ad ld

Pages

Showing posts with label Mohd Ghazali Yahya Zikri. Show all posts
Showing posts with label Mohd Ghazali Yahya Zikri. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

(Gambar) Saida Sah Cerai, Tebus Talak RM1,000

Penyanyi, Saida sah bercerai talak satu pada Jumaat, selepas menebus talak dengan bayaran sebanyak RM1,000 kepada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri di Mahkamah Rendah Syariah.

Walaupun menerima bayaran tersebut, Mohd Ghazali yang merupakan seorang ahli perniagaan tetap enggan melafazkan lafaz cerai dan menyerahkan seorang pegawai mahkamah, yang merupakan wakil hakam (penimbangtara) yang dilantik untuk berbuat demikian.

Wednesday, May 11, 2011

Suami Dakwa Saida Angau, Terbaca SMS 'Sayang' Pada Telefon

Suami kepada penyanyi, Saida mendakwa isterinya sedang 'angau' dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun lalu terabai. Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini.

"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya. "Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu. Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu.

Mohd Ghazali seterusnya mendakwa, dia menganggap anasir luar itulah yang menyebabkan Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah kelamin mereka yang terletak di Alam Damai, Cheras, kira-kira sebulan lalu. Pada prosiding itu, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin mengakui mengenai kejadian dalam kereta yang didakwa suaminya itu, tetapi menambah hubungan dia dengan lelaki berkenaan sekadar rakan sekerja. Pada masa itu, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berkata: "Industri kerja seperti kamu memang akan berjumpa ramai orang. Tetapi tidak perlulah saya bercakap banyak kerana semua orang tahu tentang hukum hakam".

Mohd Ghazali kemudiannya berdiri dan menambah, dia boleh memahami sekiranya Saida perlu berjumpa ramai orang, tetapi tidak perlu sampai ke tahap untuk memanggil sayang dan mendesak untuk bercerai. "Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa. "Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab. "Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini," tambahnya.

Selain itu, Mohd Ghazali juga memberitahu, dia tidak melihat masalah besar dalam perkahwinan mereka yang boleh membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya masalah-masalah kecil. Saida pula memberitahu, dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman. Selepas mendengar keterangan-keterangan yang dinyatakan oleh Mohd Ghazali dan Saida, Mohd Suhaily memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pasangan tersebut untuk mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi.

Beliau juga menasihatkan mereka untuk mengerjakan umrah seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ghazali yang berhasrat mahu membawa isterinya itu ke Tanah Suci. Saida yang pernah menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia bersetuju dengan cadangan itu namun memberitahu akan membawa ahli keluarganya bersama.

Pada prosiding sama, Mohd Suhaily memutuskan bahawa wakil hakam pasangan tersebut telah gagal untuk mencapai matlamat bagi menyelesaikan masalah perkahwinan mereka dan memutuskan agar diadakan semula perbincangan. Sekiranya masih gagal, Mohd Suhaily menetapkan agar pasangan itu dibawa bertemu dengan wakil hakam yang akan dilantik oleh mahkamah. Kes akan disebut semula pada 15 Jun depan.

Berdasarkan rekod, Mohd Ghazali melantik bapa saudaranya, Shihabudin Alang Mat Piah sebagai wakil hakamnya manakala Saida diwakili oleh seorang rakan, Norhisham Rahmat. Prosiding di mahkamah bermula selepas Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik atas alasan mereka sudah tidak mempunyai persefahaman dan telah mengalami masalah yang tidak dapat didamaikan.

Saida, 35, dan Mohd Ghazali, 41, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun. Mohd Ghazali diwakili oleh peguam syarie Amli Embong sementara peguam Ahmad Nazib Johari mewakili Saida. mstar

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- Aksi Cium Mulut Kris Dayanti & Raul Lemos Di Sidang Media

Saturday, March 19, 2011

Tak Hormat Arwah Bapa, Punca Saida Mahu Cerai

Penyanyi, Saida didakwa memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik kerana sifat suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri yang dikatakan tidak menghormati arwah bapa mertuanya yang meninggal dunia dua tahun lalu.Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Mohd Ghazali semasa menghadiri prosiding sebutan kes perceraian mereka di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Mohd Suhaily Rosdi pada Jumaat.

Bapa kepada Saida, Allahyarham Tarudin Ismail meninggal dunia pada 15 Februari 2009 akibat serangan jantung selepas empat hari dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri, di sini. Allahyarham mempunyai tujuh orang anak termasuk penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Selain itu, Saida atau nama sebenarnya Siti Nursaida, 35, juga mendakwa sikap suaminya menyakitkan hati seperti mengongkong kerjayanya. "Saya sebenarnya tidak mahu jadi begini. Saya ingin teruskan permohonan untuk bercerai," kata Saida yang diwakili oleh peguam syarie Noor Azlina Che Hasan.

Bagaimanapun, Mohd Ghazali, 40, yang merupakan seorang jurutera kaji bumi sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan memberitahu, dia telah berubah sikap dalam usaha mahu menyelamatkan perkahwinan yang dibina sejak 15 tahun lalu. "Saya masih sayangkan isteri dan kasihkan anak-anak saya. Saya tidak dapat hendak berbincang dari hati ke hati kerana berada dalam keadaan yang beremosi," kata Mohd Ghazali. Dia menambah, pelbagai usaha lain juga dilakukan termasuk menghadiri sesi kauseling secara sebelah pihak.

Mohd Suhaily bagaimanapun berpandangan sesi kauseling seharusnya melibatkan kedua-dua pihak untuk membolehkan kauselor terbabit menyelami masalah yang berlaku dalam sesuatu rumah tangga. Pada prosiding sama, Mohd Suhaily juga menasihatkan Mohd Ghazali yang berhasrat untuk mengerjakan umrah supaya menyelesaikan masalah rumah tangganya terlebih dahulu.

"Ibadat memang digalakkan dalam Islam. Sekarang yang penting adalah selesaikan konflik. Sesuatu ibadat lebih afdal jika pihak-pihak tidak ada sengketa. "Jika dibuat ibadat dalam hati yang tidak selesa, itu tidak elok kerana ia akan mempengaruhi ibadat kita," katanya. Beliau juga menasihatkan Mohd Ghazali untuk menggunakan kebijaksaannya bagi mengambil semula hati isteri kerana pada pandangan beliau 'pasangan itu masih berbaik termasuk tinggal serumah'.

Pada prosiding sama, peguam syarie Amli Embong yang mewakili Mohd Ghazali memohon agar mahkamah mewujudkan satu jawatan kuasa pendamai yang berkemungkinan dapat memperbaiki hubungan tersebut. Permohonan tersebut tidak dibantah oleh Saida, yang hadir di mahkamah bersama kakak iparnya, Rozie Abd Razak. Justeru itu, Mohd Suhaily menetapkan supaya kes itu disebut semula pada 1 April depan untuk membolehkan kedua-dua pihak membawa wakil hakam (lelaki Islam yang tahu hukum agama) ke mahkamah. Saida dan Mohd Ghazali berkahwin pada 14 Disember 1996 di Kuala Lipis, Pahang dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkongsian hidup, dia yang pernah mencuba nasib dalam rancangan realiti Akademi Fantasia dikurniakan empat orang anak, iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun. mstar

-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- Saida AF (Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Mohon Cerai Di Mahkamah Rendah Syariah
-- (Gambar) Mangsa Sula Menderita Sakit Di Bandar Tenggara Kulaijaya Johor
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal

Tuesday, March 15, 2011

(Gambar) Saida AF6 Tetap Mahu Bercerai

Penyanyi, Saida nekad untuk bercerai meskipun suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri tidak bersetuju dengan permohonan untuk berpisah secara baik yang difailkannya selepas 15 tahun hidup bersama. Peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang mewakili Saida memberitahu, pihaknya memohon untuk meminda permohonan asal mereka kepada bercerai secara fasakh, jika Mohd Ghazali enggan memberi kata putus dalam perkara tersebut.

Saida atau nama sebenarnya Siti Nursaida Tarudin, 35, yang juga kakak kepada penyannyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza pula memberitahu, dia telah cuba untuk berbincang dengan Mohd Ghazali, 40, bagi mencari jalan penyelesaian. “Kami masih tinggal serumah. Saya ada cuba berbincang, tetapi suami tidak setuju. Saya mohon untuk bercerai kerana kami sudah tiada persefahaman dan perbalahan kami tidak boleh dipulihkan,” katanya.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi enggan membenarkan permohonan tersebut kerana beranggapan Mohd Ghazali seharusnya diberikan peluang untuk hadir di mahkamah dan menyelesaikan kes tersebut. “Mahkamah sentiasa mempunyai budi bicara. Saya mahu lihat kehadiran defendan (Mohd Ghazali). Jika mahu bercerai, mahkamah boleh teruskan. Jika tidak, mahkamah mahu mendengar alasannya,” tambahnya. Justeru itu, Mohd Suhaily menetapkan kes itu disebut semula pada Jumaat ini untuk kehadiran pihak-pihak.

Beliau juga menasihatkan supaya Saida dan Mohd Ghazali memanfaatkan masa yang ada dengan mencari penyelesaian kepada masalah rumah tangga mereka. “Bincang sebagai seorang yang dewasa, sebagai ibu bapa. Ingat perceraian yang berlaku akan memberi kesan kepada anak. “Saya bercakap bukan hanya untuk masa sekarang, tetapi untuk 10 tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pendirian Mohd Ghazali dalam permohonan itu, peguam syarie Amli Embong memberitahu, ahli perniagaan itu tidak mahu menceraikan Saida. “Mohd Ghazali mahu mempertahankan rumah tangganya,” kata Amli mewakili Mohd Ghazali yang tidak menghadiri prosiding mahkamah tersebut.

Persoalan mengenai ketidakhadiran Mohd Ghazali juga timbul apabila Amli dan Saida memberikan alasan yang berbeza mengenainya. Menurut Amli, beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Mohd Ghazali pada pukul 9 pagi Isnin, memaklumkan bahawa beliau tidak sihat dan mempunyai sijil cuti sakit. Bagaimanapun, Saida memberitahu suaminya kini berada di kampung halaman, iaitu di Teluk Intan, Perak.

Sehubungan itu, Mohd Suhaily memberi peringatan keras bahawa beliau akan mengeluarkan waran tangkap sekiranya Mohd Ghazali tidak menghadiri prosiding Jumaat. Secara keseluruhan, Mohd Ghazali telah gagal untuk menghadiri tiga prosiding mahkamah. Saida hadir di mahkamah dengan berpakaian serba hitam dan ditemani oleh kakak iparnya, Rozie Abd Razak.

Dia yang pernah mencuba nasib dalam rancangan realiti, Akademi Fantasia musim ke-enam memfailkan permohonan untuk bercerai pada 6 Oktober 2010 mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam, Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984. Saida dan Mohd Ghazali berkahwin pada 14 Disember 1996 di kampung halaman penyanyi tersebut, Kuala Lipis, Pahang dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun. Mereka yang menetap di Alam Damai, Cheras, di sini tidak pernah bercerai sebelum ini. mstar

-- Saida AF (Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Mohon Cerai Di Mahkamah Rendah Syariah
-- (Gambar) Kartun Tsunami Kontroversi Berita Minggu
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Perkahwinan Rabecca Nur Al Islam Dan Nor Azam Datuk Sulaiman