporan Polis

Seorang pelakon baru Ffarrah Ismail membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul oleh seorang pengarah drama yang juga ahli persatuan seni. Ffarrah, 22, berkata, dia terpaksa membuat laporan polis untuk melindungi dirinya agar tidak terus dilakukan seperti itu selain bimbang selepas menerima ugutan.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang kes itu akan berulang selain takut diugut pengarah drama itu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa. Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara di sini kira-kira pukul 8.30 malam, Isnin. Pelakon itu berkata, kejadian berkenaan berlaku antara Januari dan Februari lalu ketika dia terlibat dalam pembikinan sebuah drama arahan pengarah berusia lingkungan 60 tahun tersebut.

Monday, June 17, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Izzue Islam Dan Tiz Zaqyah Sinopsis

Sebenarnya saya isteri dia drama slot zehra lakonan Izzue Islam dan Tiz Zaqyah memang best. Jalan cerita yang menarik disokong para pelakon kacak dan cantik seperti Izzue Islam, Tiz Zaqyah, Qi Razali, Uqasha Senrose dan Wilma Mohamad juga banyak membantu.


Dalam episod yang ke berapa entah 14 Jun 2013 lepas, Firash Arshad lakonan Izzue Islam belikan pakaian makan malam untuk isterinya Syafa lakonan Tiz Zaqyah. Pada hari yang sama, Rania lakonan Uqasha Senrose mengupah dua lelaki menculik Firash di tempat kerjanya dan dibawa ke hotel. Rania merancang agar dia dan Firash ditangkap khalwat untuk membuatkan Firash setuju berkahwin dengannya.

Firash menawarkan bayaran dua kali ganda kepada penculiknya dan berjaya melepaskan diri. Sebaliknya Rania pula ditangkap khalwat dengan dua orang upahannya itu. Syafa menunggu Firash di rumah hingga tertidur. Firash tidak memberitahu Syafa kejadian itu dan mereka keluar bersiar siar di pantai keesokannya seperti tiada apa yang berlaku.

-- Pernikahan Izzue Islam Dan Awin Nurin (Gambar)
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

Syanie Tersingkir Masterchef Selebriti Kerana Ketam (Gambar)

Syanie tersingkir Masterchef Selebriti Malaysia 2 kerana tidak memenuhi kriteria masakan yang memerlukan 3 ekor ketam. Menu Ketam Bakar masakan Syanie hanya menggunakan dua ekor ketam menyebabkan beliau tersingkir dari segi teknikal.


Tiga selebriti iaitu Syura, Kenchana Dewi dan Syanie melalui cabaran Cipta Rasa diberikan 3 ekor ketam dan konsep pantry terbuka perlu memasak dalam masa 30 minit. Chef juri mengatakan agak kecewa dengan masakan para selebriti dlm cabaran ini kerana kurang olahan dari segi kreativiti.


Syanie tersingkir sebagai peserta 5 terbaik Masterchef Selebriti meninggalkan top 4 Rozita Che Wan, Celina, Syura dan Kenchana Dewi meneruskan cabaran dalam Sajian Luar untuk episod seterusnya.

-- Rozita Che Wan Menangis Di Masterchef Tertekan Kutukan Di Facebook (Gambar)
-- Proton Saga SV Super Value RM33 Ribu Dilancarkan (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

Imunisasi Bayi Ada Bahan Haram Dan Bahaya? Betul Ke?

Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM menafikan dakwaan kononnya vaksin atau imunisasi untuk bayi mengandungi bahan bahan haram dan membahayakan nyawa. Dalam kenyataan bersama, kedua dua agensi itu turut menafikan program imunisasi kerajaan itu sejak 1950an bertujuan melemahkan umat Islam.

Dari sudut pandangan syarak, kenyataan itu menjelaskan, imunisasi yang merupakan langkah pencegahan adalah perkara yang dituntut dalam Islam sesuai dengan kaedah usul fikah. 

Maklumat lanjut mengenai penggunaan vaksin dari sudut syarak tersebut boleh didapati di portal e-Fatwa iaitu www.e-fatwa.gov.my.

Jerebu Semakin Buruk Melaka Port Dickson Muar Kemaman IPU Tidak Sihat

Jerebu yang melanda beberapa negeri dijangka bertambah buruk berikutan cuaca panas yang akan berterusan sehingga beberapa bulan akan datang. Kualiti udara di enam kawasan semenanjung menurun kepada tahap tidak sihat berdasarkan bacaan indeks pencemaran udara IPU berbanding hanya 3 kawasan pada Sabtu.


Jabatan Alam Sekitar JAS mengesan bacaan IPU tidak sihat melebihi 100 di Melaka 161, Bukit Rambai 135, Pelabuhan Klang 104, Port Dickson 120, Muar 125 dan Kemamam 108.

Ketika cuaca panas dan kering orang ramai dinasihatkan minum lebih banyak air dan elakkan terdedah kepada cahaya matahari. Orang ramai yang ada masalah pernafasan perlu menjauhkan diri dari sebarang aktiviti luar. mstar

Sepanyol vs Uruguay Piala Konfederasi Gol Pedro Soldado Suarez

Sepanyol mulakan kempen di Piala Konfederasi dengan mengalahkan Uruguay 2-1. Gol pertama Sepanyol hasil jaringan Pedro di minit ke 21 memberi semangat kepada pasukannya untuk mengawal permainan. Selang 10 minit kemudian Soldado menambah gol Sepanyol di minit ke 31.


Uruguay agak tenggelam dengan corak permainan Sepanyol yang dibarisi ramai pemain bintang. Bagaimanapun gol saguhati Uruguay diperolehi di minit ke 88 hasil jaringan Suarez.

Itali vs Mexico Piala Konfederasi Gol Pirlo Balotelli (Gambar)

Andre Pirlo menjaringkan gol pertama Itali dengan free kick yang cantik pada minit ke 27 dalam perlawanan kedua Confederations Cup Mexico vs Itali. Sumbangan pemain lama seperti Pirlo nyata menjadi nadi dalam permainan pasukan Itali.



Mexico menyamakan kedudukan hasil gol Hernandez di minit ke 34. Mario Balotelli muncul wira dengan gol minit ke 78 dan keputusan masa penuh Itali 2 - Mexico 1.

Sunday, June 16, 2013

Brazil vs Jepun Piala Konfederasi 2013 3-0

Brazil mengalahkan Jepun 3-0 dalam perlawanan pembukaan Piala Konfederasi 2013 yang berlangsung di Brazil. Walaupun dibarisi pemain pemain ternama dunia, Brazil terpaksa berhempas pulas mencari gol di samping menahan asakan Jepun.


Bintang baru Barcelona Neymar menjaringkan gol pertama Brazil diikuti Paulinho. Jo turut mencatat nama selaku penjaring gol Brazil pada minit minit terakhir perlawanan.

Perlawanan berlangsung lancar walaupun sebelum sepak mula berlaku tunjuk perasaan berkaitan kenaikan tambang di Brazil.

Wednesday, June 12, 2013

Pernikahan Izzue Islam Dan Awin Nurin (Gambar)

Izzue Islam pelakon dan penyanyi kumpulan Forteen atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan melangsungkan perkahwinan dengan pengurusnya Nurinafilah Waharudin yang lebih dikenali sebagai Awin Nurin.



Izzue Islam dan Awin Nurin dinikahkan bapa Awin di Dewan Shah Alam. Jumlah mas kahwin sebanyak 11 dinar dan hantaran RM11,111,11. Tahniah buat mereka dan selamat pengantin baru.

-- Beautifulnara Disamun Rugi RM350 Ribu Kereta BMW Dilarikan 3 Lelaki (Gambar)
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Pernikahan Amar Asyraf Dan Arna Salleh (Gambar)
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)

Tuesday, June 11, 2013

Diana Danielle Bersalin 7 Bulan?

Desas desus yang tersebar kononnya Diana Danielle telah bersalin awal iaitu 7 bulan selepas berkahwin pada 3 November 2012 adalah tidak benar sama sekali. Jurucakap Metrowealth memberitahu tuduhan itu memang tidak berasas kerana isteri kepada pengarah filem Farid Kamil itu akan bersalin selewat lewatnya awal Ogos depan.


Terdahulu sebuah akhbar pada Ahad lalu menerusi ruangan pojoknya melaporkan Diana Danielle sudah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital berdekatan kediaman Diana di Sydney Australia pada hujung Mei lalu.

Farid Kamil telah memuat naik gambarnya mencium seorang bayi lelaki di laman Facebook dan Instagram yang menjadi tanda tanya pelbagai pihak. Gambar bayi sama turut dimuat naik adiknya Fadzil Zahari di Instagram miliknya sejak seminggu lalu. Fadzil berkata bayi tersebut adalah anak adik lelakinya yang lahir 11 Mei lalu. Gambar itu bukan anak Farid tapi anak saudara kami yang kini berada di Seremban, kata Fadzil.

-- Pernikahan Amar Asyraf Dan Arna Salleh (Gambar)
-- Pernikahan Izzue Islam Dan Awin Nurin (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

Monday, June 10, 2013

Pernikahan Linda Hashim Dan Beego (Gambar)

Tahniah buat Linda Hashim dan Beego telah selamat bergelar suami isteri. Linda Hashim atau nama penuhnya Norhazlinda Hashim, 29 tahun telah sah menjadi isteri kepada Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul bin Nizam Abdullah, 33 tahun dengan hanya sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung pada Jumaat 7 Jun selepas sembahyang Isyak kira-kira jam 9.26 malam.


Linda menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM35,000. Pengantin lelaki menghantar 9 dulang hantaran berupa tepak sireh, sepasang kasut Quince, seutas jam Titos, sebentuk cincin & wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan sebuah beg tangan Furla.

Ini merupakan perkahwinan pertama bagi Linda dan kedua bagi Beego. Tahniah untuk mereka dan selamat pengantin baru.

-- Pernikahan Amar Asyraf Dan Arna Salleh (Gambar)
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)
-- Fasha Sandha Bersalin Anak Lelaki (Gambar)

Latifah Omar Meninggal Dunia

Seniwati Latifah Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad. Anak Allahyarhamah, Affendi Rahmat memberitahu ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.19 petang.


"Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi," katanya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Ahad. Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat di Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi Isnin.

Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973. Pada Selasa lalu, rakan seangkatan Allahyarhamah iaitu S.Shamsuddin meninggal dunia di Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair. mstar

-- Mohamad Shahrulnizam Jurutera PJH Maut Mendaki Everest (Gambar)
-- Pernikahan Amar Asyraf Dan Arna Salleh (Gambar)
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)

Friday, June 7, 2013

Pernikahan Amar Asyraf Dan Arna Salleh (Gambar)

Hero Setia Hujung Nyawa Amar Asyraf selamat bergelar suami kepada Arna Salleh dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di rumah pengantin perempuan di Bidor Perak.


Tahniah buat Amar Asyraf dan Arna Salleh. Selamat pengantin baru.

-- Fouziah Gous Dan Zhafran Bertunang (Gambar)
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)
-- Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh Penyambung Susur Keluar (Gambar)

Wednesday, June 5, 2013

Farid Kamil Cedera Jatuh Motosikal KSR 10 Di Subang Jaya

Farid Kamil cedera di bahu kerana jatuh motosikal Kawasaki KSR 10 di sebuah litar di Subang Jaya. Pembedahan kecil dilakukan di bahu kirinya tapi kecederaan disebabkan luka lama sewaktu pelakon itu melakukan aksi lagak ngeri dalam filem Anak Jantan tahun lepas.


Farid dibenarkan keluar hospital pada Isnin dan berehat seminggu atas nasihat doktor. Beliau mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh sehari selepas kejadian kerana mengalami sakit bahu kiri. Berita  Farid Kamil patah bahu adalah tidak benar.

-- Mohamad Shahrulnizam Jurutera PJH Maut Mendaki Everest (Gambar)
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)
-- Asid Maleik Empat Lagi Produk Makanan Taiwan Tercemar

S Shamsudin Meninggal Dunia

Pelawak veteran S. Shamsudin, 84, meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa di Hospital Universiti Nasional, Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair. Berita pemergiannya Allahyarham itu disahkan oleh pelakon Datuk Aziz Sattar yang merupakan rakan artis seangkatannya ketika mereka memulakan kerjaya lakonan di studio Jalan Ampas, Singapura.


"Allahyarham meninggal dunia pada pagi tadi (Selasa) di hospital dan telah dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong, Singapura. "Sudah lama dia menderita sakit paru-paru berair. Moga saya sempat melawatnya sebelum dikebumikan," katanya ketika dihubungi mStar Online yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, untuk berlepas ke Singapura.

Tuesday, June 4, 2013

Asid Maleik Empat Lagi Produk Makanan Taiwan Tercemar

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan empat lagi produk makanan dari Taiwan dilaporkan dicemari asid maleik. Produk berkenaan ialah Green Tea Tapioca Ball dan Yam Tapioca Ball keluaran syarikat Full Free Co Ltd dan Vegetarian Instant Rice Noodle dan Rice Noodle With Thick Soup keluaran Syarikat Long Kow Foods Corp.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Noraini Mohd Othman berkata walaupun empat produk itu tidak diimport oleh Malaysia, namun sebagai langkah berjaga-jaga KKM tetap menyenaraikan ia sebagai antara 15 produk makanan yang digantung pengimportannya sehingga kini.

Sunday, June 2, 2013

Fouziah Gous Dan Zhafran Bertunang (Gambar)

Pelakon popular, Nor Fouziah Mohd Gous, 30, mengikat tali pertunangan dengan Md Zhafran Md Yusof, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Restoran Asmara Penchala, Kuala Lumpur, malam Sabtu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan perbincangan oleh bapa saudara yang mewakili pihak lelaki, Datuk Kamal Ismail.


Sementara itu, pihak Fouziah diwakili oleh Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hassan Ali. Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran yang berupa tepak sireh, manisan coklat, sepersalinan kain, set alat kosmetik dan wangian dan kamera.

Saturday, June 1, 2013

Manifesto Tomok Juara Versus Musim Kedua Raih RM200 Ribu (Gambar)

Kumpulan Manifesto berjaya merebut gelaran juara pertandingan Versus musim kedua yang diadakan secara langsung di Space U8, Shah Alam, malam Jumaat. Manifesto telah mengalahkan kumpulan Kyoto Protocol menerusi pusingan battle sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM200,000.


"Alhamdulillah, kemenangan ini hasil daripada usaha kami yang tidak henti-henti sejak menyertai Versus dari minggu pertama," kata mereka. Pada konsert terakhir itu, kesemua finalis bertanding dalam dua segmen iaitu 'mash-up' dan persembahan lagu baru.