Penyampai radio Suria FM, Linda Onn mengesahkan bakal mengakhiri
zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini. Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, bagaimanapun berkata,
majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri
oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.
"Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini. "Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah,
kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis
nikah," katanya ketika ditemui di stesen radio Suria FM pada
Rabu.
Linda diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Rabu mengenai
khabar angin pernikahannya dengan seorang kerabat diraja pada 27
Disember depan yang akan diadakan di kampung halamannya di Johor Baharu. Pasangan itu juga dilaporkan sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama Islam daerah itu.
Linda dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut secara
sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat
sahaja bagi menghadirinya manakala majlis resepsinya pula akan diadakan
di Kuala Lumpur. Dia juga enggan memberitahu dari negeri manakah kerabat tersebut berasal. Dalam perkembangan sama, Linda berkata, dia akan mengeluarkan satu
kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat ini. mstar
-- Che Ta Dan Zain Bulan Madu Di Rome Itali (Gambar)
-- Cara Mengenalpasti Kereta Rosak Akibat Banjir 10 Tips (Gambar)
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment