Pelakon Azean Irdawaty, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan
Universiti Malaya (PPUM) akibat komplikasi pelbagai penyakit
termasuk kanser yang dihidapinya. Pelakon itu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Selasa di depan suaminya, Khairil Anwar dan juga anak-anak.
Pelakon itu yang sering keluar masuk hospital sebelum ini menghidap
penyakit kanser payudara sehingga ia menjadi kritikal apabila ia merebak
kepada barah tumor. Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia pertama (FFM1) menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada FFM3.
Sepanjang penglibatannya dalam seni, beliau banyak berlakon filem termasuklah Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan.
-- Zizie Ezette Dan Bung Mokhtar Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 4 (Gambar)
-- Budak 30 Bulan Mati Selepas Terjatuh Banana Boat Di Pantai Purnama Port Dickson (Gambar)
-- Skandal Adi Putra Suami Noraida Mahu Buka Semula Kes (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
No comments:
Post a Comment