Hos program Melodi, Fara Fauzana atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd. Fadzil, 29, menafikan dia digugurkan daripada program informasi hiburan TV3 itu yang disiarkan setiap Ahad.
Fara yang juga terkenal dengan panggilan Fafau sebaliknya memberitahu, sudah tiba masanya untuk dia mengundurkan diri selepas mengacarakan program tersebut selama enam tahun.
Menurut Fara yang juga deejay radio Hot FM, kontrak bersama Melodi tamat pada 27 Mac depan dan pengumuman secara rasmi pengundurannya akan dibuat sewaktu Melodi bersiaran dari Johor Bahru pada tarikh berkenaan.
Sementara itu, stesen televisyen TV3 yang dihubungi enggan mengulas mengenai isu itu sebaliknya memberitahu, kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan pada minggu hadapan. Isu kononnya Fara digugurkan daripada Melodi mula diperkatakan sejak dua minggu lalu di Internet dan ruangan gosip di media tempatan. kosmo
No comments:
Post a Comment