Kertas siasatan untuk menyiasat dakwaan rogol seorang remaja
perempuan berusia 12 tahun yang berkahwin dengan lelaki yang didakwa
merogolnya dan bercerai setahun kemudian telah dibuka semula oleh polis
susulan permintaan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, beliau membuat permintaan itu
kepada polis selepas mengambil kira keprihatinan orang awam terhadap isu
itu. Bagaimanapun, beliau berkata keputusan sama ada kes itu akan
dibicarakan hanya akan diumumkan minggu depan selepas AGC menerima
penemuan polis.
"Saya telah meminta siasatan lanjut dilakukan dan saya memberi polis
tempoh selama seminggu untuk memaklumkan kepada saya," kata Abdul Gani
pada sidang media di sini, Isnin. Kes berkenaan mula mendapat perhatian selepas penceraian pasangan
muda itu pada November mendapat liputan meluas media, dan bapa remaja
perempuan itu membuat kenyataan media bahawa anaknya menjadi mangsa
rogol sebelum berkahwin.
Remaja itu dinikahkan pada bulan November tahun lepas setelah
mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada
Mahkamah Rendah Syariah Kulim. Beberapa hari selepas penceraian, bapa gadis itu dilaporkan berkata
bekas suami remaja itu dan dua kawan lelakinya telah memperkosa anaknya
empat bulan sebelum pernikahan, dan kes itu pernah dilaporkan kepada
polis pada 15 Julai 2012. Menurutnya laporan itu ditarik balik selepas dia didatangi bapa lelaki berkenaan yang merayu supaya laporan ditarik balik. mstar
-- Perkahwinan Pengantin 12 Tahun Nur Fazira Saad Dan Mohd Fahmi Mohd Alias 19 Tahun (Gambar)
-- Siti Aishah Janji Pulang 9 Bulan Lagi Dari London
-- Gadis 15 Tahun Dibunuh Selepas Gagal Dirogol (Gambar)
No comments:
Post a Comment