ad ld

Pages

Monday, February 28, 2011

(Gambar) Pernikahan Siti Sarah Dan Shuib Sepah

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, Sabtu.


Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 5.45 petang oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizar Mohd Nadzir, yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

Saturday, February 26, 2011

(Gambar) Shahir AF8 Disyaki Sakit Kanser Hati

Bekas juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, dipercayai menghidap kanser hati selepas dia membuat pemeriksaan kesihatan pada tahun lalu. Menurut Shahir, penyakitnya itu dikesan selepas sampel darahnya melalui sembilan jenis ujian dan salah satu hasil ujian mendapati bahagian hati Shahir mengalami masalah.

"Ketika itu saya ditahan di wad Hospital Az-Zahra, Bangi, Selangor selama dua hari akibat tekanan darah rendah. Tak sangka pula selepas membuat ujian, keputusan itu pula yang saya peroleh. "Bagaimanapun, saya telah membuat ujian darah yang sama di hospital lain untuk mendapatkan pengesahan sebenar tentang penyakit tersebut dan Alhamdulillah, selepas diperiksa, penyakit saya ini belum sampai ke tahap serius. "Mungkin kerana masalah pemakanan serta tekanan membuatkan kesan terhadap hati saya. Setakat ini saya masih lagi membuat pemeriksaan lanjutan dan keputusan baru akan diketahui pada minggu depan," katanya.

Tambah Shahir, gara-gara penyakit tersebut, dia mengambil langkah untuk berehat seketika daripada sebarang publisiti serta persembahan nyanyian pada tahun lalu. "Bila saya perlukan ruang untuk berehat, timbul pula cerita yang saya tidak berdisiplin dan menghilangkan diri, semua itu adalah tidak benar. "Sampaikan saya terpaksa menunjukkan surat doktor kepada beberapa pihak untuk memberikan penjelasan kerana saya enggan menimbulkan spekulasi," ujarnya.

Walaupun terpaksa bergelut dengan penyakit dan kontroversi, Shahir menerima keadaan itu seadanya memandangkan dia faham, sebagai seorang selebriti, pelbagai dugaan yang perlu ditempuh. Pada hujung tahun lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dikatakan mula menghadapi masalah disiplin apabila beberapa sesi fotografi yang telah diatur dibatalkan pada saat-saat akhir.

Malah dia juga gagal hadir semasa sesi mencabut nombor giliran sempena Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) anjuran TV3 selain tidak muncul dalam Konsert Ria 2010 di I-City, Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman, berkata kesihatan penyanyi itu agak terganggu dan dia memerlukan masa untuk menenangkan fikiran di kampungnya. mstar

-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- (Gambar) Datuk Siti Nurhaliza Di Perasmian Masjid Al-Khalidiah Sg Petani, Tahniah
-- (Gambar) Ainul Aishah Kemalangan Langgar BMW, Pelakon Begitukah Cinta
-- Salahkah Besarkan Payu Dara - Wanita Hari Ini (WHI) TV3
-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama

(Gambar) Daphne Kahwin, Peluk Islam Slps Melawat Taj Mahal

Pengacara Daphne Iking sah memeluk agama Islam dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking dan menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe. Majlis pernikahan tersebut berlangsung pada 8 Januari lalu di kampung halamannya di Penampang Sabah yang turut dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.


Menurut Joe, mereka tidak merancang untuk mengadakan sebarang majlis resepsi secara besar-besaran, namun hanya mengadakan sebuah majlis bersama anak yatim dan kawan-kawan terdekat di Kuala Lumpur. Tambah Joe, sebagai seorang suami yang sah, dia kini mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga dan melindungi isterinya.

Liga Super : Kelantan 1-1 Kedah Di Stadium Darul Aman

Kedah gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan peneraju Liga Super, Kelantan di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi. Keputusan itu ternyata melegakan Kelantan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah setelah mengharungi lima perlawanan.

Sebaliknya, Kedah yang terus buntu menambah koleksi kemenangan di gelanggang keramat mereka harus mencari ramuan mujarab untuk mencari kejayaan selepas ini. Permainan menarik ditunjukkan kedua-dua pasukan dengan Kedah mahu meraih tiga mata penuh manakala Kelantan pula ingin mengekalkan reputasi sebagai peneraju liga.

Bagaimanapun, Kedah terlebih dahulu menghasilkan gol menerusi Azlan Ismail pada minit ke-57 sebelum dibalas Kelantan menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-79. Sebelum itu, pasukan pelawat mencemaskan penyokong tuan rumah apabila sepakan S. Chanturu dari luar kotak penalti terkena palang ketika penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid sudah tertewas.

Kelantan yang menguasai babak pertama terus memberi tekanan kepada skuad Kenari dan hampir memperoleh gol pembukaan, namun sepakan Chanturu sekadar melintasi gawang tuan rumah pada minit ke-35. Kedah  yang mahu mencari gol awal terus menggandakan usaha, namun sepakan Baddrol Bakhtiar ke sebe- lah kiri gawang pelawat pada minit ke-37 dihampakan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

Memasuki babak kedua, Kedah hampir menceriakan kira-kira 8,000 penyokong mereka apabila Azlan berjaya meloloskan diri daripada tiga pertahanan lawan, namun sepakan lemahnya sekadar singgah ke dakapan Khairul Fahmi pada minit ke-53. Usaha pemain tuan rumah yang terus menggandakan asakan akhirnya membuahkan hasil menerusi jaringan Azlan yang menerima hantaran dari- pada Baddrol.

Barisan benteng Kelantan terperangkap dengan kelicikan Azlan yang berjaya meloloskan diri di antara empat pertahanan lawan sebelum bola sepakannya menerjah gawang. Keceriaan penyokong tuan rumah tidak berpanjangan apabila Norshahrul menyumbat masuk gol penyamaan pada minit ke 79. kosmo

Wednesday, February 23, 2011

Keputusan Malaysia 2-0 Pakistan, Perlawanan Bola Pra Kelayakan Olimpik 2012

Tahniah Malaysia, menang 2-0 atasi Pakistan dlm perlawanan bola sepak pra kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam sebentar td.

Gol pertama Malaysia diperoleh menerusi Wan Zaharulnizam pada minit ke-3 permainan.

Pada minit ke-47 pengadil melayangkan kad merah kepada pemain Pakistan, Ansar Abbas selepas menendang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Dua minit slps tu Malaysia dpt gol kedua hasil tendangan kencang Mohd Irfan Fazail.

(Gambar) Jimmy Shanley Dan Isteri Ke Mahkamah 8 Mac

Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh difahamkan akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 8 Mac depan berhubung permohonan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.

Sumber memberitahu mStar Online, kes tersebut pada awalnya ditetapkan untuk sebutan pada Selasa (hari ini), tetapi terpaksa ditunda kepada tarikh lain ekoran ketiadaan hakim.

Tuesday, February 22, 2011

(Gambar) Pemain Bola Perlis Dituduh Cabul Gadis 17 Tahun

Sungai Petani: Seorang pemain bola sepak Perlis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tiga tuduhan mencabul kehormatan dan mencederakan seorang gadis berusia 17 tahun pada 13 Februari lalu.

Bagaimanapun, pemain pertahanan Singa Utara itu, Muhammad Munawwar Shavukath Ali, 21, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa di sebuah rumah kosong bernombor 533, Jalan Taman Batik di sini, antara jam 3.30 hingga 5.30 petang pada 13 Februari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda.

Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Munawwar dituduh mencabul kehormatan gadis berkenaan dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa. Bagi kesalahan itu, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, Muhammad Munawwar didakwa menyuruh mangsa melakukan seks oral pada tarikh, masa dan tempat sama. Tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun.

Sebelum itu, Raja Shahril Anuar mengarahkan tertuduh mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 bagi kes pertama manakala RM7,000 kes kedua dengan seorang penjamin. hmetro

-- (Gambar) Peragut Mati Tertonggeng Dlm Longkang"
-- (Gambar) Mastura Calon MPP UM Hilang Ditemui Lemah Di Bangi
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

(Gambar) Mengapa Bob Lokman Msk PAS? - Himpunan Pemuda PAS Kedah

Pelakon dan pelawak Bob Lokman,47, hanya akan menerima watak-watak yang lebih bermanfaat dalam dunia lakonan selepas membuat keputusan menyertai parti pembangkang iaitu Pas. Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia mahu memilih watak yang tidak mendatangkan dosa apabila sudah meninggal dunia kelak.

 picca credit to ohbulan

“Ikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, kita (saya) tak ada sumber cari makan bidang lain, jadi kemahiran kita berlakon, ustaz kata pilih watak jangan jadikan dosa bila kita tak ada di dunia ini. Carilah watak-watak yang mendatangkan manfaat,” katanya seperti dipetik dalam laman portal tvpas.com yang disiarkan menerusi youtube, Isnin.

Menerusi portal berita TV itu, Bob Lokman turut dilihat menyerahkan borang sebagai Ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak pada majlis Himpunan Pemuda Pas yang diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah pada Sabtu lalu.

Kata Bob Lokman, anaknya mempunyai maslah dalam sistem kehidupan termasuklah sistem persekolahan, pergaulan dalam masyarakat sekarang ini. Atas perkara itu dia bimbang anaknya akan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana sehingga menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya hebat dan bangga diri. “Masa saya muda dulu saya tak sedar sebab saya muda. Sekarang saya rasa ada tanggungjawab pada anak,” katanya.

Wartawan portal itu turut bertanya adakah dia tidak terfikir kedudukannya dalam bidang seni akan terjejas kerana keputusan tersebut, kata Bob dia sudah bersedia menghadapi perkara itu. Bagaimanapun ujar Bob dia menyerahkan keyakinannya kepada Allah bagi menentukan rezekinya dalam bidang seni.

“Apa yang berlaku semuanya (daripada) Allah. Yang penting dalam sisa hidup, saya (mahu) selamat di dunia dan saya tak akan masuk neraka,” katanya. Bob Lokman sebelum ini popular dengan liriknya nyanyian kumpulan Wings dan Search seperti Intanku Kesepian, Belenggu Irama dan Isabella. mstar

(Gambar) Neelofa Dewi Remaja Punca Maria Farida - Shahz Jaszle Putus?

Pendatang baru, Neelofa Mohd Noor yang dikatakan sebagai orang ketiga punca perpisahan hubungan cinta antara pelakon Shahz Jaszle dan Maria Farida menjelaskan dihubungi aktres jelita tersebut.

Mengakui kurang senang dengan “gangguan” pelakon berkenaan, Neelofa berkata Maria Farida sering menghubunginya selepas dia pulang dari penggambaran filem Azura 2011 yang dilakukan di London dan Paris bulan lalu. picca credit to beautifulnara

(Gambar) Saga BLM Terbakar Berlanggar Frontier Di Jln Masjid Tanah-Sg Udang, 1 Maut 3 Parah

Seorang remaja maut, 3 parah Proton Saga BLM terbakar akibat kemalangan dgn Nissan Frontier di Jalan Masjid Tanah-Sungai Udang Melaka.


- Masjid Tanah: “Kereta terbakar, keluar cepat!” jerit seorang penumpang Proton Saga BLM yang terbakar akibat kemalangan di Jalan Masjid Tanah-Sungai Udang, dekat sini, awal pagi semalam, yang berakhir dengan seorang daripada mereka terbunuh manakala tiga lagi parah.

Saksi kejadian, Sariza Othman, 24, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 pagi apabila kereta yang dinaiki empat remaja terbabit bertembung sebuah pikap, Nissan Frontier.

Menurutnya, sebelum kejadian dia memandu kereta bersama seorang teman sebelum melihat sebuah Perodua Viva memotong keretanya sebelum diikuti rapat kenderaan pacuan empat roda terbabit. Ketika di persimpangan lampu isyarat Sungai Udang-Bertam Ulu, pacuan empat roda itu cuba memotong Perodua Viva, tetapi gagal dan bertembung Proton Saga BLM dari arah bertentangan. petikan hmetro

Monday, February 21, 2011

Mastura Calon Pilihan Raya MPP UM Didakwa Hilang

Keghairahan calon-calon pilihan raya kampus berkempen bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) di sini bagi sesi 2010/2011 gempar apabila salah seorang calon yang bertanding dilaporkan hilang kelmarin.

Sebelum hilang pukul 5 petang kelmarin, calon tersebut, Mastura Abu Bakar, 22, yang mewakili Pro-Mahasiswa (Pro-M) dipercayai keluar berkempen bersama beberapa rakannya di kawasan perumahan Taman Pantai Permai, Jalan Pantai Permai yang banyak didiami pelajar UM.

Namun Mastura didakwa tiba-tiba hilang oleh rakan-rakannya selepas menamatkan aktiviti berkempen pada hari tersebut. Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd. Taufiq Abdul berkata, sebelum hilang, Mastura dan rakan-rakannya berkumpul di antara blok D dan E di sebuah pangsapuri Taman Pantai Permai.

“Mangsa kemudian pergi membeli kad tambah nilai telefon di sebuah kedai tidak jauh dari situ sebelum meminta rakan-rakan menunggunya di blok E. “Bagaimanapun, setelah lama menunggu, Mastura tidak muncul, malah dia juga gagal dihubungi,” kata Mohd. Taufiq. kosmo

-- (Gambar) Mastura Calon MPP UM Hilang Ditemui Lemah Di Bangi
-- (Gambar) Peragut Mati Tertonggeng Dlm Longkang
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

(Gambar) Azizulhasni Tertusuk Kayu Di Betis Kiri, Tetap Juarai Keirin Piala Dunia

Manchester, England - Pelumba trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang muncul juara keirin Piala Dunia meskipun pada perlumbaan pusingan keempat dan terakhir semalam, serpihan kayu tajam menusuk dan menembusi betis kirinya.


Difahamkan serpihan kayu tajam itu datang daripada lantai velodrom yang diperbuat daripada kayu itu terkopek dan tertanggal selepas Azizulhasni bersama empat pelumba lain berlanggar pada kelajuan tinggi sebelum terjatuh di atas trek perlumbaan. Bagaimanapun, hanya Azizulhasni seorang yang cedera agak teruk akibat tusukan serpihan kayu tajam itu dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Empat pelumba lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) hanya cedera ringan. Acara keirin akhir pusingan keempat itu dimenangi juara Olimpik, Chris Hoy diikuti Niblett.

Hanya dua pelumba itu berjaya menamatkan perlumbaan daripada enam pelumba yang layak ke peringkat akhir semalam. Berikutan insiden itu, Azizulhasni, 24, hanya mampu menduduki tempat ketiga tetapi sudah cukup untuknya muncul juara keseluruhan hasil daripada pungutan mata dalam tiga pusingan sebelum ini. kosmo

(Gambar) Bunga Citra Lestari Tidak Boleh Diet

Bentuk badan penyanyi Bunga Citra Lestari masih mempunyai lemak berlebihan walaupun bayi sulungnya kini sudah berumur empat bulan. Isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair ini mengaku dia sedang menjalani program menguruskan badan namun bukan dengan cara berdiet.


"Saya tidak boleh berdiet. Cuma saya sekarang mengikuti program untuk menguruskan badan," ujar ibu kepada Noah ini. Menurut Bunga, anak sulung mereka sudah mengikuti beberapa sifat dia dan suaminya. Salah satunya adalah sifat sensitif Ashraf. "Ya, dia sensitif. Tapi lucunya, semalam saya menghantar gambar Noah kepada ibu bapa saya di Kuala Lumpur. "Mereka mengirim pula gambar saya semasa kecil, ya kami mirip" ujar Ashraf.

Tambah Bunga, raut wajah Ashraf dan Noah saling tidak tumpah tetapi berbeza pada bahagian dagu. "Kalau daripada bahagian mata dan ke atas itu sama seperti saya. Tapi kalau dagu dan pipi itu mirip ibunya," ujar Ashraff. kosmo

Sunday, February 20, 2011

(Gambar) Datuk Siti Nurhaliza Di Perasmian Masjid Al-Khalidiah Sg Petani

SUNGAI PETANI – Setahun selepas beliau berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah menyatakan impiannya untuk membina masjid. Impiannya itu tercapai semalam apabila Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir di sini.

Masjid berwarna putih dengan kos keseluruhan termasuk kelengkapan bernilai RM1.7 juta itu siap sepenuhnya pada Ogos tahun lalu hasil pembiayaan Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan berkenaan pada 2006.

Majlis perasmian itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Qari Negeri Kedah 2010, Othman Azumi Ahmad.

Siti Nurhaliza bersyukur kerana proses pembinaan masjid itu selesai dengan majlis perasmiannya semalam yang kebetulan sama dengan tarikh lahir yang ke-52 suaminya. “Apabila kami berurusan dengan pejabat Istana, tarikh yang Tuanku pilih adalah hari ini (semalam) iaitu 19 Februari. kosmo

Farah Fauzana Nafi Digugurkan Drp Melodi TV3, Tukar Hos Baru

Hos program Melodi, Fara Fauzana atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd. Fadzil, 29, menafikan dia digugurkan daripada program informasi hiburan TV3 itu yang disiarkan setiap Ahad.

Fara yang juga terkenal dengan panggilan Fafau sebaliknya memberitahu, sudah tiba masanya untuk dia mengundurkan diri selepas mengacarakan program tersebut selama enam tahun.

Menurut Fara yang juga deejay radio Hot FM, kontrak bersama Melodi tamat pada 27 Mac depan dan pengumuman secara rasmi pengundurannya akan dibuat sewaktu Melodi bersiaran dari Johor Bahru pada tarikh berkenaan.

Sementara itu, stesen televisyen TV3 yang dihubungi enggan mengulas mengenai isu itu sebaliknya memberitahu, kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan pada minggu hadapan. Isu kononnya Fara digugurkan daripada Melodi mula diperkatakan sejak dua minggu lalu di Internet dan ruangan gosip di media tempatan. kosmo

Justin Bieber Mati Ditembak

Penyanyi terkenal, Justin Bieber menemui ajal apabila dia ditembak mati di dadanya dalam siri televisyen penyiasatan popular, CSI, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi lagu Baby dan berusia 16 tahun itu muncul menerusi episod terbaru CSI, Target of Obsession.

Selebriti berusia 16 tahun itu memegang watak remaja bermasalah bernama Jason McCann untuk kali kedua selepas dia mula melibatkan diri dalam siri televisyen itu pada September 2010.

"Saya bukan orang yang jahat. Justeru, saya rasa kelakar apabila dikehendaki membawakan karakter seperti ini," katanya.

Bintang muda itu menerima penghargaan Pencapaian Cemerlang Artis Antarabangsa dalam anugerah muzik popular Britain, Brit di London baru-baru ini. kosmo

Saturday, February 19, 2011

(Gambar) 23 Pramugari Malaysia Tiada Gaji Di Arab Saudi Sejak April

Seramai 23 pramugari warga Malaysia yang bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi didakwa hidup dalam kesempitan dan terabai di negara itu sejak empat bulan lalu. Semuanya gara-gara syarikat penerbangan berkenaan gagal melunaskan gaji mereka sejak April lalu sehingga semua pramugari tersebut terpaksa hidup di Jeddah dengan menggunakan duit simpanan sendiri.

Lebih menyedihkan apabila ada antara pramugari terbabit yang selama ini menghantar wang pulang ke Malaysia bagi menanggung kehidupan keluarga dan belanja sekolah adik-beradik di sini tidak lagi dapat berbuat demikian. Mujur nasib mereka mendapat perhatian Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO yang berusaha menyelesaikan kemelut yang melanda pramugari terbabit.

Pengerusinya, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pihaknya telah memberi notis kepada syarikat penerbangan tersebut supaya menyelesaikan segera tunggakan gaji pramugari warga Malaysia terbabit dalam tempoh tujuh hari.

“Syarikat penerbangan itu tidak membayar gaji mereka sebanyak SAR$5,000 (RM4,046) sebulan serta pelbagai elaun yang dijanjikan dalam kontrak pekerjaan. “Kita beri masa tujuh hari mulai hari ini (semalam) supaya tunggakan dilunaskan dan jika mereka enggan, kita akan berusaha membawa pramugari terbabit pulang ke pangkuan keluarga memandangkan kontrak telah dicabuli,” katanya. kosmo

Kelantan Dan Harimau Muda A Mara Piala FA, T-Team Tersingkir

Norshahrul Idlan Talaha pastinya menjadi pemain paling lega di atas padang ketika Norfadly Alias gagal menyempurnakan penalti penentuan yang menyaksikan T-Team tersingkir dari Piala FA dan Kelantan mara ke pusingan kedua dengan keputusan 6-5 selepas permainan 120 minit terikat 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam td.

Norshahrul, pemain yang menyerlah pada Piala AFF Suzuki bersama skuad kebangsaan, gugup ketika mendapat peluang lebih awal untuk menjamin laluan The Red Warriors ke pusingan seterusnya apabila sepakannya pada detik terakhir 90 minit melepasi palang.

Namun Norshahrul menebus kesilapannya ketika mengambil sepakan pertama pada penentuan dengan kedua-dua pasukan masing-masing menyempurnakan sepakan terakhir sehingga Norfadly melakukan kesilapan apabila sepakannya melambung tinggi.

Sebelum itu, Mohd Rizal Fahmi membuka jaringan pada minit ke-52 apabila menanduk masuk sepakan sudut Mohd Nurul Azwan Roya tetapi selang sembilan minit, Indra Putra Mahayudin meledakkan rembatan kaki kanan ke penjuru atas gawang selepas menerima hantaran lintang Shamsul Kamal Mohamad dari kiri untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Stadium Shah Alam, Harimau Muda A berpesta gol pada tirai pusingan pertama dengan membaham SDM Navy 4-0. Ravindran menjadi wira buat Harimau Muda A apabila membolosi gawang yang dikawal Safril Hafizzie pada minit ke-10 dan 48, disusuli Mohd Amer Saidiin (m-37) dan Muhd Ferris Danial(m-77). bharian

Ally Iskandar Kahwini Aisyah Zainal Hujung Tahun Ini

Pengacara Malaysia Hari Ini, Ally Iskandar, 35, memberitahu tidak kisah akan kehilangan peminat wanita apabila mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Nur Aisyah Zainal, 26, pada penghujung tahun ini. Jelas Ally, dia lebih memikirkan masa depan dan kehidupan berkeluarga berbanding pandangan peminat-peminatnya.

“Saya tidak fikir peminat-peminat saya lari selepas berkahwin, lagipun saya selalu berfikir sampai bila saya akan diminati terutama ketika umur semakin meningkat. “Saya lagi takut jika tidak kahwin. Sekarang mungkin ada orang yang ingin lihat wajah saya tetapi bila sudah tua siapa yang akan tengok kecuali isteri dan anak-anak sendiri,” ujarnya ketika ditemui di Sri Pentas.

Ally mengakui tahun ini merupakan tahun paling sesuai untuknya mendirikan rumah tangga.
Pasangan ini melangsungkan majlis pertunangan pada 11 Februari lalu di rumah kakak Aishah di Taman Sri Intan, Ampang, Selangor. Tambah Ally, perkenalan sejak tahun 2008 itu telah membuahkan bibit-bibit cinta antara mereka. Malah keluarga kedua-dua pihak turut senang dengan hubungan tersebut.

“Saya mengenali Aishah pada tahun 2008 tapi ketika itu hanya sekadar kawan biasa sahaja sehinggalah tiga bulan lalu kami benar-benar rapat. “Keluarga saya juga suka kepada Aishah dan sebelum ini mereka menyebut nama Aishah sebagai calon isteri saya,” katanya. Ketika ditanya keistimewaan wanita ini pada matanya, Ally memberitahu bahawa dia selesa bersama wanita tersebut.

“Saya rasa selesa bersama dia, ke mana juga saya pergi saya tetap ingin melihat dan berjumpanya. “Dari segi kerjaya dia juga memahami bagaimana pekerjaan saya, dia juga sibuk dengan perniagaannya,” ujar Ally. Dalam pada itu, Ally turut meminta maaf kepada peminat dan media yang tidak diberitahu tentang majlis tersebut.

Jelas Ally, dia menghormati permintaan kedua-dua pihak yang mahu majlis tersebut dijalankan secara tertutup dan peribadi. “Kami hanya menjemput ahli keluarga terdekat sahaja dan bukan berniat merahsiakan perkara ini kepada semua,” katanya. mstar

Datuk Siti Nurhaliza, Datuk K Hadiri Perasmian Masjid Bersama Sultan Kedah Di Kg Permatang Pasir

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan hadir bagi mengikuti majlis perasmian Masjid Al-Khalidiah, Kampung permatang Pasir, Kuala Muda, Kedah, Sabtu.

Masjid yang dibangunkan oleh Yayasan Nurjiwa, itu akan disempurnakan pelancarannya oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bermula pukul 11.30 pagi. Yayasan Nurjiwa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Jumaat berkata, masjid yang dibina sejak 2009 itu telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan.

“Sultan Kedah berkenan mencemar duli bagi merasmikan masjid berkenaan. Datuk Siti Nurhaliza dan juga suami akan hadir pada majlis itu,” kata kenyataan tersebut. Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan pada 21 Ogos 2006 adalah satu badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan suami isteri berkenaan.

Ia bertanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim dan juga mangsa bencana alam. Yayasan itu turut berfungsi dalam pembangunan agama khasnya pembinaan serta baik pulih masjid dan surau terutamanya di kawasan kampung-kampung. mstar

-- (Gambar) Promahasiswa Pecah Pintu Kompleks Perdanasiswa UM, Pilihan Raya Kampus
-- Honda Malaysia Panggil Balik Kereta Honda City Dan Jazz, Ganti Lost Motion Springs N Retainers
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri

Friday, February 18, 2011

(Gambar) Murano Terbalik Langgar Babi Hutan, Penyelia Instep Maut Di Kg Gong Batu Setiu

SETIU – Seorang penyelia sukan di Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep), Batu Rakit sempat merangkak sejauh 100 meter sebelum menemui ajal selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Murano yang dipandunya terbabas di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Gong Batu di sini semalam.

Mayat Nazaruddin Mohd. Noor, 57, ditemui tertiarap oleh seorang pekerja ladang yang melalui kawasan itu ketika keluar bekerja pada pukul 7 pagi. Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas kenderaan yang dipandu Nazaruddin terlanggar seekor babi hutan yang melintas jalan sebelum ia terbabas dan terbalik ke dalam kawasan ladang kelapa sawit kira-kira 40 meter dari jalan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Asisten Supritendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, sejurus kenderaan itu terbabas, mangsa sempat keluar untuk cuba mendapatkan bantuan dengan merangkak sejauh 100 meter sebelum dia meninggal dunia.

Menurutnya, mangsa sebelum itu dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Kubang Kerian, Kelantan menuju Instep di Batu Rakit. kosmo

Thursday, February 17, 2011

(Gambar) Wajah-Wajah Bilionair Malaysia

Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.

Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.

"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut. Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion. "Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.

Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd., Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew," ujarnya. kosmo

(Gambar) Remaja Kena Tembak UPP Di Hospital Tumpat

TUMPAT - Kerana 20 kampit beras, seorang lelaki yang disyaki penyeludup mati manakala anak saudaranya cedera parah selepas terkena tembakan di dada dan perut yang dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor semalam.

Said Mat Hassan, 56, yang ditahan anggota UPP disahkan meninggal dunia pada pukul 7.45 pagi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tumpat (HT). Ketika ditahan, mukanya didakwa kelihatan pucat dan mulutnya berbuih.

Bagaimanapun, khabar angin yang sampai ke pengetahuan ahli keluarganya mengatakan Said meninggal dunia akibat dibelasah anggota UPP menyebabkan mereka bertindak menyerang penguat kuasa berkenaan pada pukul 9.20 pagi.

Ekoran itu, anak saudara Said, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, cedera parah selepas terkena tembakan yang dilepaskan pegawai UPP tersebut yang ingin mempertahankan dirinya. kosmo

(Gambar) Hairuman Mangsa Renjatan Elektrik Dlm Bersama Mu TV3 16.2.11

Semlm ada tgk Bersamamu TV3, pasal Hairuman kena renjatan elektrik tu. Sedih sgt tgk keadaannya menanggung kesakitan.


Makin rasa sayu tgk dia tersenyum bila Amy Search dtg melawatnya di wad. Mungkin hilang sekejap rasa sakitnya waktu tu.

Dua-dua tangan dan ibu jari kaki kiri Hairuman terpaksa dipotong. Badan plak melecur hampir 70%. Semoga dia terus tabah jalani dugaan hidup utk hari2 mendatang.

-- (Gambar) Dua2 Tangan, Ibu Jari Kaki Kiri Dipotong Krn Renjatan Elektrik
-- (Gambar) Amy Search Lawat Hairuman Mangsa Renjatan Elektrik Di Hospital

(Gambar) Sepasang NAGA Dilihat Di Kalimantan.. Takut Sehh..

Sape minat cer Merlin? Ada watak Naga dlm tu kan.. Tp picca ni bukan cer tv, real punya.. Panjang 40meter tu beb..Katanya yg bertanduk pn ada..

- KUTAI BARAT - Penduduk di Kutai Barat, wilayah Kalimantan Timur digemparkan dengan kemunculan sepasang naga raksasa sebesar sepanjang 40 meter. Haiwan itu dilihat menyusur di permukaan air di Sungai Mahakam yang menghubungkan Riam Haloq, Kampung Long Tuyoq, Kecamatan Long Pahangai di sini.

Naga raksasa seperti ular itu didapati melintas di sungai ini diyakini masyarakat suku Dayak sebagai naga.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh akhbar Tribun, peristiwa kemunculan naga tersebut berlaku pada 29 Januari lepas.

Pada hari kejadian, sejumlah penumpang dan pemandu sebuah bot panjang yang dalam perjalanan ke sini melihat sepasang naga mirip ular raksasa itu melintas di permukaan Sungai Mahakam dari arah berlawanan. Bimbang mereka akan menjadi korban haiwan raksaksa itu, pemandu bot berkenaan mengemudi botnya ke tepi sungai untuk memberi laluan.

"Kedua-dua ekor naga itu bergerak terus dan tidak merasa terganggu dengan kehadiran bot itu," kata seorang penduduk tempatan, Dodik, yang mendengar tentang peristiwa itu daripada keluarganya di Mahakam Ulu. Pemandu dan beberapa penumpang bot itu kemudian merakamkan gambar raksaksa tersebut dengan menggunakan telefon bimbit berkamera.

Gambar-gambar naga raksasa itu kemudian tersebar dan menggemparkan masyarakat tempatan. Menurut seorang penduduk di sini, terdapat dua naga yang dilihat. Salah satu haiwan itu dipercayai jantan kerana terdapat dua tanduk di kepala manakala naga betina pula tidak bertanduk. Kedua-dua haiwan itu memiliki empat kaki, kulit berwarna hitam dengan panjang sekitar 40 meter. kosmo

(Gambar) Isteri 6 Anak Patah Pinggang Dipukul Suami

Rasa kesian baca artikel ni. Nape kejam sgt pukul bini smp patah pinggang cmtu.

- Seorang isteri beranak enam patah pinggang, bengkak di mata kanan dan cedera di dada akibat dibelasah suaminya yang tiba-tiba naik berang selepas mangsa enggan memberi wang, pagi semalam.

Mangsa, Norlela Hussin, 36, dan bekerja sebagai tukang cuci pejabat di sebuah syarikat swasta dipukul dengan besi serta disepak terajang di depan dua anaknya di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Taman Melati, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.

Suami mangsa yang tidak bekerja dan dipercayai penagih dadah sudah banyak kali memukul mangsa jika tidak diberi wang untuk membeli dadah. Mangsa yang sudah 17 tahun berkahwin dengan suaminya yang berusia 39 tahun dikurniakan enam anak berusia empat hingga 17 tahun. petikan hmetro

Wednesday, February 16, 2011

(Gambar) Lg Gambar Ally Iskandar Dan Aishah Zainal Di Majlis Pertunangan

Tuesday, February 15, 2011

(Gambar) Mayat Lelaki Pakai Gaun Wanita Ditemui Mati Di Lrg Love George Town

GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang berpakaian gaun wanita ditemui mati dipercayai menjadi mangsa bunuh di Lorong Love di sini semalam.

Kejadian pada pukul 1.15 petang itu berlaku di hadapan sebuah kuil yang terletak di Lorong Love yang juga dikenali sebagai lokasi banyak berlaku maksiat membabitkan golongan pondan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an yang dipercayai dihentak dengan tukul besi pada bahagian kepala itu mati di tempat kejadian.

"Mengikut beberapa saksi, mangsa yang berjalan seorang diri di kawasan itu tiba-tiba dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX5. "Lelaki itu dan mangsa dilihat bercakap sesuatu sebelum tercetus pertengkaran antara mereka yang menyebabkan mangsa kemudian dipukul di kepala. kosmo

(Gambar) Bas 2 Tingkat Berlanggar Di Km 284 Lebuh Raya Utara Selatan Dkt Seremban

Beginilah keadaan bas yang melanggar sebuah pacuan empat roda dan mengakibatkan kesesakan lalulintas di KM 284 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran hentian rehat dan rawat Seremban. 14 Feb. 2011.


 Kemalangan ni menyebabkan kesesakan di lebuh raya tersebut lbh 5 kilometer..

Monday, February 14, 2011

(Gambar) Ikan Paus Bengkok

HONOLULU - Seekor ikan paus yang gambarnya dirakamkan dari udara di Pulau Kauai, Hawaii didapati bengkok dekat bahagian ekornya, lapor sebuah akhbar semalam. Gambar ikan paus humpback itu dirakamkan dari sebuah pesawat pada Isnin lalu.

Pada mulanya, terdapat tanggapan bahawa sebuah bot mungkin melanggar bahagian belakang ikan tersebut.

Namun, seorang penyelaras Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), David Schofield berkata, ikan itu bengkok mungkin disebabkan penyakit scoliosis atau tulang melengkung.

Penyakit itu jarang dihidapi haiwan tetapi beberapa saintis menyatakan mereka pernah melihat ia turut berlaku ke atas ikan lumba-lumba. kosmo

(Gambar) Ameng Spring Mengaku Bersalah 2 Pertuduhan Miliki Dadah

Penah minat lagu2 Spring, byk yg best2.. Skang pn klu dgr bleh mengingatkan semula zaman sekolah dlu2. Lagu debut Sampai Hati mmg power. Bourgenvilla layan abis. Pesanan Buat Kekasih tangkap cair beb. Kaset pn ada lg sekeping dua, tp dlm stor lah. Namun apakan daya, lagu sedap, suara sedap...

- Melaka - Penyanyi Kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Ameng, hari ini mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Ameng, 42, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, pada pertuduhan pertama mengaku bersalah kerana memiliki kanabis, berat kasar 122 gram ketika di dalam sebuah bilik hotel, di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 1 Feb 2011, pukul 5.20 petang.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksen 34 Kanun Keseksaan. Beliau menghadapi hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidk kurang dari 10 sebatan.

Bagi kesalahan kedua, pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, dia dituduh memiliki dadah methamphetamine dengan berat kasar 1 gram. Beliau didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan. kosmo

Sharifah Sofia Persoalkan Valentines Day Haram

X de bran nak cer byk2, uols baca sndri la utk artikel penuh pasal ni..huhu..





Sumber: Kat sini.

(Gambar) Skuad Juara AFF Dpt Lg RM50,000 Setiap Seorang

Pakcik kayo!!!! Dpt RM50 ribu tu beb.. Murah rezeki btul dorg ni kan. Tahniah2..

PETALING JAYA - Skuad Harimau Malaya menerima habuan RM50,000 setiap seorang daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam sebagai insentif kejayaan muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan pasukan jiran, Indonesia, Disember lalu.

Ganjaran itu disampaikan sendiri oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah kepada para pemain skuad Harimau Malaya di Wisma FAM di sini.

Pada sidang akhbar, baginda bertitah, kejayaan skuad kebangsaan menjuarai Piala Suzuki setelah 14 tahun menanti, merupakan satu era baru dalam arena bola sepak negara. Titah baginda, kemenangan itu bukan sahaja cukup bermakna buat para pemain, tetapi ia juga menjadi kebanggaan seluruh warga Malaysia yang telah lama menantikan kejayaan besar seperti ini.

"Kita kini merupakan pasukan terbaik ASEAN, bukan saya seorang, malah seluruh rakyat amat bangga dengan kejayaan yang dilakar oleh para pemain kita. "Malah, saya yakin seluruh rakyat berada di belakang pasukan negara ketika mereka melakar kemenangan ke atas Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki," titah Sultan Ahmad Shah pada majlis menjunjung kasih kepada Presiden FAM di atas kejayaan pasukan kebangsaan di Wisma FAM di sini, semalam.

Menurut Sultan Ahmad Shah, ini merupakan satu permulaan buat skuad kebangsaan untuk terus konsisten melakar kejayaan besar pada masa akan datang. Jelas baginda lagi, bagi memastikan prestasi para pemain sentiasa berada pada tahap terbaik, FAM bersedia untuk memikirkan cadangan bagi membawa skuad Harimau Malaya menyertai perlawanan persahabatan di luar negara pula.

"Saya rasa tidak salah jika kita bawa pemain beraksi di luar bagi mendapat pendedahan yang sewajarnya," titah baginda. Sultan Ahmad Shah turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa memberi sokongan padu kepada skuad kebangsaan. "Malah, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan yang sudi menyalurkan peruntukan bagi membantu membangunkan sukan bola sepak negara," titah baginda lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai masa depan skuad Harimau Muda, baginda bertitah, FAM bersedia untuk mencari haluan baru bagi membolehkan pemain-pemain muda negara menerima pendedahan sewajarnya. "Tidak semestinya kita perlu ke Slovakia lagi, mungkin kali ini kita boleh menimba pengalaman di tempat lain pula seperti di Korea, Jepun atau pun negara Asia Barat," jelas Sultan Ahmad Shah. utusan

(Gambar) Rama-Rama Bersayap Corak Kepala Ular

Agak2 apa reaksi uols bangun tido tetiba nmpk 'ular kepala dua' cmtu? Seram gak la kan..huhu. Terkejut gak td, tp kagum dgn ciptaan Tuhan kan. Subhanallah..

-- Kota Kinabalu: Seorang wanita yang nyenyak tidur terjaga selepas mendengar bunyi pelik di ruang tamu rumahnya di Kampung Suasa Beaufort, di sini, sebelum dikejutkan dengan kehadiran ‘ular berkepala dua’ berlingkar di lantai, menyebabkan dia menjerit ketakutan dan hampir pengsan.

Bagaimanapun, ketakutan dialami wanita terbabit hanya seketika selepas haiwan dikatakan ‘ular berkepala dua’ adalah rama-rama bersaiz gergasi yang memiliki corak sayap seperti kepala ular.

Detik mencemaskan dialami Siti Asian Ibrahim, 42, kira-kira 5.30 pagi kelmarin menyebabkan dia terjaga apabila terdengar bunyi dengusan seperti ular dalam rumahnya. Lebih memeranjatkan, haiwan ini mengeluarkan bunyi sama seperti dengusan ular,"katanya. petikan hmetro

Sunday, February 13, 2011

(Gambar) Adik Umie Aida, Kembar Rini Hadiri Uji Bakat AF9

Adik pelakon Umie Aida, Betty Rahmad, merupakan antara selebriti yang hadir ke sesi uji bakat Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) pada hari kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu.

Selain itu, kembar penyanyi Rini AF7 iaitu Zuzafrina Zulkifli (Rina), bekas peserta program realiti My Starz LG musim pertama, Ahmad Aliff Afif Tirmizie (Afif) dan bekas peserta One In A Million musim kedua, Shahron Hussein (Rony) turut mencuba nasib untuk menyertai program popular yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) ini.

Secara keseluruhannya, seramai 1,764 orang yang hadir ke sesi uji bakat di Kuala Lumpur selama dua hari iaitu pada Jumaat (686 orang) dan Sabtu (1,078 orang) yang diadili oleh tujuh orang juri iaitu Adlin Aman Ramli, Edrie Hashim, Cikgu Shafi, Cikgu Mimi, Cikgu Shahrul, Sharon Paul dan Aidit Alfian. Menurut Betty yang hadir uji bakat buat kali kedua, dia menguatkan dirinya untuk mencuba nasib sekali lagi setelah dipaksa oleh rakan baiknya, aktres Nora Danish.

“Alang-alang sudah masuk AF yang terakhir, jadi apa salahnya saya mencuba di tambah pula dengan sokongan daripada kawan-kawan. Ada antara kawan-kawan saya mengatakan yang saya boleh menyanyi. Jadi, saya memilih lagu Matahari nyanyian Agnes Monica semasa uji bakat. “Saya memilih AF kerana saya seronok melihat peserta sebelum ini yang belajar banyak perkara seperti kelas tarian, nyanyian dan lakonan serta tinggal di dalam satu rumah,” ujarnya yang pernah kandas semasa uji bakat AF2.

Betty merupakan seorang pelakon yang muncul dalam banyak drama seperti Pengantin Untuk Dijual dan Andalusia.

Sementara Rina yang telah bergelar penyanyi dan mempunyai single Rina Mana Satu tidak berputus asa untuk mencuba sekali lagi uji bakat terakhir ini walaupun pernah gagal semasa sama-sama hadir bersama Rini di uji bakat AF7. Selepas gagal, Rina cuba membaiki kelemahannya dengan memantapkan vokal dan telah mempertaruhkan lagu Realiti Dewi nyanyian Alyah sebagai lagu pilihan uji bakat. petikan mstar

-- (Gambar) Pertunangan Ally Iskandar TV3 Dan Aishah Zainal Naib Juara Gadis Melayu Musim Pertama
-- (Gambar) Ikan Paus 4 Tan Ditemui Di Pulau Sayak Sg Petani Kedah
-- Maizawati Bekas Isteri Akhil Hayy Kemalangan Di Ipoh, Patah Tangan, Jalani Pembedahan, Kandungan Selamat
-- Wardina Kesal Pujian Bekas Mufti, Dr Asri Dikontroversikan

Keputusan Perlawanan Liga Super 12.2.11

Tahniah Kelate, menang besar 4-1 dgn Johor FC dlm perlawanan Liga Super mlm td. Mula2 ketinggalan 0-1, pastu terus balas dgn 4 jaringan termasuk 1 jaringan sndri pemain lawan.

-Kelantan mempamerkan kebangkitan yang menakjubkan ketika menewaskan Johor FC 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV malam tadi. Kejayaan tersebut menyaksikan skuad kendalian M. Karathu itu merampas status pendahulu daripada Negeri Sembilan yang tumpas 0-2 kepada Perak dalam satu lagi perlawanan di Stadium Ipoh.

Begitupun, Kelantan terlebih dahulu dikejutkan Johor FC apabila ketinggalan 0-1 pada minit ke-25 hasil jaringan Mohd. Riduan Ma'on. Tersentak dengan jaringan tersebut, The Red Warriors terus bangkit dan memperoleh gol penyamaan pada minit ke-29 menerusi Nurul Azwan Roya dan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada babak kedua, tuan rumah menunjukkan kehebatan sebenar apabila meledak tiga gol lagi menerusi jaringan sendiri pemain Johor FC, Mohd. Riduan Ma'on pada minit ke-50 sebelum penyerang skuad negara, Norshahrul Idlan Talaha manambah gol ketiga pada minit ke-72 dan Nizad Ayub melengkapkan kemenangan bergaya pada minit ke-77. Kemenangan ini menyaksikan Kelantan terikat tujuh mata dengan Perak, namun mempunyai kelebihan menerusi perbezaan gol.

Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, tuan rumah, Pahang tersungkur 1-2 kepada Felda United. Gol Felda United dijaringkan oleh Liew Kit Kong menerusi sepakan penalti pada minit ke-47 dan sepakan percuma Faderin Kadir (minit ke-59) sementara gol Pahang pula dijaringkan oleh Azamuddin Mohd. Akil pada minit ke-77.

Di Stadium Shah Alam, juara bertahan, Selangor terus gagal mencatat kemenangan kedua apabila diikat oleh Kuala Lumpur 1-1. Perlawanan lain semalam menyaksikan Harimau Muda A menewaskan T-Team 3-1 sementara Sabah menewaskan Kedah 1-0. kosmo

(Gambar) Pertunangan Ally Iskandar TV3 Dan Aishah Zainal Naib Juara Gadis Melayu Musim Pertama

Tak sangka tup2 kuar picca Ally Iskandar bertunang dgn Aishah Zainal, Naib Juara Gadis Melayu Musim Pertama kt blog beautifulnara td. Tahniah utk mereka. Nmpknya Ally akan ikut jejak rakannya di TV3 Saiful Nizam tu kan kahwin dgn Aida Juara Gadis Melayu. Tgk sini.


Tahniah sekali lagi utk mereka. :Terkini -- Ally Iskandar Putus Tunang Dgn Aishah Gadis Melayu 1

-- (Gambar) Lg Gambar Ally Iskandar Dan Aishah Zainal Di Majlis Pertunangan
-- Nasha Aziz Cedera, Rugi RM 40 Ribu Disamun Di Lampu Isyarat Di Jln Persiaran Ampang Hilir
-- Wardina Kesal Pujian Bekas Mufti, Dr Asri Dikontroversikan
-- Gelaran Datuk A.C Mizal Ditarik Balik?

Saturday, February 12, 2011

Keputusan Perlawanan Manchester United Vs Manchester City 12.2.11

Berita baik utk para peminat MU.. Menang 2-1 dgn Manchester City beb.. Phewiittt.. Aura gol Rooney kembali lg lps gol pertama jaringan Nani..

-- Wayne Rooney menjadi hero Manchester United apabila jaringan tendangan 'guntingnya' membolehkan United menundukkan Manchester City 2-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Old Trafford, sebentar tadi.

Gol awal United dijaringkan pemain antarabangsa Portugal, Nani pada minit ke-42 menerusi gerakan cantik gandingan Ryan Giggs dan Rooney. Masuk separuh kedua, City menggandakan asakan dan memperoleh gol penyamaan menerusi David Silva pada minit ke-64.

Ketika keadaan hampir terikat 1-1, Rooney yang memperoleh peluang melakukan tendangan gunting pada minit ke-77 yang dianggap jaringan tercantik penyerang England itu. bharian

Datuk Zaharuddin Abu Kassim ADUN Kerdau Meninggal Dunia

Takziah utk keluarga arwah. Al-Fatihah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim (gambar) disahkan meninggal dunia di hospital Temerloh, Pahang kira-kira pukul 6.30 petang tadi. Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krau, Rodzuan Zaaba berkata, Allahyarham jatuh di bilik air di kediamannya di pekan Kerdau sebelum dikejarkan ke hospital sejurus selepas itu.

"Keadaan kesihatan Allahyarham sebelum ini memang kurang baik, berjalan pun perlu dipimpin. "Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham jatuh dalam bilik air di rumahnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.

Sebelum ini Allahyarham beberapa kali dilaporkan kritikal dan pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN). Kematian Allahyarham Zaharuddin menyaksikan negara bakal menghadapi pilihan raya kecil ke-16 selepas pilihan raya umum 2008.

Terbaru ADUN Merlimau, Melaka, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada 20 Januari lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan berkenaan pada 26 Februari ini manakala pengundian akan diadakan pada 6 Mac depan.

Rodzuan yang ketika ini berada di bilik mayat Hospital Temerloh berkata, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan untuk menziarahi Allahyarham di Hospital Temerloh. "InsyaAllah, Tuanku Sultan Pahang akan tiba menziarah Allahyarham sebentar lagi," katanya. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kerdau pagi Ahad. mstar

-- Wardina Kesal Pujian Bekas Mufti, Dr Asri Dikontroversikan
-- (Gambar) Wanita Berbogel Jd Hos Program Masakan TV, Tarik Lelaki Minat Memasak!!!!
-- (Gambar) Ikan Paus 4 Tan Ditemui Di Pulau Sayak Sg Petani Kedah

(Gambar) Wanita Berbogel Jd Hos Program Masakan TV, Tarik Lelaki Minat Memasak!!!!

Perhh.. Chef wanita berbogel smbil jd hos program masakan di tv, tujuannya utk tarik lelaki minat memasak. Kui3.. Baik punya alasan.. Tp jgn risau, bukan program tv kat Malaysia ok, kat Hong Kong nun.

- Seorang chef wanita, Flora Cheung (gambar) akan mengendalikan program masakan di televisyen dalam keadaan berbogel, lapor sebuah akhbar semalam. Flora yang berusia 26 tahun akan menjadi hos program yang disiarkan dalam rangkaian televisyen untuk orang dewasa.

"Ramai lelaki tidak mahu memasak tetapi saya mahu menjadikan mereka meminati bidang masakan," katanya kepada akhbar South China Morning Post. Dalam program itu, jurukamera akan mengikuti Flora berjalan di pasar basah di Hong Kong.

Selepas dia membeli beberapa barang untuk dimasak, dia akan pergi ke dapur untuk memasak. Wanita itu kemudian akan berbogel dengan hanya memakai apron lut sinar yang boleh menampakkan susuk tubuhnya.

Walaupun Flora bukannya seorang chef yang profesional, penerbit program itu, Jesse Au berkata, wanita tersebut akan mampu menarik minat ramai orang untuk menontonnya. Setiap episod akan berlangsung dalam tempoh 30 minit. kosmo

-- (Video) Mirip Elyana Menari Dlm Tandas
-- Nasha Aziz Cedera, Rugi RM 40 Ribu Disamun Di Lampu Isyarat Di Jln Persiaran Ampang Hilir
-- (Gambar) ABP 13 2010: Datuk Siti Nurhaliza Sah Tarik Diri Dari Anugerah Bintang Popular
-- Gambar Kemalangan Ngeri Ragut 4 Nyawa Termasuk 3Beranak Di Km 394, Lebuhraya Utara Selatan