Seorang ibu yang sedang menikmati makan malam tidak menyangka rengekan
anak bongsu berusia dua tahun rupa-rupanya ingin memberitahu melihat
abangnya tergantung di ruang tamu rumah mereka di Kampung Luit, Maran. Percakapan pelat anak kecil itu dengan isyarat tangan di leher pada
mulanya tidak diendahkan, namun diulangi beberapa kali sehingga menarik
perhatian ibunya.
Menurut ibu berusia lingkungan 40-an itu, anak sulungnya yang baharu
pulang dari rumah rakannya kira-kira jam 9.45 malam memberitahu mahu
menghubungi isterinya di Kuala Lumpur.Katanya, lalu dia mengizinkan anaknya menggunakan telefon bimbitnya bagi tujuan tersebut.
“Mereka baru enam bulan berkahwin dan kebetulan isterinya sekarang
berada di Kuala Lumpur. Ketika mereka berbual melalui telefon, mereka
bertengkar. “Dia kemudian memberi telefon kepada saya dan suruh saya dengar sendiri
apa yang diperkatakan isterinya sebelum beredar ke ruang tamu,” katanya. Bagaimanapun, talian telefon tersebut diputuskan oleh isteri si mati sebaik mengetahui ibu mertuanya berada di talian. Tidak lama kemudian, anak bongsunya berusia dua tahun itu yang dipercayai mengikut si mati ke ruang tamu kembali ke dapur.
“Dia datang ke arah saya dan cakap ‘ma, abang-abang’ dengan tangan tunjuk di leher tetapi saya tidak mengendahkan. “Apabila banyak kali dia ulang dan merengek-rengek, lalu saya ikut ke
ruang tamu sebelum terkejut melihat jasad anak sulung saya tergantung
dengan tali di leher. Hanya jeritan terkejut mampu keluar dari mulut
saya,” katanya. Seorang saudara yang berada di rumahnya bertindak menurunkan anaknya
itu yang sudah nyawa-nyawa ikan, namun tidak lama kemudian anaknya
menghembuskan nafas terakhir.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintedan
Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang
dilakukan. Mayat si mati dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga. sinarharian
-- Kakak Dibunuh Ditemui Separuh Bogel Dua Adik Perempuan Turut Ditemui Mati Di Alor Senibong Kedah (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Siti Nurhaliza Jadi Nenek Dapat Cucu Anak Anas Zawawi dan Nasha Alyssa (Gambar)
-- Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
No comments:
Post a Comment