ad ld

Pages

Tuesday, February 8, 2011

(Gambar) Wanita Ditemui Koma Dicampak Slps Dipukul Dirogol Di Port Dickson

Kesian tgk picca nih.. Apa salah dia dipukul smp cmtu.. Dunia semakin kejam..

SEREMBAN – Polis sedang mencari ahli keluarga seorang wanita yang ditemui dalam keadaan menyedihkan apabila dia bukan sahaja dirogol, malah turut dipukul sebelum dicampak di tepi jalan berhampiran lampu isyarat di Port Dickson dekat sini baru-baru ini.

Lebih memburukkan keadaan, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu koma selepas mengalami kecederaan parah di belakang kepala. Dia kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, wanita berketurunan Cina itu ditemui oleh orang awam pada pukul 6.35 pagi Jumaat lalu sebelum menghubungi ambulans.

Katanya, ketika ditemui, wanita yang pengsan itu memakai kemeja berwarna merah dan seluar jean paras lutut.

“Pemeriksaan mendapati tengkorak pada belakang kepala mangsa retak dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan keras. Selain itu, mangsa dipercayai telah dirogol,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. kosmo

-- (Gambar) Azwaliza Azman TV3 Kini Bergelar Isteri
-- Parkir Di Putrajaya Sentral Dan Park & Ride Berbayar Mulai Isnin 
-- (Gambar) Terkini Banjir Di Johor: Lbh 40 000 Mangsa Banjir Dipindahkan 
-- Gambar Persandingan Bienda Dan Boy Di Ideal Convention Centre

1 comment:

FadhDeela said...

ape sengal diaorg nie!! dahh la rogol org tu pastu pukul smpai koma...kejammnyer!!!!!

Meh singgah: Safee Sali Berhijrah!!