ad ld

Pages

Tuesday, December 31, 2013

Wawa Zainal Dan Airel Zafrel Bercuti Di London (Gambar)

Wawa Zainal dan Airel Zafrel bersama anak mereka bercuti di London. Nampak happy sangat mereka sekeluarga di sana.


Semoga bahagia selamanya.

--  (Gambar) Lelaki Tikam Gadis 19 Kali, Simbah Asid Dipenjara 17 Tahun, 5 Sebatan
--  Pelajar Cemerlang Buat Seks Dua Kali Di Rumah Nenek
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
--  Pernikahan Linda Onn Dan Kerabat Diraja 27 Disember

7 Contoh Isteri Yang Sering Diceraikan

Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami. Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya. Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya. Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Hari Terakhir Tebus Rebat Touch N Go

Pengguna Touch n Go diingatkan untuk menebus rebat sebanyak 20 peratus bagi penggunaan lebuh raya (31 Disember), iaitu hari terakhir tahun 2013. Difahamkan, mulai 1 Januari 2014, pemberian rebat tersebut akan dimansuhkan. Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, syarikat pengendali sistem pembayaran elektronik, Touch n Go Sdn Bhd tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada tawaran rebat sebanyak 20 peratus bagi pengguna lebuh raya diterus atau dimansuhkan.

Menurut sumber, semua keputusan hanya akan diputuskan kerajaan dan Touch n Go  tidak menerima sebarang arahan berhubung perkara itu. Katanya, jika kerajaan mengambil langkah untuk memansuhkan rebat tersebut, ia boleh dilakukan terus tanpa notis.

“Memandangkan ini adalah hadiah daripada kerajaan kepada rakyat, jadi itu hak mereka untuk terus atau sebaliknya. “Pengurusan Touch n Go tidak berhak memberi sebarang kenyataan berhubung hal ini,” katanya. Rebat Touch n Go termasuk dalam 11 hadiah mesra rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan 100 hari sebagai perdana menteri pada 11 Julai 2009.

--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
--  Kemalangan 10 Kenderaan Di Alor Setar (Gambar)
--  Video Ikan Naik Ke Darat Di Tambisan Lahad Datu
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Najib Umum 11 Langkah Kurangkan Perbelanjaan Kerajaan Mulai 1 Jan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari. Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Beliau berkata, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak limahingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C(Jusa C) ke atas. Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.

Schumacher Bedah Otak Akibat Jatuh Bermain Ski Di Pergunungan Alps Perancis (Gambar)

Bekas juara tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher, menjalani pembedahan otak dan dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terjatuh ketika bermain ski di pergunungan Alps Perancis, awal pagi Isnin. Schumacher, 44, yang mengumumkan bersara dari sukan F1, kini dilaporkan dalam koma dan terpaksa menjalani pembedahan neuro.


“Keadaannya kini kritikal," demikian menurut Hospital Grenoble di selatan Perancis dalam satu kenyataan. Schumacher dilaporkan bermain ski bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di pusat peranginan Meribel Resort, di mana mereka mempunyai hartanah di sana sebelum terjatuh dan kepalanya terhantuk pada batu.

Beliau telah dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah helikopter, tetapi jurucakap untuk resort ski tersebut berkata kecederaan Schumacher tidak begitu serius. Bagaimanapun, Schumacher dipindahkan ke Grenoble kerana kecederaannya dilaporkan serius daripada yang disangka sebelum ini.

--  Resepsi Fizo Omar Dan Mawar Di Kota Bharu Dihadiri Tn Guru Nik Aziz (Gambar)
--  Pernikahan Linda Onn Dan Kerabat Diraja 27 Disember
--  Drama Ammara Batrisya TV9 Lakonan Erra Fazira Umie Aida Dan Adi Putra
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Monday, December 30, 2013

Izreen Azmida Nasihat Johan As'ari Henti Mainkan Perasaan Wanita

Pelakon yang pernah dikaitkan bercinta dengan Johan As'ari, Izreen Azminda menasihatkan agar aktor tersebut berhenti daripada memainkan perasaan wanita. Izreen, 29, berkata, Johan seharusnya memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bercinta dengan seseorang wanita.


"Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta. "Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya," katanya.

Resepsi Fizo Omar Dan Mawar Di Kota Bharu Dihadiri Tn Guru Nik Aziz (Gambar)

Majlis resepsi Fizo Omar dan Mawar di Selingsing Pasir Puteh Kelantan  berlangsung meriah. 10 ekor lembu ditumbangkan untuk jamuan para tetamu. Wahh happening betul tu kan.


Selain kehadiran para tetamu dan peminat kedua dua pengantin baru itu turut dimeriahkan dengan kedatangan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bekas Menteri Besar Kelantan. Khairul Fahmi penjaga gol kebangsaan dan isterinya Leuniey Natasha yang sedang sarat mengandung juga hadir menambah seri majlis.

--  Kemalangan 10 Kenderaan Di Alor Setar (Gambar)
--  Tan Sri Muhammad Ali Kembalikan Darjah Kebesaran Johor (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)

Bangkai Haiwan Pelik Terdampar Di Pantai Sarawak (Gambar)

Bangkai seekor haiwan misteri ditemui terdampar di pantai berdekatan Pasir Panjang Santubong Sarawak. Rangka haiwan itu belum dapat dikenalpasti ia dari spesis apa.


Ukuran panjang lebih kurang 3 meter.

--  Stacy Terbuka Hati Untuk Peluk Islam (Gambar)
--  Lelaki Ditemui Mati Tergantung Selepas Bergaduh Dgn Isteri Baru Enam Bulan Kahwin (Gambar)
--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
--  Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar) 

Terkini Banjir Empat Bahagian Di Sarawak

Keadaan hujan yang berterusan telah menyebabkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir pada Ahad. Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri semasa dihubungi hari ini berkata beberapa kawasan di Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air antara 0.5 meter dan satu meter. Menurutnya dua buah keluarga juga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Marudi, sebuah bandar di pedalaman di Miri.

Di bandar Bintulu pula, tujuh kawasan perumahan dinaiki air sehingga 0.5 meter namun jumlah penduduk yang terjejas dan perlu dipindahkan masih belum dapat dipastikan. Lima buah penempatan yang terjejas di Sri Aman termasuk RumahPanjang Lancaster King (lapan keluarga), Rumah Panjang Bujau (lapan keluarga),Rumah Ujang (tujuh keluarga), Kampung Sekait (lima keluarga) dan Kampung MelayuBaru (14 keluarga).

Satu-satunya penempatan di Betong yang dilaporkan dinaiki air ialah Kampung Lalang, Meludam namun jumlah mangsa yang terjejas masih belum dapat dipastikan. mstar

--  Mati Bunuh Diri Terjun Tingkat 9 Berjaya Times Square (Gambar)
--  Pernikahan Linda Onn Dan Kerabat Diraja 27 Disember
--  Tan Sri Muhammad Ali Kembalikan Darjah Kebesaran Johor (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
 

Sunday, December 29, 2013

Mati Bunuh Diri Terjun Tingkat 9 Berjaya Times Square (Gambar)

Pengunjung pusat membeli-belah Berjaya Times Square, Jalan Imbi gempar dikejutkan insiden seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 9 pusat membeli belah itu, semalam. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainudddin Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam menyebabkan mangsa parah.


“Remaja berusia 24 tahun dari Seri Kembangan itu dikatakan terjun dari tingkat sembilan sebelum jatuh di tingkat bawah pusat beli-belah. Mangsa mati di tempat kejadian,”katanya. Menurutnya, tiada rakaman CCTV di situ, siasatan awal juga mendapati tiada rekod dan unsur jenayah pada mangsa. Punca kejadian masih disiasat dan beliau  mengesahkan kejadian sebagai kematian mengejut.

--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
--  Bayi Mati Jatuh Tingkat 4 Terlepas Dukungan Bapanya Di Kuarters Polis Bukit Pelindung
--  Video Ikan Naik Ke Darat Di Tambisan Lahad Datu
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 

Saturday, December 28, 2013

Stacy Terbuka Hati Untuk Peluk Islam (Gambar)

Penyanyi Stacy memberitahu hatinya telah terbuka untuk memeluk agama Islam tanpa bantahan keluarga.
Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam, 23, berkata, perasaan itu timbul tanpa paksaan mana-mana pihak dan mengakui ajaran Islam mudah difahami selain pergaulannya lebih banyak di kalangan mereka yang menganut agama berkenaan.


"Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam. “Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini,” katanya selepas pelancaran single berjudul Hello duet bersama kumpulan SM*SH yang diadakan di Auditorium Bently Music Jumaat. Turut hadir Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy.

Ayu Raudhah Cuti Berlakon Kerana Hamil 4 Bulan (Gambar)

Pelakon Ayu Raudhah terpaksa melupakan bidang lakonan buat sementara waktu selepas disahkan hamil anak keduanya empat bulan lalu. Ayu, 28, berkata, buat masa ini dia akan memberikan tumpuan kepada kandungan dan rumah tangganya bersama pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd. Radzak dan anak sulung mereka Muhammad Aisy Qaiser yang kini mencecah usia sembilan bulan.


"Sejak mengandung anak pertama lagi saya sudah tidak berlakon dan semakin seronok menjadi ibu dan suri rumah. Jadi tentang lakonan itu buat masa ini saya ketepikan dulu kerana keluarga adalah keutamaan. "Tambahan pula anak pertama masih menyusu badan jadi sukar untuk saya membahagikan masa di antara keluarga dan kerjaya," katanya.

Friday, December 27, 2013

Kekasih Larang Berpeluk Antara Sebab Izara Aishah Tangguh Kahwin (Gambar)

Pelakon Izara Aishah belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya disebabkan beberapa syarat yang ditetapkan oleh kekasihnya jika mereka mendirikan rumah tangga.


Izara, atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham 21, berkata, mereka masih berbincang tentang perkara dan syarat-syarat tersebut termasuklah dia perlu kurangkan kemunculannya di televisyen sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Thursday, December 26, 2013

Emma Maembong Buat Zizan Bangga Jika Kekal Bertudung (Gambar)

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengakui berasa bangga jika aktres yang sering dikaitkan bercinta dengannya, iaitu Emma Maembong membuat keputusan untuk terus bertudung. Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 29, berkata, dia tidak pernah menyuruh wanita itu untuk berbuat demikian.


"Bapa saudara Emma ada hubungi saya untuk bertanya tentang perkara itu dan sama ada saya yang menyuruhnya bertudung, namun ketika itu saya pun tidak tahu tentang dia mahu bertudung. "Dia baru mencuba-cuba untuk pakai tudung, bagi saya itu perkara yang baik dan membanggakan bagi seorang wanita, " katanya. Tambah Zizan, Emma sudah lama memberitahu niat untuk berubah ke arah itu namun masih menunggu masa yang sesuai.

Sementara itu, Zizan yang juga Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment berkata, dia masih belum mengetahui perancangan kerjaya artis di bawah naungannya itu selepas berhijab. "Buat masa ini dia (Emma) sedang menjalani penggambaran drama yang memang memerlukannya bertudung iaitu Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!. "Untuk projek seterusnya saya tidak tahu lagi sama ada dia terus mengambil watak bertudung sahaja atau tidak," katanya. mstar

--  Johan Asari Dan Lana Nordin Putus Cinta Kerana Tidak Direstui Keluarga (Gambar)
--  Pernikahan Aril AF Dan Puteri Erma Adlinda Di Kota Bharu (Gambar)
--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
--  Nabila Huda Temui Kekasih Baru (Gambar)

Bayi Perempuan Ditemui Di Koridor Flat

Seorang bayi perempuan ditemui di koridor sebuah flat di Paya Terubong Georgetown Rabu. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata, bayi yang dalam keadaan sihat itu ditemui penghuni flat berkenaan pada 8 pagi. "Bayi dalam keadaan cukup sifat itu dipercayai dilahirkan beberapa hari lepas dan polis telah membawanya ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan," katanya.

Dalam kes lain, beliau berkata seorang kanak-kanak perempuan berumur lingkungan tiga tahun ditemui keseorangan di tapak pesta Sungai Nibong awal pagi Rabu. Mohd Hatta berkata, kanak-kanak yang dikenali sebagai Jihan itu dipercayai terpisah daripada ibu bapanya dan ditemui pekerja tapak pesta pada 2.30 pagi.

"Setakat ini kita masih tidak menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak itu dan tiada sebarang dokumen ditemui padanya," katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes kehilangan bayi dan kanak-kanak itu diminta menghubungi balai polis berdekatan. mstar

--  Bayi Mati Jatuh Tingkat 4 Terlepas Dukungan Bapanya Di Kuarters Polis Bukit Pelindung (Gambar)
--  Jururawat Mengaku Berkhalwat Dengan Suami Orang (Gambar)
--  Video Ikan Naik Ke Darat Di Tambisan Lahad Datu
--  Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)


Bayi Mati Jatuh Tingkat 4 Terlepas Dukungan Bapanya Di Kuarters Polis Bukit Pelindung

Seorang bayi lelaki maut setelah terlepas daripada dukungan bapanya dari tingkat empat perumahan polis Bukit Pelindung Selasa. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, bayi berusia tujuh bulan Mohd Danial Mikhail Mohd Abdul Hadi dikatakan terlepas daripada dukungan bapanya yang ketika itu turut memegang bungkusan sampah.


Bayi malang itu dikejar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan namun dia disahkan meninggal dunia, katanya kepada Bernama. Difahamkan mangsa merupakan cucu kepada seorang anggota polis yang menetap di kuarters berkenaan. Abdul Aziz berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu. mstar

--  Jururawat Mengaku Berkhalwat Dengan Suami Orang (Gambar)
--  Budak 4 Tahun Mati Disyaki Didera Di Pusat Jagaan (Gambar)
--  Letupan Bom Di Danok Thailand Lebih 20 Cedera (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Wednesday, December 25, 2013

Johan Asari Dan Lana Nordin Putus Cinta Kerana Tidak Direstui Keluarga (Gambar)

Tidak sampai sebulan percintaan pasangan pelakon yang penuh dengan kontroversi Johan Asari dan Lana Nordin menghangatkan industri hiburan tanah air, namun hubungan itu dikhabarkan telah putus di tengah jalan. Memetik laporan portal berita hari ini, Johan menyatakan hubungannya dengan pelakon itu telah putus secara rasmi sejak, kelmarin.


"Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada terus menyeksa hati dan perasaan Lana," katanya. Dalam pada itu, pelakon sekuel filem Juvana itu turut menyatakan beliau masih menyayangi Lana, namun terpaksa memilih keluarga ekoran tidak mahu dianggap sebagai anak derhaka. "Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak ada harapan kepada Lana," ujarnya.

Rogol Dan Samun Wanita Dalam Rumah Lelaki Bangladesh Dipenjara 20 Tahun

Seorang pekerja restoran warga Bangladesh dihukum penjara 20 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol dan menyamun seorang wanita, dua bulan lepas. Hakim Rozina Ayob memerintahkan Buttu, 42, menjalani hukuman itu bermuladari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Okt lepas.

Bagi kesalahan merogol, Buttu dihukum penjara 20 tahun dan 10 sebatan manakala untuk pertuduhan menyamun, dia dihukum penjara sembilan tahun dan enam sebatan. Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak.

Jururawat Mengaku Berkhalwat Dengan Suami Orang (Gambar)

Seorang jururawat didenda RM2,000 oleh mahkamah syariah, semalam, selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang pemandu lori, Oktober lalu. Sarizana Saribudin, 37, yang masih berstatus isteri orang dan pasangannya, Abd Manan Aziz, 39, yang juga sudah berkahwin membuat pengakuanitu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud.


Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkurung bersama-sama dalam keadaan yang mendatangkan syak kerana bukan suami isteri sah dan juga mahram di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam pada 29 Oktober lalu. Sarizana didapati bersalah di bawah  Seksyen 9(2) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan, manakala Abd Manan didakwa di bawah Seksyen 9(1) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan.

Budak 4 Tahun Mati Disyaki Didera Di Pusat Jagaan (Gambar)

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera di pusat penjagaan di Kuantan, Pahang. Norain Natasyah Abdullah meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur pagi semalam selepas dihantar ibunya Zuraidah Jasman pada Sabtu lepas setelah mendapati anaknya mengalami sawan, tubuhnya keras dan tidak sedarkan diri.


"Doktor memberitahu keadaan Norain tenat selain otaknya tidak ada oksigen,"katanya yang telah berpindah ke sini. Beliau yang berpisah dengan suaminya berkata anak bongsu dari enam beradik itu dihantar ke pusat penjagaan itu bersama empat lagi anaknya selama tiga tahun. Zuraidah, 31, berkata abangnya pernah memberitahunya Norain sering dideraketika dihantar ke pusat penjagaan tersebut.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Salak Selatan petangtadi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaankerana membunuh. "Bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat unsur jenayah dan kita akan buat tangkapan dalam masa terdekat," katanya. mstar

--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
--  Isteri Aaron Aziz Bertudung Kerana Cerita Kiamat (Gambar)
--  Video Ikan Naik Ke Darat Di Tambisan Lahad Datu
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Majlis Resepsi Fizo Omar Dan Mawar Di Butik Fareeda Pulau Pinang (Gambar)

Majlis resepsi Fizo Omar dan Mawar Abd Karim berlangsung di Butik Fareeda Pulau Pinang Ahad lepas. Orang ramai dan peminat berpusu pusu mengambil peluang berjumpa secara live dengan Fizo dan Mawar di majlis itu.


Mawar dan Fizo baru saja balik ke Malaysia selepas bulan madu di Eropah. Khabarnya Fizo bakal menumbangkan 10 ekor lembu pula untuk majlis menyambut menantu di Kelantan Sabtu ini. Tahniah buat mereka. Semoga bahagia selamanya.

-- Kemalangan 10 Kenderaan Di Alor Setar (Gambar)
-- Che Ta Dan Zain Bulan Madu Di Rome Itali (Gambar)
-- Video Ikan Naik Ke Darat Di Tambisan Lahad Datu
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Tuesday, December 24, 2013

Kemalangan 10 Kenderaan Di Alor Setar (Gambar)

Sebanyak 10 kenderaan berlanggar dalam satu kemalangan yang berlaku di K319 Lebuhraya Sultanah Bahiyah, semalam. Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, sebuah lori dan sembilan kereta mengalami kerosakan akibat rempuhan berkenaan.


Semua mangsa dilaporkan selamat dan tiada mengalami kecederaan, namun seorang bayi dikejarkan ke hospital berdekatan kerana terhantuk akibat hentakan.

Menurut mangsa yang enggan namanya disiar, sebanyak 10 kenderaan terbabit berada dalam satu barisan bahagian kiri jalan, malah kemalangan berlaku secara tiba-tiba sedangkan masing-masing bergerak perlahan dari arah Tesco Mergong menuju Shahab Perdana.

“Rasa pelik apabila kereta di bahagian kanan memandu perlahan dan memandang ke arah kami. “Dalam sekelip mata, terasa kereta yang berada di belakang merempuh kenderaan saya. Saya tidak sangka ia berlaku kerana dibawa perlahan,” katanya. sinarharian

--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
--  Pernikahan Aril AF Dan Puteri Erma Adlinda Di Kota Bharu Kelantan (Gambar)
--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
--  Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar)

Helikopter Nuri Mendarat Cemas Di Pulau Perak (Gambar)

Sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas ketika melakukan tugasan keselamatan di kawasan Pulau Perak, dekat Kedah, pada Ahad. Pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana helikopter itu mengalami masalah teknikal.


Sumber TUDM ketika dihubungi Bernama pada Isnin mengesahkan kejadian itu tetapi tidak menyatakan masa berlaku. Katanya, siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu akan dilakukan secepat mungkin. mstar

--  Nurul AF2 Menang Saman Fitnah Melodi TV3 RM250 Ribu Isu Nikah Di Siam (Gambar)
--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
--  Puting Beliung Di Johor (Gambar)
--  Che Ta Dan Zain Bulan Madu Di Rome Itali (Gambar) 

Isteri Aaron Aziz Bertudung Kerana Cerita Kiamat (Gambar)

Pelakon Aaron Aziz menzahirkan rasa syukur apabila isterinya Diyana Halik, 30, akhirnya membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang daripada bercuti di Hong Kong pada Ahad lalu. Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, berkata, dia ada meminta isterinya untuk bertudung selepas menunaikan umrah dua tahun lalu, namun tidak memaksa wanita itu untuk berbuat demikian.


"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan. "Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," katanya ketika ditemui pada sidang media Oh My English-Hello America, di Hotel Hilton, Isnin.

Liza Juara Projek Metro Musim Pertama Raih RM20 Ribu (Gambar)

Peserta dari Kuantan, Pahang iaitu Khairu Norliza Khairudin telah diumumkan sebagai juara program Projek Metro musim pertama selepas berentap selama lapan minggu pada acara yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral malam Ahad.


Liza, 27, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 dan kontrak selama setahun bersama Kumpulan Media Prima Berhad. Turut bertanding pada peringkat akhir itu adalah Nurfakhira Che Abdul Muhsin atau Iera Fakhira, 24, Nur Hafizah Md Saad (Fiza), 25 dan Muhammad Taufiq Abd Rahman, 19.

Monday, December 23, 2013

Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)

Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret Ayer Keroh, semalam atas pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu. Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.


Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam. Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013.

Norshahrul Idlan Talaha Masuk Wad Akibat Demam Denggi (Gambar)

Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo dilaporkan berada di hospital kerana disyaki menghidap demam denggi.


Memetik Facebook Johor Darul Takzim FC, suhu badan Mat Yo dilaporkan sangat tinggi.

--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
--  Puting Beliung Di Johor (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)

Sunday, December 22, 2013

Pernikahan Aril AF Dan Puteri Erma Adlinda Di Kota Bharu Kelantan (Gambar)

Aril AF atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus telah pun sah bergelar suami kepada Puteri Erma Adlinda binti Haji Megat Aminuddin di Kota Bharu, Kelantan. Dalam majlis ini, pihak pengantin lelaki telah memberi sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin berjumlah RM15,000 dan turut dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai baju T, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta senaskah Al-Quran dan dompet.


Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin beserta sehelai cek mas kahwin berjumlah RM 15,000. Dalam pada itu, majlis persandingan akan diadakan untuk ahli keluarga di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan seterusnya kenduri kesyukuran bagi sebelah keluarga Aril akan diadakan di Melaka dalam masa terdekat.

--  Nurul AF2 Menang Saman Fitnah Melodi TV3 RM250 Ribu Isu Nikah Di Siam (Gambar)
--  Aril AF Nikah Pramugari Puteri Erma Edlinda Di Wakaf Che Yeh 20 Disember (Gambar)
--  Nur Fathia Jumpa Keluarga Aiman Hakim (Gambar)
--  Perkahwinan Anas Datuk K Dan Nasha Allysa Datuk Hishammuddin (Gambar)

Saturday, December 21, 2013

Skandal Adi Putra Noraida Bercerai Talak Satu (Gambar)

Suami wanita yang dikaitkan dengan skandal pelakon Adi Putra, Amiruddin Othmann, 50, mengakui sudah menceraikan isterinya secara lisan dua hari lalu, namun masih nekad meneruskan rayuan agar kes tersebut disiasat semula. Ahli perniagaan itu yang mengakui menceraikan isterinya, Noraida Abd. Mutalib, 29, jam 4 pagi pada 19 Disember lalu di rumahnya, di Johor Bahru itu akan memohon rayuan di Jabatan Peguam Negara dengan mengusulkan seksyen baru bagi siasatan itu.


"Saya menceraikan isteri saya Noraidah dengan talak satu. "Kami bercerai secara baik walau kami tiada apa-apa ikatan lagi, tapi kami bersetuju untuk meneruskan kes ini demi menegakkan kebenaran," katanya. Menurutnya, kes itu mahu diteruskan semula kerana ingin menuntut keadilan dan berasa kecewa dengan keputusan siasatan kes skandal yang melibatkan isterinya dengan pelakon, Adi Putra.

Nurul AF2 Menang Saman Fitnah Melodi TV3 RM250 Ribu Isu Nikah Di Siam (Gambar)

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan TV3 dan empat yang lain membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas Bintang Akademi Fantasia Musim ke-2, Nurullah Zawawi dan suaminya dalam kes saman fitnah berhubung status perkahwinan mereka yang disiarkan dalam program hiburan Melodi dua tahun lepas.


Hakim Datuk Nor Bee Ariffin juga memerintahkan kelima-lima defendan membayar sejumlah RM70,000 sebagai kos kepada penyanyi itu yang lebih dikenali dengan gelaran Nurul AF2 dan suaminya Mohd Munzil Muhamad selaku plaintif pertama dan kedua. Nor Bee membuat keputusan itu selepas membenarkan saman yang dikemukakan pasangan itu terhadap TV3, penerbit rancangan Melodi Azman Abd Ghafar, wartawannya Michelle Wee Lili, syarikat Alt Media Sdn Bhd dan abang kandung Nurul iaitu Bustamam Zawawi.

Nur Fathia Jumpa Keluarga Aiman Hakim (Gambar)

Biarpun enggan menggunakan istilah kekasih ataupun pasangan bercinta, pelakon Aiman Hakim Ridza mengakui telah memperkenalkan Nur Fathia Abdul Latiff menemui keluarganya. Aiman, 24, berkata, pelakon itu merupakan wanita pertama yang diperkenalkan kepada keluarganya.


"Ya, kami sudah bertemu keluarga masing-masing dan dia adalah wanita pertama yang saya bawa bertemu dengan keluarga saya. "Sebelum ada apa-apa ikatan yang sah, hubungan kami tetap dianggap sebagai kawan sahaja dan biarlah mengenai perasaan itu antara kami sahaja yang mengetahuinya," katanya.

Friday, December 20, 2013

Dira Abu Zahar Keguguran Kandungan 6 Minggu (Gambar)

Pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar tidak sedar dirinya sedang hamil enam minggu dan mengalami keguguran pada awal bulan lalu. Meskipun kecewa dengan kejadian itu, Dira dan suaminya, Mohd Helmi Mohd Yusof tetap redha menerima ujian tersebut.


“Apabila dapat tahu saya gugur, saya rasa kecewa sebab kami berdua memang berusaha mahukan anak selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. “Jika saya masih mengandung, mungkin ia dapat menjadi hadiah buat suami, namun saya keguguran beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran dia,” katanya yang dipetik dari sebuah portal.

Pernikahan Linda Onn Dan Kerabat Diraja 27 Disember

Penyampai radio Suria FM, Linda Onn mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini. Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, bagaimanapun berkata, majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.


"Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini. "Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah," katanya ketika ditemui di stesen radio Suria FM pada Rabu.

Thursday, December 19, 2013

Che Ta Dan Zain Bulan Madu Di Rome Itali (Gambar)

Rozita Che Wan dan Zain Saidin honey moon di Rome Itali. Che Ta berkongsi gambar bulan madu mereka dan jelas nampak kegembiraan   di wajah pengantin baru itu.


Pastinya satu bentuk kepuasan diri bila dah selesai semuanya majlis perkahwinan sekaligus menutup pelbagai gossip tentang mereka sebelum ini kan. Tahniah buat Che Ta dan Zain. Semoga segalanya lancar dan bahagia selalu hendaknya.

--  Ayu Raudhah Mengandung Anak Kedua (Gambar)
--  (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
--  Rozita Che Wan Mengandung? Zain Saidin Berdebar (Gambar)