ad ld

Pages

Saturday, December 31, 2011

Tentang Dhia Episod Akhir Video Dan Sinopsis

Ending Tentang Dhia sgt sedih, Zakir dan Dhia mati bersama di hospital. Mulanya Dhia rahsiakan penyakit kanser dialaminya yg dh tahap 3.

Nenek Zikir beri pilihan pd Dhia nak bermadu or diceraikan. Dhia setuju Zikir kahwin dgn Rose.

Wednesday, December 28, 2011

Gaji Bawah RM5 Ribu Naik Caruman Ke 13 % Mulai Januari 2012

Kira-kira 5.3 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperoleh gaji bulanan kurang daripada RM5,000 akan mendapat kadar caruman majikan lebih tinggi berkuat kuasa Januari ini.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar caruman berkanun majikan dinaikkan kepada 13 peratus daripada 12 peratus sebelum ini sebagai rangsangan dalam simpanan persaraan pekerja.

Tuesday, December 27, 2011

Erra Fazira, Suami Tiada Masalah

Pelakon Erra Fazira, 37, menjelaskan, ketiadaan suaminya bersama dalam majlis-majlis tertentu bukanlah bererti mereka sedang menghadapi masalah rumah tangga seperti mana yang diperkatakan sesetengah pihak.


Kata Erra, dia tidak perlu menjadi seperti sesetengah selebriti lain yang sering membawa pasangan masing-masing untuk ke sesebuah acara sebaliknya dia perlu menjaga perasaan suami yang tidak gemar menjadi perhatian umum.

Friday, December 23, 2011

Chef Wan Enggan Bersemuka Dengan Adlin

Tukang masak selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan enggan bersemuka dengan Adlin Aman Ramli ekoran rasa kurang senang pelakon itu terhadapnya selepas dikritik hebat sepanjang program Maharaja Lawak Mega (MLM) berlangsung.

Chef Wan berkata, tidak ada keperluan untuk menjernihkan keadaan selepas Adlin yang tersingkir daripada MLM pada minggu lepas, melancarkan 'perang status' di laman sosial Facebook.

Tuesday, December 20, 2011

Gambar Ariff Kahwin Sejenis, Cium Mulut Di Dublin, Bekas Pelajar Tajaan Petronas

Ariff Alfian Rosli. Tengok berita semalam. Dilaporkan berkahwin sejenis di Dublin. Pelajar tajaan Petronas, mulanya disangka hilang dan ibu bapanya dh 8 kali ke Dublin berusaha cari dia. Tup2 kuar berita kahwin sejenis. Ironinya pakai baju melayu siap sampin cium mulut sama lelaki, APA HAL?



Tak tahu lah nape kan.

Monday, December 19, 2011

Pelajar Unisel Mati Tergantung Dlm Asrama

Sangkaan seorang pelajar bahawa bau busuk berpunca dari tandas rosak meleset apabila bau itu rupa-rupanya bau mayat seorang pelajar lelaki yang ditemui tergantung dari dalam sebuah asrama di Universiti Selangor (Unisel).

Mayat, V. Rammath Naidu, 19, yang hanya memakai tuala mandi ditemui tergantung menggunakan selimut di kipas siling asrama lelaki universiti itu pada pukul 11.20 malam kelmarin.

Ombak Rindu Cecah Kutipan RM10 Juta

Filem adaptasi novel popular Ombak Rindu kini berjaya mencecah RM10 juta setelah 17 hari ditayangkan. Kutipan tersebut dikira bermula pada tarikh tayangannya iaitu pada 1 Disember lalu.

Pengarah Urusan Tarantella Pictures, Sharad Sharan, berkata, kutipan tersebut mungkin akan meningkat kerana tayangan filem tersebut dilanjutkan selama dua minggu.

Wednesday, December 14, 2011

Cinta Elysa Episod Akhir, Video Dan Sinopsis

Berakhirnya Cinta Elysa TV3 dgn happy ending. Elysa ke rumah Aril di kg Mak Jah. Aril menyangka Elysa ingin minta cerai menyebabkan Aril tension di tmpt kerja. Rakannya menasihatkan Aril blk dan meluahkan perasaannya pada Elysa utk memulihkan perhubungan.



Smp di rumah didapati Elysa tiada dgn nota di cermin, Aril frust sambil menyatakan cinta sayangnya. Rupanya Elysa still ada dlm bilik dan dgr luahan rasa Aril, wujud kemesraan.

Tuesday, December 13, 2011

Panggilan Bom Palsu Halang Kekasih Ke KL

Kemarahan 1,200 pengguna kereta api yang terkandas dari Tapah Road ke Tanjung Malim ekoran panggilan bom palsu sedikit reda apabila seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam.

Jurujual sebuah syarikat jualan langsung, N. Navindran, 25, dari Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan dekat sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat panggilan palsu tersebut kepada polis melalui telefon bimbitnya pada pukul 1.45 pagi, 1 Disember lalu.

Pulau Tioman Bebas Jangkitan Sarcocystis

Kementerian Kesihatan mengesahkan penduduk dan haiwan di Pulau Tioman, Pahang bebas daripada jangkitan sejenis penyakit zoonotik yang disebabkan jangkitan parasit protozoa Sarcocystis.

Tinjauan klinikal, persekitaran dan haiwan dengan kerjasama Jabatan Veterinar telah dibuat dengan mengambil 28 sampel klinikal, 27 sampel air dan 84 sampel najis di situ dan semuanya didapati negatif parasit berkenaan.

Pernikahan Chef Riz Dan Ana Dahlia

Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia, 28 sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.

Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1001.

Monday, December 12, 2011

Intan Sarafina Selamat Lahir Megat Israfel Raez

Penyanyi lagu Duhai Malam, Intan Sarafina, 29, selamat melahirkan bayi lelaki bernama Megat Israfel Raez pada 2 Disember lalu di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC), Subang Jaya. Bayi keduanya itu dilahirkan secara normal seberat 3.38 kilogram.

Menurut Intan, nama Israfel dipilih kerana membawa maksud malaikat yang meniup sangkakala manakala Raez bermaksud ketua atau pemimpin yang juga merupakan gabungan nama kedua Intan dan suami iaitu Sarafina dan Ezzahuddin.

Friday, December 9, 2011

ND Lala Disamun Mat Rempit Di Stesen Minyak

Penyanyi ND Lala yang popular dengan lagu PM Kita kerugian RM2,500 apabila telefon bimbit dan kunci kereta miliknya dirampas sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang semalam.

Kejadian mencemaskan pada pukul 3.40 pagi itu berlaku ketika ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh berhenti di stesen minyak itu untuk ke tandas.

Thursday, December 8, 2011

SBPA 2012 Atau SSM, Gaji Naik 7-13% Kakitangan Awam

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberi tempoh selama 15 hari mulai 16 hingga 30 Disember ini untuk memilih kekal dalam sistem saraan lama atau menerima sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdulla berkata, selepas tempoh itu penjawat awam tidak lagi dibenarkan menukar sistem saraan dan mereka yang tidak memilih SBPA kekal dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang sedia ada.

Wednesday, December 7, 2011

Skim Gaji Kakitangan Awam 2012, SBPA 2012

Tgk berita tv dh kuar pasal Skim Gaji Kakitangan Awam 2012, SBPA 2012. Mesti ramai yg seronok hati berbunga2 tunggu Januari 2012 kan. Rezeki tu, sambungan bonus 1/2 gaji or RM500 utk Disember 2011 ni. Durian runtuh utk kakitangan awam, masyukkk je la.

Gambar Anak Siti Sarah Dan Shuib Sepahtu

Pelawak Shuib (Sepahtu) menganggap kelahiran anak sulung lelaki, Uwais Alqarni pada Ahad lalu sebagai tuah buat dirinya serta isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin untuk memulakan kehidupan baru sebagai status ayah dan ibu.


Kata Shuib, kehadiran Uwais juga ibaratnya seperti pemberi semangat dan inspirasi dalam menggalas tanggungjawab barunya itu serta menjalani karier pada masa akan datang.

Thursday, December 1, 2011

Ogy Mahu Saman Johan?

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba Johan Raja Lawak, 27, dikejutkan dengan berita Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy ingin menyamannya kerana terguris dengan kata-kata yang berbaur penghinaan yang dilemparkan Johan ke atas dirinya dan kedua-dua ibu bapanya pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada 20 November lalu.

Umum mengetahui Ogy dan Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz merupakan pengacara pada malam FFM24.

Norshahrul Pemain Plg Bernilai, Apek Penjaga Gol Terbaik Liga M 2011

Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Supermokh Liga Malaysia bagi musim 2011.

Penyerang Kelantan itu menerima pengiktirafan tersebut pada majlis tahunan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM 2011 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam.

Ini merupakan kali kedua berturut-turut Norshahrul, 24, menjulang anugerah tersebut selepas kali pertama menggenggamnya tahun lalu.

Tuesday, November 29, 2011

Linda Jasmine Disahkan 95 Peratus Hamil Anak Perempuan

Isteri pelakon Que haidar, Linda Jasmine, 39, disahkan oleh doktor bakal menimang bayi perempuan pada Mei 2012. Linda yang sedang hamil empat bulan itu begitu teruja apabila mendengar berita tersebut memandangkan dia memang inginkan anak perempuan selepas kelahiran bayi kedua, Tengku Ratu Haidar, 2.

“Kandungan saya bakal memasuki empat bulan dan kehidupan saya dalam keadaan baik serta tidak sabar untuk mendapat bayi baru.

Thursday, November 17, 2011

Gambar Fasha Sandha Di Majlis Majalah Lisa, Perhh

Uols tgk Drama Cinta Elysa TV3? Fasha Sandha n Johan Botak teraju utama tu beb, best kan. Tp ni pic Fasha di majlis Majalah Lisa. Merah tu, bareback lg petik kata abg nara. Amacam, cute tak?



Thursday, November 10, 2011

Malaysia 2-1 Thailand Sukan Sea 2011

Harimau Muda berjaya mengutip mata penuh apabila menewaskan Thailand 2-1 dalam saingan Kumpulan A Sukan Sea yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Rabu.

Gol pertama perlawanan dijaringkan oleh kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-25 permainan.

Monday, October 24, 2011

(Gambar) Marco Simoncelli Meninggal Dunia Lps Kemalangan MotoGP Sepang

Pelumba, Marco Simoncelli dari pasukan San Carlo Honda Gresini meninggal dunia selepas berlaku kemalangan pada pusingan pertama Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Advance Malaysia 2011di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.

Topi kaledar yang dipakai Simoncelli, 24 tertanggal selepas terjatuh.

Monday, October 17, 2011

Video Drama Soffiya TV3 Episod 14

Drama Soffiya Episod 14, uols yg terlepas bleh tgk sini. Klip video ada kt bawah tu ye.


Jom tengok.

Saturday, October 15, 2011

Senarai Jalan Ditutup Sabtu Dan Ahad Sempena Kayuhan Basikal OCBC

Beberapa laluan utama di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat-peringkat sempena Acara Kayuhan Berbasikal OCBC pada Sabtu dan Ahad ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan berkata, penutupan jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka adalah dari 3 petang hingga tengah malam pada Sabtu, manakala pada Ahad pula, jalan-jalan yang terlibat akan mula ditutup secara berperingkat-peringkat mulai 6 pagi dan dibuka semula selepas semua peserta melalui jalan-jalan tersebut.

Nurul Nursyawaltie Hilang Ditemui Di Pulau Pinang

Tidak sampai 48 jam kehilangannya dihebahkan media, seorang pelajar perempuan, Nurul Nursyawaltie Mohd. Sabri, 14, akhirnya ditemui bersama seorang rakan perempuannya di Teluk Kumbar, Pulau Pinang malam tadi.

Ibu pelajar tersebut, Norhafiza Nordin, 37, berkata, ketika ditemui pukul 9 malam tadi, anak dan rakannya yang dikenali sebagai Amira itu sedang merayau-rayau berhampiran Masjid Sungai Batu di kawasan berkenaan.

Sultan Kedah Dipilih Yang di Pertuan Agong Kali Ke 2

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sultan Abdul Halim akan turut mencatat sejarah baru iaitu menjadi di-Pertuan Agong buat kali yang kedua dalam sejarah pemerintahan baginda.

Terkini Kelantan vs Terengganu, Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 14.10.11

Kelantan tewas aggregat 3-5 Terengganu. W/pn berjaya mengurangkan beza gol di 2nd half dgn jaringan Azzamuddin dan penalti Piya, peluang Kelantan ke separuh akhir dinafikan dgn bekalan selesa Terengganu yg menang 3-1 di perlawanan suku akhir pertama. Tahniah Terengganu dan kpd Kelantan teruskan usaha dgn lbh mantap di tahun depan.

- Terengganu dahului 2-0 Kelantan di 1st half hasil jaringan keduanya Ashaari pada minit 19 n 38. Kelantan punya byk peluang spt sepakan percuma ketua pasukan Piya tp terkena pemain lawan dan ada terkena tiang gol walau keeper Sarbinee telah tewas.

Friday, October 14, 2011

Atlet Boling Umur 20 Thn Mati Sakit Jantung Ketika Memandu

Atlet pelapis boling kebangsaan Khoo Beng Khai meninggal dunia selepas mengalami kegagalan jantung ketika menaiki kereta bersama rakannya di kawasan tempat letak kereta Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, awal Khamis.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata Khoo, yang berusia 20 tahun itu, pengsan secara tiba-tiba pada pukul 11.45 malam tadi ketika rakannya sedang meletakkan kereta di kawasan itu selepas pulang dari makan malam di sebuah restoran berhampiran.

Thursday, October 13, 2011

RM500 Bantuan Bajet 2012 Diagihkan Mulai Januari 2012

Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.

Timbalan Menteri Kewanan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.

Wednesday, October 12, 2011

Himpunan Sejuta Umat 22 Okt Di Stadium Shah Alam

Himpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober ini merupakan satu manifestasi bagi membendung ancaman kepada akidah umat Islam di Malaysia.

Perhimpunan raksasa yang buat pertama kali diadakan itu dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat Cegah Murtad (Himpun) dengan kerjasama kira-kira 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.

Jenazah Datuk Ahmad Jais Selamat Dikebumikan

Jenazah Allahyarham Datuk Ahmad Jais,75, atau nama sebenarnya Mohd. Jais Ahmad selamat dikebumikan kira-kira pukul 2 petang, di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam, Selasa.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC).

Tuesday, October 11, 2011

Video 3GP Mimie One Nation Emcee

Filem 3GP belum ditayangkan tetapi Mimi mula resah memikirkan penyebaran beberapa klip video dalam Internet yang menyatakan ia adalah rakaman aksi seksnya.

Mimi atau nama penuhnya, Shamimi Amalina Norhisham, 25, berkata dia tidak menyangka ada adegan filem itu yang kini berleluasa tersebar di Internet dengan tajuk yang jelas memaparkan dia melakukan hubungan seks itu.

Monday, October 10, 2011

3 Pegawai SPRM Putrajaya Didakwa Rompak Hampir RM1 Juta Di KLIA

Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas sembilan pertuduhan termasuk merompak, bersubahat dan menyembunyikan rancangan jenayah terhadap tiga pengurup wang yang kerugian wang berjumlah hampir RM1 juta pada September lalu.

Saturday, October 8, 2011

(Gambar) Saida Sah Cerai, Tebus Talak RM1,000

Penyanyi, Saida sah bercerai talak satu pada Jumaat, selepas menebus talak dengan bayaran sebanyak RM1,000 kepada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri di Mahkamah Rendah Syariah.

Walaupun menerima bayaran tersebut, Mohd Ghazali yang merupakan seorang ahli perniagaan tetap enggan melafazkan lafaz cerai dan menyerahkan seorang pegawai mahkamah, yang merupakan wakil hakam (penimbangtara) yang dilantik untuk berbuat demikian.

Friday, October 7, 2011

Keputusan Malaysia vs Australia Kelayakan Olimpik 7.10.11

Malaysia KALAH 0-5 Australia. huhu.. X de nk komen apa.

(Gambar) 4 Pelajar UiTM Maut Kemalangan Di Km 4.2 Jln Machang Pasir Puteh

Kegembiraan lima pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang keluar makan malam dan bersiar-siar di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu tidak berpanjangan apabila empat daripadanya maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta jenis Perodua Kenari yang dinaiki terlibat dalam kemalangan semalam.


Kejadian pukul 5.30 pagi di Kilometer 4.2, Jalan Machang Pasir Puteh dekat sini itu mengakibatkan Mohd. Shamil Malik, 19, serta Mohd. Rizal Mohd. Zain, 19, dari Kampung Parit Jurak, Batu Pahat dan Kluang, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di seluruh badan.

Monday, October 3, 2011

Mawi, Ekin Teruja Nak Tahu Jantina Anak

Asmawi Ani (Mawi) dan pasangannya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin mengakui tidak sabar untuk mengetahui jantina anak dalam kandungannya yang kini berusia kira-kira empat bulan.

Kata Ekin, setiap kali melakukan pemeriksaan terhadap kandungan tersebut dia berharap dapat mengetahui jantina bayi yang dikandungnya.

Saturday, October 1, 2011

Pernikahan Nabil, Sebab Irma Enggan Hadir

Pelakon Irma Hasmie tidak akan menghadiri majlis pernikahan dan persandingan bekas kekasihnya, Ahmad Nabil Ahmad (Nabil Raja Lawak) yang akan bernikah dengan Nazirah Ayub, Jumaat (hari ini), demi menghormati hari bahagia pelawak itu.


Irma berkata, dia bimbang sekiranya dia hadir, akan timbul perasaan tidak selesa kedua-dua pengantin atau akan menyinggung perasaan keluarga mereka.

Friday, September 30, 2011

Noraniza Idris Bergelar Isteri Kepada Bilal Masjid

Dengan sekali lafaz, Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, sah bergelar isteri kepada bilal sebuah masjid di Singapura, Jeffri Hudi, 52. Majlis pernikahan mereka diadakan di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Baru, Johor, kira-kira pukul 2 petang, Khamis.

Menurut pembantu peribadi Noraniza iaitu Yus Sulaiman, pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah, Abu Bakar Watak berwalikan abang penyanyi itu, Mohd Arshad Idris dengan mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran.

Wednesday, September 28, 2011

Letupan Empire Shopping Gallery Mall Subang Jaya, 4 Cedera, Pelanggan Hotel Dipindah

Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi Rabu menyebabkan empat cedera setakat ini. Kejadian jam 3.45 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk di beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Tuesday, September 27, 2011

Gambar Pernikahan Eira Syazira Dan Azad Jasmin

Eira Syazira dan Azad Jasmin juga dh kahwin last week, selang bbrp hari je bekas awek dia, Faezah Elai kahwin. Azad n Eira sama2 femes dgn skill lakonan best mcm dlm Balqis, Kemboja, Ngangkung, Kongsi n many more lah.hehe. Meh tgk gambar hari bahagia dorang tu.


Monday, September 26, 2011

Memey-Norman Sah Bergelar Suami Isteri Di Felda Tenggaroh

Dengan sekali lafaz, pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada pukul 5.10 petang, Sabtu.


Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49.

Pada majlis tersebut, Memey turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.

Saturday, September 24, 2011

Keputusan Piala Malaysia 24.9.11, Kelantan, Terengganu Layak Ke Suku Akhir

Kelantan seri 1-1 Johor FC seterusnya layak ke suku akhir Piala Malaysia 2011. T-Team juga layak ke suku akhir walau sekadar seri 1-1 K.Lumpur dgn 10 mata. Selangor pula menang 4-1 PDRM, ini bermakna perlawanan hidup mati antara K.L dan Selangor yg berlangsung selasa ini di Shah Alam utk tempat ke suku akhir.

Keputusan lain:

Perak 2-1 Johor
Kedah 1-0 Sabah

Terengganu 1-0 PKNS
N.9 2-1 Sime Darby

Sarawak 1-0 Felda United

Kelantan, Felda United, Terengganu dan Negeri Sembilan pasukan yg telah berjaya ke suku akhir lps 5 perlawanan peringkat kumpulan masing2. Perlawanan seterusnya juga amat penting utk team yg layak dlm penentuan juara kumpulan.

-- Hantu Bonceng: JAKIM Sahkan Dialog Tidak Persenda Nabi Muhammad
-- Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim Dan Dayana Di Mekah
-- Gambar Lelaki Bogel Ala Org Minyak Dicekup Di Flat Pinggiran Bt Caves

Tolak Seks, Nurul Awatif Dibunuh Dibakar Di Ampang Jaya

Tolak ajakan seks teman lelaki, pelajar 19 thn Maahad Tahfiz Al Tijarah di Selayang dibunuh, dibakar. Suka hati je nk bunuh anak org kan. Lately kes bunuh biasa je dlm paper kan, paling gempar 3 kes di Sg Petani minggu ni saje.

1 kes mati ditikam dlm samun kedai serbaneka, 1 mati ditembak dlm bilik hotel n 1 lg mati ditikam kekasih pengkid yg cemburu sbb mangsa nak kahwin. Apa nk jadi lah.  
 

Thursday, September 22, 2011

Dedah Rambut Fida, Mamat Sepah Mengaku Salah

Bekas anggota kumpulan Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat telah melakukan kesilapan apabila secara tidak sengaja memuat naik gambar kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya.

Mamat berkata, dia kesal dengan kesilapannya itu kerana perbuatan tersebut telah menyebabkan nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar.

Wednesday, September 21, 2011

Rozita Che Wan Minta Zain Jelaskan Status Cinta

Pelakon Rozita Che Wan, 38, berhadapan dengan kontroversi baru apabila dikhabarkan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Zain Saidin, 27, apabila kedua-duanya ditemukan dalam drama bersiri Kiah Pekasam musim kedua yang menjalani penggambaran di Perlis.


Tuesday, September 20, 2011

Gambar Anak Erra Fazira, Aleesya Yg Makin Comel

Monday, September 12, 2011

Gambar Pernikahan Faezah Elai Dan Heykal Hanifah

Tahniah utk pelakon Faezah Elai dan Heykal Hanifah yg telah bergelar pengantin baru. Faezah yg popular dgn drama Asmara bersama Shah Jazle sgt cantik berbaju pengantin yg direka oleh Hatta Dolmat. Jom tgk gambar2 menarik mereka.